Ramai yang sering bertanya tentang risiko pelaburan unit trust. Dah nama pun pelaburan pasti ada risikonya. Untuk dapatkan pulangan tinggi, kita harus ambil risiko. High Risk High Return. No Pain No Gain.

Soalan lebih tepat adalah bagaimana risiko pelaburan itu diuruskan dan diminimakan.

pelaburan unit trust

Imej via Pixabay

Menguruskan Risiko Pelaburan Unit Trust

Ada beberapa cara risiko pelaburan unit trust dapat diuruskan.

Kepelbagaian (Diversification)

Wang pelabur unit trust dilaburkan ke dalam pelbagai sektor, industri dalam dan luar negara. Jadi duit diagihkan ke dalam banyak tempat.

Katakan pelabur melaburkan RM10,000 ke dalam unit trust. Duit ini tak diletakkan dalam satu tempat sahaja. Malah ianya diagihkan ke dalam pelbagai syarikat seperti Telekom Malaysia, Top Glove, MyEg, Ali Baba, Tencent Holdings, Padini, TNB dan banyak lagi. Jika satu syarikat tak perform, syarikat lain boleh back up.

Dengan strategi kepelbagaian ini risiko pelaburan unit trust dapat diminimakan secara signifikan.

Diuruskan oleh pakar pelaburan sepenuh masa

Risiko pelaburan unit trust dapat diminimakan sebab ianya diuruskan oleh pakar pelaburan yang dipanggil “Pengurus Dana”. Mereka bertanggungjawab memantau dana unit trust dan akan membuat pengubahsuaian dengan segera jika dana unit trust tak perform.

Setkan matlamat pelaburan dan fokus kepada matlamat jangka panjang

Tetapkan matlamat pelaburan jangka panjang seperti untuk simpanan pendidikan anak, simpanan persaraan atau pembelian rumah. Bekerjasama dengan consultant untuk bina pelan simpanan yang betul. Consultant yang bagus mampu membina pelan simpanan yang betul mengikut best practices.

Dengan adanya pelan simpanan yang clear, risko pelaburan dapat diminimakan. Semua dana unit trust perform well dalam jangka masa panjang.

Pilih consultant unit trust yang kompeten

Pemilihan consultant unit trust yang bagus dan kompeten memainkan peranan penting dalam meminimakan risiko pelaburan.

Consultant yang bagus tahu untuk menganalisa data dan memilih dana yang terbaik.

Pemilihan consultant unit trust sepenuh masa dan berpengetahuan pun dapat meminimakan risiko pelaburan sebab consultant dapat menumpukan sepenuh perhatian kepada pelaburan anda.

Kemudahan switching

Kemudahan switching adalah satu kemudahan untuk switch dana kepada dana yang lebih perform jika dana yang asal tak perform.

Sepanjang tempoh pelaburan, consultant unit trust akan advise bila perlu switch jika prestasi dana tak bagus. Ini dapat meminimakan risiko pelaburan.

Fahami konsep loss/profit on paper

Dalam apa jua pelaburan, jika kita untung atau rugi ia masih atas kertas. Jika kita untung atas kertas dan keluarkan duit tu baru ia betul-betul untung. Sama juga jika kita loss on paper kita takkan rugi jika kita tak keluarkan duit tu.

Jika harga unit trust jatuh, teruskan melabur sebab harga tengah murah dan dapat kurangkan kos pelaburan kita dan meningkatkan margin keuntungan kita.

Hanya keluarkan duit bila untung. Kalau rugi hold dulu & teruskan melabur. Ia pasti akan naik semula. Dengan pemahaman yang jelas konsep ini, risiko pelaburan dapat diminimakan.

Bagaimana Untuk Melabur

Tetapkan objektif dan matlamat pelaburan anda

Tetapkan apa tujuan anda melabur & bila nak pakai duit hasil pelaburan itu. Contohnya jika anda merancang melabur untuk pendidikan anak, usia anak 19 tahun nanti adalah masa yang anda nak pakai duit tu.

Jika anda melabur untuk hari tua, umur 55 tahun nanti adalah waktu anda nak pakai duit hasil pelaburan anda.

Dengan adanya matlamat pelaburan, anda takkan panik & gelabah jika berlakunya naik turun pelaburan anda. Sebab anda clear destinasi & target simpanan anda masih jauh lagi.

Melabur untuk jangka panjang

Dalam pelaburan, sudah menjadi lumrah keadaan naik turunnya tidak menentu, tetapi keadaan tersebut pasti akan pulih dan ia mungkin mengambil masa yang agak lama.

Apa yang anda perlukan ialah kesabaran dan fikirkan keuntungan jangka panjang yang akan anda nikmati nanti.

Sebenarnya keadaan pasaran yang turun juga adalah keadaan yang bagus jika kita betul2 faham tentang pelaburan. Keadaan pasaran yang turun sangat sesuai untuk pelabur invest sebab dapat beli lebih unit dengan harga yang murah dan mengurangkan purata kos pelaburan.

Jadi usah takut dengan keadaan pasaran yang menurun sebab ia mempunyai peluang yang bagus untuk invest lebih banyak.

Pelbagaikan pelaburan

Jika anda bercadang untuk mendapatkan kadar pulangan yang tinggi serta kurang risiko, anda perlu pelbagaikan jenis pelaburan & aset anda.

Sekiranya melabur dalam ekuiti, melaburlah dalam industri & syarikat yang berlainan. Unit trust atau unit amanah sendiri adalah satu tempat pelaburan yang melaburkan duit pelabur dalam pelbagai industri & syarikat.

Bagi yang memilih unit trust, jangan hadkan kepada satu jenis dana sahaja. Kebanyakan client saya mempunyai 5-8 dana unit trust yang berbeza.

Lebih banyak dana yang anda ada, lebih terjamin keselamatannya kerana anda tidak tertumpu kepada satu dana sahaja.

Kaji Semula

Apabila sudah melabur, bekerjasama dan engage dengan consultant anda untuk mengetahui status & progress pelaburan anda.

Jika consultant anda dah tak aktif, cari consultant lain untuk buat pertukaran consultant. Sebaik-baiknya perlu ada consultant yang komited dan aktif untuk monitor akaun unit trust anda.

Cara Kira Distribution Unit Trust

  1. Pulangan dari unit trust terbahagi kepada 3 bentuk iaitu Capital Gain, Distribution & Unit Split.
  2. Ketiga2 bentuk pulangan ini bergantung kepada jumlah terkumpul bilangan unit yang pelabur ada dalam akaun unit trust pelabur.
  3. Capital Gain adalah kenaikan positif melalui perubahan harga unit trust. Contohnya Faizal invest RM10,000 & mempunyai 28,000 unit dengan kos pelaburan 35 sen seunit. Tahun depan harga unit trust meningkat sebanyak 38 sen seunit. Jadi capital gain yang diraih adalah sebanyak 3 sen seunit. Keuntungan = 3 sen seunit x 28,000 = RM840 dari capital gain.
  4. Distribution adalah kadar bonus yang ditentukan oleh syarikat unit trust berdasarkan prestasi unit trust. Contohnya distribution diumumkan 2 sen seunit. Jika diambil contoh di atas 2 sen seunit x 28,000 unit = RM560
  5. Unit split adalah tambahan unit yang diberikan oleh syarikat unit trust kepada pelabur. Contohnya syarikat unit trust memberikan unit split dengan kadar 1 : 28. Ia bermaksud dengan setiap 28 unit yang pelabur ada dalam akaun mereka, pelabur dapat tambahan 1 unit secara PERCUMA.
  6. Contoh Faizal tadi ada 28,000. Jadi Faizal dengan senang akan dapat extra 1000 unit tambahan menjadikan jumlah unit keseluruhan adalah 29,000 unit.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.