Yusuf Taiyoob! Setiap kali menjelang Ramadhan pastinya kita akan terdengar-dengar bisikan ini di kaca tv dan di corong radio. Kurma jenama Yusuf Taiyoob adalah di antara kurma yang paling popular dan menjadi pilihan rakyat Malaysia. Jom kami kongsikan info tentang biodata Yusuf Taiyoob kurma, raja kurma Malaysia.

Biodata Yusuf Taiyoob

Sumber: optionstheedge

Pemilik kurma Yusuf Taiyoob ialah Datuk Yusuf Taiyoob yang berasal dari Georgetown, Pulau Pinang. Beliau memegang jawatan sebagai Pengarah Urusan Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Anak sulung dari 4 orang adik-beradik ini mempunyai isteri yang bernama Datin Yusnita Ramli dan mempunyai 3 orang anak iaitu Waseem, Safiya, dan Safina.

Kita biasa mendengar tentang kurma Yusuf Taiyoob tapi yang sebenarnya Yusuf Taiyoob juga memilik pelbagai jenis perniagaan lain. Di antaranya ialah:

  • Kurma
  • Makanan dalam tin
  • Rempah-ratus
  • Makanan kering
  • Jus buah-buahan

Menurut rekod, syarikat pertama yang ditubuhkan oleh beliau ialah Yusuf Cosmetic pada 1979 namun ia Cuma berkekalan selama dua tahun. Apabila perniagaan tersebut tidak berjaya, beliau menubuhkan Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd. Beliau mendapat gelaran Datuk daripada Yang di-Pertua Negeri Pulau Pinang, Tun Abdul Rahman Abbas pada tahun 2002.

Kurma Yusuf Taiyoob

Kurma Yusuf Taiyoob bukan lagi nama yang perlu diperkenalkan. Ia bukan sahaja terkenal di Malaysia malah juga dikesport ke banyak negara luar. Untuk pengetahuan anda, Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd mengeluarkan 100 produk makanan dan 35 jenis kurma.

Produk syarikat ini kebanyakannya adalah barangan import yang dibawa masuk dari pelbagai negara seperti Asia Barat, Eropah dan Amerika Syarikat. Produk Yusuf Taiyoob dieksport  ke luar negara menggunakan jenama Yu Ta. Di antara negara yang paling banyak mengimport jenama Yu Ta ialah:

  • Indonesia
  • Thailand
  • Singapura
  • Brunei

Jatuh bangun dalam dunia perniagaan

Datuk Yusuf Taiyoob, pemilik syarikat hebat ini menceritakan bahawa semasa berumur 19 tahun,beliau pernah mengalami muntah darah akibat masalah pendarahan yang serius dalam perut kerana berdepan tekanan yang melampau apabila perniagaannya menghadapi masalah. Pada waktu ini beliau menjual minyak wangi di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas.

Beliau dibawa ke hospital dalam keadaan separuh sedar dan beliau hampir kehilangan nyawanya pada hari itu. Kejadian tersebut menjadikan beliau seorang yang kuat dan percaya bahawa beliau perlu menjaga diri sendiri jika ingin berjaya.

Mengenang kembali susah payah untuk beliau berjaya pada hari ini, menurutnya beliau pernah bersusah-payah datang ke Kuala Lumpur dari Pulau Pinang dengan membawa minyak wangi hasil tangannya untuk ditunjukkan kepada sebuah syarikat pengeluar namun minyak wanginya ditolak mentah-mentah tanpa diberi peluang.

Apabila perniagaan minyak wanginya gagal, beliau memulakan perniagaan mengimport kurma dari timur tengah. Ternyata kali ini perniagaannya membuahkan hasil sehingga beliau menjadi menjadi pengeluar dan pembekal kurma dan makanan untuk pasaran tempatan. Malah produk beliau juga dijual ke negara jiran.

Sumber: Twitter

 Pada hari ini Syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd mempunyai lebih daripada 1,000 pengedar di dalam negara dengan kakitangan seramai 50 orang di ibu pejabat di Pulau Pinang sahaja, tidak termasuk kaki tangan di tiga buah gudangnya.

Mereka mengeluarkan 35 jenis kurma yang diimport dari Asia Barat, Afrika Selatan, Tunisia, Oman, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Jordan. Di antara jenis yang paling popular dan mendapat permintaan yang tinggi ialah kurma dari jenis:

  • Rotab Bam
  •  Safia
  • Mariami
  • Safawi
  • Ajwa
  • Jewel,
  • Ajmal
  • Anbara

Para pelanggan Yusuf Taiyoob tidak kisah untuk berbelanja lebih untuk membeli kurma mereka kerana kurma yang dijual adalah dari kualiti yang tinggi dang red A. selain kurma, mereka juga menjual rempah-ratus yang juag diimport khas dari luar negara.

Setiap tahun, apabila tiba Ramadhan, mereka akan mengimport sebanyak 3,000 tan metrik kurma untuk memenuhi permintaan di Malaysia.

Kilang untuk jenama Yu Ta

Sumber: Shopee

Apabila barangan eksport di bawah jenama Yu Ta semakin berkembang maju, syarikat ini terpaksa memiliki kilang sendiri untuk membungkus dan menyimpan stok. Kilang dengan keluasan 5 herkat itu terletak di Bukit Minyak, Seberang Prai Tengah dibina dengan kos sebanyak RM20 juta.

Apabila siap sepenuhnya, kilang ini mampu menyimpan700 kontena stok makanan sejuk dan kering pada satu masa. Ia juga akan menjimatkan kos pengeluaran apabila mereka tidak perlu menyewa premis lain untuk menyimpan stok dan melakukan proses pembungkusan. Apa yang membanggakan, dengan saiznya, kilang tersebut akan menjadi pusat pengeluaran dan pembekalan bahan makanan basah dan kering terbesar di utara Semenanjung.

Kewujudan kilang itu juga akan memberikan banyak peluang pekerjaan kepada penduduk di sekitar kawasan tersebut. Selain kilang yang gah itu, syarikat Yusuf Taiyoob Sdn Bhd juga telah membeli sebuah bangunan warisan dua setengah tingkat di Lebuh Bishop, Georgetown sebagai aset syarikat.

Kerja kemasyarakatan

Walau pun beliau sangat sibuk dengan tugasan dan kerjaya, beliau tetap meluangkan masa untuk melakukan kerja kemasyarakatan. Beliau lebih suka untuk memberi secara senyap-senyap tanpa dihebohkan dalam media. Beliau juga sedia untuk membantu golongan yang memerlukan namun beliau akan memastikan individu yang dibantu adalah benar-benar memerlukan, bukan sekadar mengambil kesempatan ke atas dirinya.

Masa bersama keluarga

Pada hari cuti, beliau akan meluangkan masa bersama keluarga di rumah. Beliau kurang berminat untuk  keluar berjalan-jalan dan bersosial.

Itulah dia info tentang jom kenali Yusuf Taiyoob kurma, raja kurma Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang pengasas Sendayu Tinggi dan usahawan beras Faiza.

Rujukan:

1. Hairulphoto

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.