Apa sebenarnya maksud “miskin”? Berapa banyak baki wang dalam dompet atau akaun bank kita untuk boleh kita isythiharkan bahawa kita sudah jatuh miskin?
Jom baca artikel ini untuk ketahui definisi miskin dan realiti kemiskinan yang berlaku di negara kita.
Kemiskinan merupakan situasi serba kekurangan yang terjadi bukan atas kehendak dan kerelaan setiap isi rumah miskin.
Pengenalan isi rumah miskin ini boleh dikenal pasti berdasarkan
Semua keadaan ini akan menyebabkan isi rumah tiada daya upaya untuk keluar daripada lingkaran kemiskinan jika tiada bantuan dan sokongan daripada pihak yang berkuasa.
Permasalahan kemiskinan ini jika tidak dikawal dan dibasmi mampu menggugat kestabilan ekonomi dan politik sesebuah negara. Ini kerana mati kelaparan, kekurangan makanan, penyakit dan kekurangan pendidikan dalam kalangan orang ramai boleh menyebabkan seseorang terjerumus ke lembah penjenayahan untuk menikmati hidup dalam kemewahan.
Tidak ada definisi yang tepat dalam menggambarkan kemiskinan, Oleh itu wujud tafsiran yang berbeza-beza mengenai isu ini.
Umpamanya tafsiran miskin di negara maju adalah berkaitan dengan golongan tertentu yang tidak mampu menampung kehidupan yang setara dengan golongan yang mempunyai taraf hidup dan pendapatan yang tinggi.
Di negara sedang membangun pula, hal ini merujuk kepada keadaan yang lebih ekstrem seperti kelaparan, kebuluran, tidak ada tempat tinggal, menganggur, mengemis, kekurangan zat makanan dan kalori
Insiden kemiskinan secara umumnya menunjukkan trend penurunan. Keadaan ini memberi gambaran bahawa kehidupan manusia yang semakin selesa. Senario kemiskinan dunia menunjukkan penurunan daripada 31.1% pada tahun 2002 kepada 22.7% pada tahun 2008. Ini berdasarkan Nisbah Kiraan Kepala pada USD1.25 sehari.
Begitu juga kesnya bagi Malaysia iaitu trend kemiskinan juga menurun mengikut tahun. Walaupun situasi ini boleh dibanggakan namun yang pasti kejayaan dan kemajuan ekonomi akan menyebabkan satu golongan akan bertambah kaya dan satu golongan lagi agak ketinggalan.
Jurang perbezaan kemiskinan yang masih wujud ini adalah membimbangkan kerana kemiskinan akan terus menjana kemiskinan dalam satu kitaran ganas kemiskinan (vicious cycle of poverty). Kitaran ganas kemiskinan ini merujuk kepada keadaan kemiskinan atau perangkap kemiskinan.
Keadaan ini boleh diumpamakan kemiskinan yang diwarisi dari satu generasi ke generasi seterusnya. Situasi ini akan menghasilkan keadaan kemiskinan yang berterusan dalam kalangan kelompok masyarakat berkenaan tanpa harapan untuk keluar daripadanya.
Maka, di sinilah peranan pihak berkuasa amat penting supaya isi rumah miskin dapat keluar dari lingkaran kemiskinan.
Namun begitu perlu ditegaskan bahawa, tidak akan berjaya usaha memerangi kemiskinan jika satu pihak sahaja yang memainkan peranan. Isi rumah miskin itu sendiri perlu berusaha untuk mengubah taraf hidup ke arah yang lebih baik dan selesa.
Dalam konteks kemiskinan di Malaysia, kemiskinan dijelaskan melalui perspektif kewangan atau pendapatan. Melalui konsep ini kemiskinan terbahagi kepada:
Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan di mana seseorang individu atau isi rumah yang tidak mampu untuk memenuhi keperluan asas bagi menikmati kesejahteraan hidup yang minimum dan munasabah. Keperluan asas ini ialah:
Kemiskinan mutlak diukur dengan menggunakan perbandingan antara pendapatan sekumpulan isi rumah dengan satu tahap yang dipanggil Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK). PGK ini ditentukan berasaskan kepada taraf hidup penduduk negara ini.
PGK merupakan satu jumlah pendapatan minimum untuk membolehkan sesebuah isi rumah, secara purata, menampung keperluan makanan, pakaian dan perbelanjaan asas seperti:
Sementara darjah kemiskinan pula ditentukan berdasarkan tingkat pendapatan yang diterima dengan PGK iaitu miskin atau tidak miskin.
Konsep kemiskinan relatif pula boleh dikaitkan dengan agihan pendapatan. Agihan pendapatan dapat menunjukkan tingkat kebajikan seseorang individu, iaitu dengan membuat perbandingan tingkat kebajikan individu tersebut dengan tingkat kebajikan orang lain.
Kemiskinan relatif ini akan sentiasa wujud dan tidak mungkin dapat dihapuskan selagi mana wujud ketidakseimbangan dalam agihan pendapatan. Lagi tinggi ketidakseimbangan pendapatan lagi serius masalah kemiskinan relatif walaupun kemiskinan mutlak telah dibasmi sepenuhnya.
Ukuran kemiskinan unidimensi atau ukuran kemiskinan yang menggunakan pendekatan kewangan adalah suatu pendekatan yang sering diaplikasikan di banyak negara.
Secara khususnya, kemiskinan bermaksud individu yang tidak mempunyai cukup pendapatan dalam memenuhi kesejahteraan ekonominya ataupun dalam istilah ekonomi dikatakan mengalami kekurangan kebajikan ekonomi.
Pengukuran jenis ini berdasarkan pendekatan kemiskinan mutlak dan pendekatan kemiskinan relatif. Kedua-dua jenis pendekatan ini berdasarkan kekurangan atau kegagalan dalam mendapatkan sumber fizikal.
Berdasarkan pendekatan unidimensi, kemiskinan boleh dikelaskan kepada beberapa jenis iaitu:
Berdasarkan pengukuran unidimensi ini, pengukuran kemiskinan biasanya mempunyai dua tahap.
Pertama ialah tahap identifikasi penduduk yang dikategorikan miskin atau tidak miskin.
Tahap kedua adalah tahap agregat, dengan membentuk indeks tunggal bagi menggambarkan keadaan keseluruhan penduduk miskin dalam sesebuah kawasan. Beberapa indeks kemiskinan yang menggambarkan keadaan agregat ini seperti Headcount Index, Poverty Gap Index, Poverty Severity Index, Sen Index, Watts’s Index, Kakwani Index, Foster-Greer-Thorbecke (FGT) Index dan sebagainya.
Salah satu alternatif bagi menggantikan ukuran kemiskinan menggunakan kaedah pendapatan adalah ukuran kemiskinan multidimensi.
Pengukuran kemiskinan multidimensi ini lebih kepada langkah-langkah mengenal pasti “siapa yang miskin”
Salah satu kaedah pengukuran kemiskinan multidimensi adalah menggunakan Kaedah Alkire dan Foster (Kaedah AF). Ukuran kemiskinan menggunakan Kaedah AF ini mengandungi dimensi kemiskinan seperti:
Kaedah ini diyakini dapat mengenalpasti siapa yang miskin dan seterusnya akan dapat menyelesaikan masalah kemiskinan yang dihadapi
Kemiskinan yang kerap dirujuk di Malaysia ialah kemiskinan mutlak kerana pendapatan isi rumah dibandingkan dengan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK).
Jika pendapatan bulanan sesebuah isi rumah adalah kurang daripada PGK maka isi rumah ini dianggap miskin. Peratusan isi rumah miskin dalam keseluruhan bilangan isi rumah yang terdapat di Malaysia dirujuk sebagai insiden kemiskinan.
Ukuran kemiskinan multidimensi berbeza dengan Indeks Kualiti Hidup Malaysia (IKHM) dari segi tafsiran dan juga matlamat akhir untuk tujuan penggubalan dasar kerajaan. Malaysia telah mewujudkan IKHM yang mana pendekatan yang lebih kuantitatif digunakan dalam menilai kualiti hidup.
Konsep kualiti hidup melibatkan perubahan dalam masyarakat dan sistem sosial daripada keadaan yang dianggap tidak memuaskan kepada keadaan yang lebih baik. Dengan ini, kualiti hidup merangkumi bukan sahaja pembangunan ekonomi tetapi meliputi juga
aspek lain seperti:
Kualiti hidup di Malaysia ditakrifkan sebagai merangkumi kamajuan diri, gaya hidup yang sihat, akses dan kebebasan memperolehi pengetahuan serta taraf kehidupan yang melebihi keperluan asas individu dan memenuhi keperluan psikologi untuk kesejahteraan sosial yang setanding dengan aspirasi negara.
Adalah lebih mudah untuk mengenal pasti isi rumah miskin berdasarkan ciri-ciri kekurangan atau masalah yang dihadapi berbanding mengenal pasti isi rumah miskin berdasarkan pendapatan bulanan.
Ciri-ciri kekurangan ini dengan istilah “dimensi kekurangan” yang dianggap penting dan dapat mengenalpasti isi rumah miskin dengan lebih tepat adalah dimensi makanan, ciri-ciri rumah yang didiami, pakaian, pemilikan aset, pendidikan, kesihatan dan taraf hidup.
Usaha perlu dilakukan untuk mengambil kira pelbagai faktor dan proses serta halangan bagi meningkatkan keupayaan kehidupan golongan miskin ke arah yang lebih baik sama ada dari segi ekonomi, ekologi dan sosial.