Dengan keadaan ekonomi semasa, semakin ramai yang mencari peluang untuk mendapat duit lebih memandangkan gaji dari satu pekerjaan sahaja tidak mencukupi lebih-lebih lagi bagi yang tinggal di kawasan bandar utama. Yang sebenarnya ada pelbagai cara untuk cari duit lebih yang boleh anda cuba seperti:
Pada hari ini semakin ramai yang membeli barang secara online, dan seiring dengan itu keperluan untuk rider atau penghantar barang termasuk makanan adalah sangat diperlukan. Anda boleh bergerak sendiri sebagai rider dengan mengiklankan servis anda dalam kumpulan whatsapp atau facebook tempat tinggal anda. Atau anda boleh menjadi rider bagi platform sedia ada seperti:
E-hailing seperti Grab merupakan satu lagi cara cari duit yang sememangnya memberikan hasil yang lumayan. Jika anda bekerja, anda boleh menjadi pemandu e-hailing pada waktu malam selepas habis bekerja atau semasa hujung minggu dan cuti umum sahaja. Jangan tak tahu, pendapatan pemandu e-hailing bukan calang-calang. Dalam satu hari boleh dapat ratusan ringgit jika rajin.
Nak duit lebih? Anda boleh berniaga online. Hari ini semuanya dihujung jari, termasuk membeli-belah. Orang sudah malas keluar rumah untuk membeli barang. Ambollah peluang ini untuk mendapat duit lebih. Jika anda mempunyai modal, boleh mulakan dengan menjadi ejen produk. Atau pun jika anda ingin bermula tanpa sebarang modal, mulakan sebagai dropship sahaja. Ramai yang berjaya menjadi kaya dengan perniagaan online. Apa salahnya anda cuba?
Semakin hari, home baker semakin mendapat tempat di hati rakyat Malaysia. Ini kerana kebiasannya home baker mempunyai sentuhan tersendiri dan boleh ditempah mengikut gaya yang diingini berbanding bakeri komersial. Malah para pelanggan tidak kisah untuk membayar lebih kepada home baker asalkan dapat apa yang diingini. Sebagai home baker anda boleh menjual:
Cara buat duit yang seterusnya ialah dengan menjadi guru tuition. Pada hari ini kebanyakan ibu bapa memilih untuk menghantar anak ke kelas tambahan bagi mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan. Anda boleh pilih sama ada ingin membuat kelas tambahan di rumah anda, atau anda yang pergi ke rumah pelanggan.
Selain itu tentukan juga kumpulan umur yang ingin anda ajar iaitu peringkat tadika, sekolah rendah atau sekolah menengah. Apa yang paling penting sekali ialah pastikan anda mampu mengajar subjek yang ditawarkan. Jika anak didik anda mendapat keputusan yang cemerlang, pastinya ibu bapa yang berpuas hati akan menceritakan tentang perkhidmatan anda kepada kawan-kawan dan saudara-mara.
Satu masa dulu perkataan personal shopper mungkin agak asing di Malaysia namun pada hari ini personal shopper sangat dikehendaki orang ramai. Apakah servis yang ditawarkan oleh personal shopper? Mereka akan mengambil order dari pelanggan dan membelikan dengan sedikit upah kemudian barang tersebut akan dihantar kepada pelanggan. Dengan cara ini pelanggan tidak perlu keluar dari rumah, mungkin atas kekangan masa, jarak yang jauh, atau inginkan barang dengan harga yang murah dari luar negara. Di antara contoh personal shopper yang popular ialah:
Tahukah anda bahawa anda juga boleh cari duit lebih dengan mengajar Al-Quran. Hari ini rama keluarga yang terbuka hati untuk belajar membaca Al-Quran dengan lebih baik. Anda boleh mengajar Al-Quran di rumah sendiri atau anda yang pergi ke rumah pelanggan. Anda juga boleh memilih untuk mengajar pada hujung minggu sahaja atau selepas maghrib pada setiap hari. Untuk mendapat pelanggan yang lebih ramai, tawarkan harga menarik untuk pakej keluarga atau pakej sepejabat.
Anda pandai memasak? Apa kata anda gunakan kelebihan yang ada untuk mencari duit tambahan. Anda boleh menyediakan servis katering seperti berikut:
Anda boleh iklankan servis anda dalam kumpulanj facebook atau whatsapp penduduk tempatan. Pelbagaikan menu untuk mendapat jualan yang lebih. Jika makanan anda sedap dan mengena dengan selera para pelanggan, cakap dari mulut ke mulut adalah kaedah iklan yang paling berkesan untuk anda.
Pernah dengar tentang servis facial mobile? Kalau dulu pelanggan perlu pergi ke slaoon untuk mendapatkan servis facial namun kini mereka boleh mendapat servis di dalam rumah sendiri. Jika anda berminat untuk menceburkan diri dalam perniagaan mobile facial, anda cuma perlu menghadiri kursus yang disediakan dan mengeluarkan sedikit duit untuk membeli peralatan yang diperlukan.
Cara cari duit lebih yang terkahir ialah dengan bercucuk-tanam di rumah. Harga sayur-sayuran pada hari ini bukannya murah, anda boleh mendapat duit yang banyak dengan menjual sayur-sayuran. Tips dari kami, tanam sayur yang cepat membesar dan boleh dituai dalam tempoh yang pendek seperti bayam brazil dan sawi. Anda juga boleh cuba menanam dengan cara hidroponik jika tiada tanah atau ruang.
Itulah dia info tentang 10 cara cari duit lebih yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara buat duit online.