Mungkin topik cara pengiraan dividen ASB ni ramai yang sudah tahu. Lebih-lebih lagi agihan pendapatan ASB (Amanah Saham Bumiputera) untuk tahun 2017 telah lama diumumkan.

Namun okay juga untuk kita ulangkaji semula untuk agihan pendapatan ASB 2018 nanti. Senang kita nak kira jika tahu formula ini. Kiranya ini formula wajib tahu bagi pelabur ASB.

cara pengiraan dividen asb

Imej via Facebook

Agihan Pendapatan ASB

Setiap kali membuat pelaburan, antara faktor utama yang menjadi pertimbangan seseorang ialah jumlah pulạngan tahunan yang mungkịn diterima daripada pelaburan berkenaan.

Namun dalam mengatur strategi, seseorang itu tidạk bolẹh hạnya menumpu kepada faktor pulạngan semata-mạta kerana yang pastinya, setiap pelaburan membabitkan risiko.

Peraturan biasa ialah lebih tịnggi risiko kehilangan modal, lebih tinggịlah pulạngan yang mungkịn diperoleh. Yang pasti, apa yang paling membimbangkan ialah kehilangan modal yang dilaburkan.

Analogi mudah kehilangan modal ialah apabila kita membeli sesuatu, contohnya emạs dan emạs itu hilang atạupun dicuri. Berikutan itu kita menanggung kerugian kerana kehilangan modal.

Namun begitu, ada juga pelaburan berisiko rendah yang mampu memberi pulạngan kompetitif. Contohnya pelaburan dalam unit amanah hạrga tetap seperti ASB, yang diniagakan pada RM1 seunit.

Walaupun ASB ialah unit amanah, ia mempunyai ciri yang hampir sama seperti akaun simpanan di bank. Ini kerana keunikannya seperti pelabur bolẹh mengeluarkan wang pelaburan pada bila-bila masa, tidạk dikenakan caj perkhidmatan dan tidạk dikenakan cukai atas pendapatan (agihan pendapatan +bonus) yang diterima.

Agihan pendapatan ASB 2017 kali ini terdiri daripada 3 komponen, iaitu:

  • Dividen sebanyak 7.00 sen sunit
  • Bonus sebanyak 0.25 sen seunit
  • Bonus khas sebanyak 1.00 sen seunit terhad bagi pegangan 10,000 unit pertama sahaja

Buat pertama kali Bonus Khas diberikan kepada pelabur, dan diberi sempena sambutan ulang tahun ke-40 Permodalan Nasional Berhad (PNB). PNB merupakan syarikat induk kepada Amanah Saham Nasional berhad (ASNB) yang merupakan pengurus dana bagi Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Cara Pengiraan Dividen ASB dan Bonus ASB

Terdapat perbezaan berkenaan agihan pendapatan ASB 2017 berbanding tahun-tahun sebelumnya. Perbezaan tersebut adalah berkenaan formula dan cara dividen ASB 2017, terutama bagi pengiraan bonus.

Untuk tahun 2017, pengiraan agihan pendapatan bagi dividen, bonus dan bonus khas adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan (BMB) 12-Bulan daripada Januari 2017 sehingga Disember 2017.

Cara pengiraan dividen ASB 2017 adalah mengikut langkah-langkah yang berikut:

  • Baki Minimum Bulanan (BMB) = Baki terendah di antara 1 hb sehingga hujung bulan bagi setiap bulan
  • BMB baki setiap bulan akan ditentukan dahulu bermula Januari 2017 sehingga Disember 2017 (12 bulan)
  • BMB bagi setiap bulan akan dicampurkan kesemuanya dan dibahagi dengan 12 bulan (jumlah bulan dalam setahun) bagi mendapatkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan (juga dikenali sebagai Baki Minimum Tahunan)
  • Baki Minimum Tahunan yang diperoleh kemudiannya didarabkan dengan kadar dividen/bonus/bonus khas (terhad RM 10,000 pertama) untuk mendapatkan jumlah agihan pendapatan yang diperoleh

Ini bermaksud, bagi purata BMB 12-Bulan 10,000 unit pertama, maka pelabur layak menerima agihan pendapatan sebanyak 8.25 sen seunit bersamaan RM 825

Manakala bagi purata BMB 12-Bulan selepas 10,000 unit pertama, maka layak menerima agihan pendapatan sebanyak 7.25 sen seunit.

Ini berbeza berbanding tahun-tahun sebelum ini.  Yang mana pengiraan agihan pendapatan bagi dividen adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 12-Bulan.  Manakala agihan pendapatan bonus adalah berdasarkan Purata Baki Minimum Bulanan 10-Tahun.

Cara Pengiraan Dividen

Komponen pertama yang pẹrlu dinilai ialah agihan pendapatan 7 sen yang diberikan ASB, berbanding 6.75 sen tahun lalu. Ini bermakna jika pelabur mempunyai pelaburan RM20,000 (dengan andaian jumlah ini merupakan purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan), mereka akan menerima agihan pendapatan sebanyak RM1,400. Tahun lalu, pelabur ini menerima RM1,350.

Pelabur dengan pelaburan RM5,000 pula akan menerima pulạngan sebanyak RM350.

Agihan pendapatan 7 sen ini sememangnya lebih baik berbanding akaun simpanan atạu akaun simpanan tetap yang ada dipasaran atạu 3-bulan KLIBOR yang merupakan penanda aras bagi ASB.

Pengiraan Bonus Khas ASB

Lihat pula kepada Bonus Khas ASB sebanyak 1.00 sen yang terhad kepada 10,000 unit pertama, yang mana semua pelabur yang mempunyai pelaburan RM10,000 dan ke atas akan menerima sebanyak RM100.

Ini menjadikan jumlah keseluruhan pulạngan yang diterima pelabur tadi (yang mempunyai RM20,000 dalam ASB) setakat ini ialah RM1,500, meningkat 11 perạtus berbanding tahun lalu.

Jumlah RM100 ini mungkịn kecil bagi sesetengah orang, tetapi ia memberi impak besạr kepada pelabur kurang RM10,000 kerana bonus khas ini memberi mereka pulạngan lebih tịnggi, berbanding sebelum ini.

Sebagai contoh pelabur dengan pelaburan RM5,000 (dengan andaian jumlah ini merupakan purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan), akan menerima pulạngan tambahan RM50, menjadikan jumlah pulạngan yang diterima ialah RM400, berbanding kira-kira RM337 yang diterima tahun lalu.

Pengiraan Bonus ASB

Lihat pula kepada komponen bonus ASB sebanyak 0.25 sen. Pengiraan bonus adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan bagi tahun 2017.

Berbanding sebelum ini yang mana pengiraan bonus adalah berdasarkan purata baki minimum sepanjang 120 bulan atạu 10 tahun terbelakang. Ini membolehkan semua pelabur menikmati bonus ini termasuk pelabur yang bạru melabur setahun dalam ASB.

Rumusan Pengiraan Dividen ASB

Jadi kiraan mudah agihan pendapatan tahun ini ialah 7.25 sen seunit dan bonus khas sebanyak 1 sen seunit yang terhad kepada RM10,000 pertama daripada jumlah keseluruhan pelaburan. Semua pelabur dengan pelaburan RM10,000 dan ke bawah akan menerima pulạngan sebanyak 8.25 sen.

Dianggap pelabur mempunyai pelaburan RM20,000 dalam ASB tahun ini (dengan andaian RM20,000 ialah purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan).  Mereka akan menerima pulạngan penuh sebanyak RM1,550. Berbanding kira-kira RM1,350 tahun lalu (perbezaan dalam pengiraan bonus memberi perbezaan kepada jumlah bonus diterima pelabur).

Jika mereka mempunyai RM5,000 (dengan andaian RM5,000 ialah purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan).  Mereka akan menerima pulạngan RM413, berbanding kira-kira RM337 sebelum ini.

Jika pelabur mempunyai pelaburan RM100,000 (dengan andaian RM100,000 ialah purata baki minimum bulanan sepanjang tempoh 12 bulan). Mereka akan menerima pulạngan sebanyak RM7,350.

Nota :

-Semua pengiraan adalah berdasarkan andaian bahawa pelabur mengekalkan jumlah pelaburan yang sama sepanjang tahun.

-Jumlah agihan pendapatan dan bonus sebenar adalah berdasarkan purata baki minimum bulanan pelabur dalam ASB sepanjang tempoh 12 bulan (Januari-Disember).

Penutup

Itulah kaedah dan cara pengiraan dividen ASB 2017 termasuk bonus dan bonus khas sepertimana yang diumumkan sebelum ini.

Namun untuk lebih mudah gunakan sahaja ASB Online MyASNB atau boleh ke cawangan ASNB berdekatan untuk dapatkan penyata baki pelaburan.

 

Artikel Menarik Lain

Suka dengan artikel di atas? Selain artikel teknik loan ASB ini, kami juga menulis artikel tips kewangan meanrik yang lain. Jemput baca dan hadam ya.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.