Banyak syarikat kini mencari pekerja part time atas sebab-sebab tertentu. Selain bekerja di bawah syarikat besar, terdapat beberapa kerja part time di bawah perniagaan kecil-kecilan tetapi tetap menguntungkan.

Bagi anda yang mencari kerja part time, di sini kami akan kongsikan beberapa senarai kerja part time yang lumayan jika anda betul-betul buat.

1. Pengaturcaraan Komputer

Pengaturcaraan komputer adalah salah satu kerja part time yang lumayan untuk seseorang yang mahir dalam bidang perisian komputer. Kerja ini amat sesuai bagi mereka yang memiliki ijazah dalam sains komputer, tetapi ia tidak memerlukan pendidikan formal.

Terdapat banyak kursus yang ditawarkan dalam talian atau kelas biasa jika anda meminati kerjaya sebagai pengaturcaraan komputer.

Tidak semua syarikat mampu mengupah programmer sepenuh masa, jadi mereka cenderung untuk mengambil freelancer berdasarkan masalah yang berlaku. Jika anda mahir dalam perisian komputer, apa kata anda mencuba kerjaya ini! 

kerja part time yang lumayan
Imej via [says]

2. Editor

Terdapat banyak peluang pekerjaan part time yang lumayan untuk orang yang suka membaca dan menulis. Tahukah anda, editor perlu merancang, mengkoordinasikan, mengkaji dan merevisi kandungan untuk penerbitan di buku, surat khabar, majalah, laman web, dan sebagainya.

Mereka mengkaji idea cerita dan menentukan topik mana yang akan menarik minat pembaca penerbitan. Selain itu, banyak lagi tugas seorang editor sehingga membolehkan anda bekerja secara part time.

3. Penganalisis Pengurusan

Penganalisis pengurusan atau dikenali sebagai perunding pengurusan juga antara kerja part time yang lumayan untuk anda lakukan. Tugas penganalisis pengurusan adalah mengkaji sistem organisasi bagi mengetahui cara memaksimumkan kecekapan sesebuah organisasi tersebut.

Dengan mengambil kira pelbagai faktor, penganalisis pengurusan biasanya akan berusaha untuk meningkatkan keuntungan dengan mengurangkan kos dan meningkatkan pendapatan.

Sebelum bekerja secara bebas, adalah penting untuk anda mempunyai pengalaman sebelumnya bekerja dalam peranan pengurusan atau pengarah kanan sesebuah syarikat.

4. Pengangkat Barang

Salah satu kerja part time yang lumayan jika betul-betul buat adalah pengangkat barang. Kerja mengangkat barang ini tidak menggunakan mesin tetapi menggunakan kudrat anda.

Anda boleh bekerja di gudang besar atau dengan individu yang berpindah pejabat atau berpindah rumah. Pekerjaan ini merangkumi mengemas dan memunggah barang serta membersihkan kenderaan pengangkutan.

5. Copywriter

Tugas seorang copywriter atau penulis adalah menghasilkan kandungan untuk pelbagai penerbitan termasuklah laman web, buku, majalah, iklan, lagu, televisyen, dan skrip filem.

Copywriter juga boleh diupah secara kontrak oleh syarikat kerana kepakarannya dalam bidang tertentu, seperti pemasaran atau penulisan teknikal.

Kebanyakan syarikat persendirian akan mengupah copywriter secara part time. Ia merupakan kerja part time yang lumayan untuk dicuba oleh anda.

kerja part time yang lumayan
Imej via [ceci-cela]

6. Pentadbir Sistem Rangkaian dan Komputer (Admin)

Pentadbir Sistem Rangkaian dan Komputer biasanya melakukan kerja dalam mengatur dan menyokong rangkaian dalaman serta sistem internet organisasi.

Mereka juga berusaha memastikan semua orang mendapat sambungan internet dengan baik supaya boleh bekerja dalam talian dengan cekap. Untuk bekerja, ia memerlukan kelayakan yang berkaitan. Selain sepenuh masa, ia juga terbuka bagi kerja part time, pastinya gaji lumayan!

7. Akauntan

Pastinya anda sedia maklum bahawa akauntan bertanggungjawab dalam penyediaan, pemeliharaan, dan analisis rekod kewangan, bil, invois, dan cukai.

Kerjaya ini selalulnya mendapat permintaan tinggi pada musim pajak, ketika organisasi atau individu memerlukan sokongan perakaunan sambilan.

Selain penyelenggaraan dan pemantauan operasi kewangan harian, akauntan juga harus memastikan bahawa sistem kewangan syarikat berfungsi dengan cekap dan dalam ruang lingkup undang-undang. 

Akauntan juga merupakan kerja part time yang lumayan dan bergaji boleh tahan juga sebenarnya. Untunglah mereka yang tahu buat akaun ni!

8. Pemandu Trak Penghantaran 

Kerjaya sebagai pemandu trak penghantaran juga merupakan antara kerja part time yang lumayan tau! Biasanya pemandu trak ini akan bekerja di wilayah yang terhad bagi mengangkut barang di gudang, pusat pengedaran, perniagaan dan kediaman tempatan.

Mereka bertanggungjawab untuk mengambil, mengangkut, dan menurunkan bungkusan dan barang yang lebih kecil.

Untuk melakukan kerja part time yang lumayan ini, anda dikehendaki memiliki sijil SPM, lesen memandu, rekod bersih, dan kadangkala lesen memandu komersial.

9. Pereka Grafik

Seorang pereka grafik memerlukan kemahiran dalam program Adobe Photoshop atau Adobe Illustrator untuk membuat grafik bagi pelbagai tujuan.

Mereka adakalanya menghasilkan logo dan pelbagai jenis tulisan yang khusus, susun atur laman web, templat e-mel serta hampir semua bentuk iklan khusus.

Biasanya kerja ini merupakan kerja sepenuh masa bagi sesebuah syarikat, namun mereka juga membuka peluang untuk yang ingin bekerja secara part time. Ia adalah kerja part time yang lumayan dan sentiasa diperlukan khidmatnya.

kerja part time yang lumayan
Imej via [beritasatu]

10. Kafe Barista

Tugas ini adalah untuk mereka yang suka berbual dan menyajikan kopi dengan orang asing. Ia juga cukup memuaskan apabila anda dapat menarik pelanggan ke kafe.

Walau bagaimanapun, pekerjaan ini cukup melelahkan kerana memerlukan waktu berjam-jam untuk berdiri. Bekerja di kafe adalah kaedah terbaik untuk mempraktikkan bahasa Inggeris anda.

Ramai tak tahu bahawa bekerja di Kafe Barista juga merupakan antara kerja part time yang lumayan dilakukan.

11. Jurugambar

Berkat teknologi moden hari ini, pelajar yang memiliki kamera DSLR dengan mudah dapat menggelar diri sendiri sebagai jurugambar walaupun mereka tidak pernah menjalani latihan profesional dalam bidang fotografi.

Selalunya, seorang jurugambar profesional sepenuh masa mengenakan bayaran sekitar RM2,000 hingga RM5,000 bagi khidmat mengambil gambar dalam acara majlis perkahwinan. Tidak seperti jurugambar part time, mereka mungkin mengenakan separuh harga atau lebih rendah lagi. 

Oleh itu, anda boleh menjana pendapatan kerja part time yang lumayan sekiranya anda menguruskan projek fotografi sendiri. Nak lagi best, anda boleh menjual gambar secara dalam talian ke laman web stok seperti Fotolia, SmugMug Pro, iStockPhoto, dan Shutterstock. Harganya pula boleh mencecah USD100 per keping tau!

12. Youtuber

YouTuber adalah mereka yang aktif dengan platform youtube serta bekerja menghasilkan pelbagai kandungan mengikut kreativiti masing-masing. Kerja part time yang lumayan ini selalunya dilakukan dari rumah sahaja.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, setiap 1,000 tontonan youtube akan memperoleh sekitar RM 5. Sekiranya youtube chanel anda popular, sebilangan pengiklan pasti bersedia membayar anda untuk membuat video bagi memasarkan produk mereka.

13. Bisnes Shopee

Bisnes Shopee amat terkenal sebagai kerja part time yang lumayan kini. Siapa yang tak kenal shopee? Dari kecil, muda hingga ke tua semuanya gunakan platform shopee untuk membeli barang. Tak rugi untuk anda cuba menjual barang di shopee secara part time.

kerja part time yang lumayan
Imej via [theasianobserver]

14. Runner Makanan

Ia sama seperti penghantar makanan atau barang tetapi runner makanan yang lumayan adalah jika anda berdaftar dengan platform runner terbaik.

Antara contohnya adalah Aplikasi Lalamove dan Food Panda. Bagi mereka yang menjalani bisnes makanan delivery, pastinya mereka memerlukan runner makanan setiap hari.

15. Bisnes Lazada

Bisnes atau kerja part time yang lumayan boleh dilakukan juga adalah bisnes Lazada. Ia tidak memerlukan komitmen yang terlalu banyak dalam sehari, dimana tidak salah untuk anda lakukan secara part time. Hanya peruntukkan sehari sejam atau 2 jam sahaja untuk fokus pada bisnes ini.

Anda boleh menjual produk di Platform Lazada dengan mudah tanpa fikirkan trafik atau cara mencari pelanggan lagi. Mereka akan datang dengan sendiri.

16. Borong Barang China

Tak dapat dinafikan, berbisnes borong barang dari China mendapat tempat di mata masyarakat kerana keuntungannya sangat tinggi, sedangkan modal dikeluarkan cuma rendah.

Walaupun bekerja, anda masih boleh lakukan kerja part time yang lumayan ini jika dilakukan betul-betul.

17. Jual Hartanah

Jual satu rumah atau tanah, untung dah lebih RM 10,000! Pernah kenal siapa-siapa yang jadi perunding hartanah? Ia adalah kerja part time yang lumayan namun memerlukan usaha yang gigih.

18. Pelaburan Saham

Melibatkan diri dalam pelaburan saham bukan kerja gila seperti yang dikatakan segilintir orang. Sebenarnya, kerja part time yang lumayan ini adalah tindakan yang bijak kerana anda sudah keluar dari zon biasa-biasa dan lakukan perkara yang luar biasa.

Berikut adalah 18 kerja part time yang lumayan jika anda betul-betul lakukannya. Jom baca juga kelebihan sedekah, jenis-jenis sedekah, masalah selepas bersara dan beza ccris dan ctos.

Rujukan

  1. 10 Best Part Time Jobs for Local and International Students in Malaysia. https://www.e2studysolution.com/news/10-best-part-time-jobs-for-local-and-international-students-in-malaysia/
  2. Top 10 Best Paying Part-Time Jobs. https://www.thebalancecareers.com/top-best-paid-part-time-jobs-2059652
  3. 20 Part-Time Jobs That Pay Well https://www.indeed.com/career-advice/finding-a-job/part-time-jobs-that-pay-well
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.