Alfred Nobel merupakan individu di mana nama beliau telah digunakan untuk Anugerah atau Hadiah Nobel (Nobel Prize). Alfred Nobel dilahirkan pada tahun 1833 di Stockholm. Beliau merupakan seorang saintis, pencipta, usahawan, pengarang dan juga pencinta keamanan (pacifist).

Selain itu, beliau telah mempatenkan (patent) satu bahan letupan yang dipanggilnitrogliserin (nitroglycerin), mengasaskan beberapa buah syarikat dan mempatenkan bahan letupan (dynamite) dan peledak (gelignite) dan banyak lagi pencapaian beliau. Beliau telah menjadi kaya ketika melalui proses-proses di atas.

Tidak lama selepas kematian Alfred Nobel iaitu pada tahun 1896, Anugerah Nobel muncul. Beliau telah meninggalkan kebanyakan daripada hartanah beliau untuk menubuhkan anugerah tersebut, yang mana telah pertama kali dianugerahkan pada tahun 1901. Anugerah tersebut diberikan dalam beberapa bidang, mencerminkan kepelbagaian minat dan kebolehan Alfred Nobel. Bidang-bidang tersebut termasuklah fizik, kimia, fisiologi atau perubatan, sastera dan keamanan. Anugerah tersebut pula merupakan sekeping pingat, sijil dan wang tunai.

Imej via Biography

Kehidupan Dan Penciptaan Alfred Nobel

Alfred Nobel merupakan seorang individu yang mempunyai banyak kemahiran dan ciptaan, Bapa beliau, Immanuel Nobel, merupakan seorang pencipta dan seorang saintis. Pada satu ketika, ibu beliau, Andriette, menjalankan sebuah kedai runcit kecil.

Selain itu, Alfred Nobel merupakan individu yang banyak menjelajah. Beliau telah menetap di Sweden, Finland dan Rusia, dan telah menjelajah Perancis, Jerman dan Amerika Syarikat. Beliau juga telah belajar untuk bercakap  di dalam beberapa bahasa ketika membesar, terutamanya bahasa Sweden, bahasa Rusia, bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Jerman.

Ketika di Perancis, Nobel telah bertemu dengan Ascanio Sobreri, individu yang mencipta cecair letupan yang dikenali sebagai nitrogliserin. Pertemuan ini kemudiannya mempengaruhi kerja Nobel terhadap peledak bahan letupan terkawal, kerja beliau yang membawa kepada penciptaan bahan letupan (dynamite) beliau.

Tambahan lagi, Alfred Nobel telah mempatenkan lebih daripada 300 penciptaan, yang mana beberapa daripadanya melibatkan bahan letupan, biologi, fisiologi dan optik. Kejayaan beliau membolehkan beliau menubuhkan pelbagai perniagaan, antaranya termasuklah Nitroglycerin AB di Stockholm, Alfred Nobel & Co. Factory) di Krümmel dan United States Blasting Oil Company.

Di sebalik penglibatan beliau dalam bahan letupan, Alfred Nobel merupakan seorang penganjur keamanan dunia yang kuat. Countess Bertha Kinsky, seorang lagi penganjur keamanan yang kuat, terpengaruh dengan kecenderungan Nobel terhadap keamanan. Countess tersebut merupakan penjawab (respondent) kepada iklan yang dibuat oleh Nobel untuk mencari seorang pembantu rumah dan setiausaha wanita. Di sebalik hubungan yang begitu mesra di antara kedua-duanya, Nobel tidak pernah berkahwin, dan beliau meninggal dunia pada tahun 1896.

Anugerah Nobel

Nama “Nobel” adalah yang paling terkenal dalam hubungan dengan Anugerah Nobel. Sebelum kematian beliau, Alfred Nobel telah menyediakan dana pembiayaan untuk digunakan sebagai ganjaran kepada penganjur keamanan di dalam pelbagai bidang seperti fizik, kimia dan fisiologi.

Yayasan Nobel (Nobel Foundation) di Stockholm, Sweden, merupakan organisasi yang bertanggungjawab untuk mengurus dan mentadbir dana tersebut. Semenjak tahun 1901, yayasan tersebut telah menganugerahkan beratus Anugerah Nobel. Antara penerima anugerah tersebut adalah Martin Luther King, Jr., Albert Einstein dan Nelson Mandela.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.