Jika anda peminat bola sepak tanah air, pastinya anda mengenali pengurus bola sepak pasukan Harimau Malaya ini. Siapa lagi kalau bukan Tan Cheng Hoe yang merupakan jurulatih serta pengurus pasukan bola sepak Malaysia.

Tan merupakan anak keenam daripada lapan adik beradik dan berasal dari Alor Setar, Kedah Darul Aman. Beliau dilahirkan pada 30 Mei 1968 dan telah mendirikan rumah tangga bersama pasangannya iaitu Jocelyn Tan.

Latar Belakang Kerjaya

Tan memulakan kerjayanya sebagai pemain bola sepak mulai tahun 1988 dengan menyertai pasukan Kedah FA sehingga tahun 1990. Malah, beliau juga pernah bertanding di peringkat final Piala Malaysia untuk tiga tahun berturut, namun hanya berjaya memenangi trofi Piala Malaysia pada tahun 1990.

Sejak tahun 2004, Tan telah menjadi pembantu jurulatih kepada Dato’K. Rajagopal sehingga tahun 2013. Gabungan kerjasama yang mantap Dato’ K.Rajagopal dan Tan Cheng Hoe telah membolehkan pasukan Malaysia mencapai pelbagai kejayaan antaranya berjaya mara ke peringkat suku akhir Kejohanan Remaja AFC 2004 serta layak ke Kejohanan Remaja AFC 2006.

Semasa Sukan SEA 2009 dan Piala AFF 2010 pula, Malaysia telah berjaya membawa pulang trofi kemenangan.

Imej via mstar

Sewaktu Dave Mitchell (jurulatih) diarahkan bercuti kerana prestasi yang kurang memuaskan semasa separuh pertama perlawanan Liga Perdana Malaysia, Tan telah diberi tanggungjawab dan dilantik sebagai ketua jurulatih. Pelantikan beliau sebagai jurulatih memberi sinar pada pasukan Kedah apabila berjaya memenangi Liga Perdana danmendapat promosi ke Liga Super.

Jurulatih Terbaik Tahunan Liga M

Selain itu, Tan turut dinobatkan sebagai Jurulatih Terbaik Tahunan Liga-M di Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2016 setelah mencapai kejayaan Piala Malaysia, tempat ketiga dalam Liga Super serta berjaya ke separuh akhir Piala FA.

Tan telah kembali menjadi penolong jurulatih Malaysia di bawah pengurusan Nelo Vingada dan telah mengambil alih jawatan ketua jurulatih Malaysia selepas Vingada bertindak mengundur diri berikutan prestasi buruk skuad negara. Vingada tidak berjaya membawa sebaran kemenangan dalam tujuh perlawanan sepanjang beliau menjadi ketua jurulatih.

Semasa sedang membuat persiapan untuk Piala AFF 2018, FOX Sports Asia telah menerbitkan artikel dengan mengatakan bahawa Malaysia adalah pasukan bawahan. Oleh itu, Tan berharap agar peminat bola sepak negara tidak meletakkan harapan yang tinggi walau pun pasukan Malaysia diundi ke dalam Kumpulan A bersama – sama pasukan dari negara Vietnam, Myanmar, Kemboja serta Laos.

Pada ketika itu juga Tan berharap agar pemain Malaysia tidak merasa tertekan kerana harapan yang tinggi diletakkan oleh para peminat skuad negara. Usaha gigih Tan dan pasukan membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya ke peringkat akhir setelah berjaya menyingkirkan juara bertahan lima kali iaitu Thailand di separuh akhir di tempat lawan.

Tidak mudah mengaku kalah, pasukan kebangsaan telah berjaya menawan pasukan Vietnam 2-2 di tempat sendiri. Walau bagaimana pun, semasa perlawanan kedua dan terakhir di Hanoi, Tan gagal membawa kemenangan yang sama. Malaysia tewas dengan Vietnam dan meraih tempat naib juara buat kali ketiga.

Imej via sinarharian

Tan juga telah berjaya menaikkan ranking Malaysia ke peringkat 159 semasa pasca AFF berikutan kemenangan yang diperolehi semasa berlawan dengan Nepal, Afghanistan, Nepal serta Timor Leste. Ini telah meletakkan kedudukan Malaysia di hadapan Singapura dan Indonesia pada pusingan kelayakan yang seterusnya. Ia turut menyaksikan Harimau Malaya berada di kedudukan ke – 31 dalam pasukan-pasukan Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Kejayaan Yang Dikecapi

Pasukan skuad negara mencapai prestasi terbaik sepanjang dua tahun bersama pengurusan Tan Cheng Hoe. Malah, pada Mac 2018, dalam ranking FIFA juga skuad negara berada pada kedudukan ke-178 dunia.

Pasukan negara mulai mencapai kejayaan berterusan sepanjang 2018. Pada tahun tersebut, skuad negara berjaya muncul naib juara Piala AFF dan beberapa keputusan positif sewaktu perlawanan persahabatan menentang Bhutan dan Fiji, malah turut berada di ranking lebih tinggi.

Pada tahun 2019, pasukan negara berjaya menewaskan Afghanistan 2-1 di Airmarines Cup. Secara keseluruhannya telah berjaya merekodkan sembilan kemenangan daripada 13 perlawanan termasuk 6 perlawanan kelayakan Piala Dunia/Piala Asia.

Salah satu manisnya kejayaan yang dikecapi adalah ketika menewaskan pasukan Indonesi 3-2 di Stadium Gelora Bung Karno pada 5 September 2019. Malah, pasukan Thailand juga berjaya ditewaskan oleh pasukan skuad negara.

Namun, skuad negara telah tewas kepada pasukan UAE tetapi tetap mendapat pujian kerana hanya tewas 2-1 kepada pihak lawan.

Pada tahun 2020, akibat pandemic Covid yang melanda dunia telah menyebabkan pemai hilang prestasi. Malah, kehilangan pemain utama akibat kecederaan juga menyebabkan prestasi pasukan semakin buruk pada tahun 2021.

Melepaskan Jawatan

Tan telah melepaskan jawatan selaku jurulatih pasukan kebangsaan pada awal tahun 2022 setelah prestasinya agak mengecewakan semasa pertandingan Piala AFF 2020 yang berlangsung di Singapura. Keputusan ini dibuat setelah mencapai kata sepakat semasa perbincangan yang dilakukan antara kedua pihak.

Peletakan jawatan ini secara tidak langsung telah menamatkan karier Tan bersama skuad negara yang sudah lama sejak 2005. Tan turut digelar jurulatih skuad senior mulai 7 Disember 2017.

Menyertai Pasukan Selangor

Tan beralih menerajui pasukan Selangor pada September 2022 bagi mengambil alih tugas Michael Feictenbeiner.

Sewaktu mengemudi pasukan Selangor, Tan telah berjaya mengemudi skuad Gergasi Merah dan sehingga pasukan tersebut berjaya meraih gelaran naib juara Liga Super 2023. Kemenangan ini telah berjaya merealisasikan hasrat peminat untuk melihat pasukan Selangor beraksi di pentas Asia.

Tan akhirnya telah berhijrah ke Thailand setelah tidak lagi mengendali pasukan Selangor. Anak kelahiran Kedah ini telah dipinang dan bersedia untuk berkhidmat bersama Police Tero mulai Februari 2024.

Semasa menerajui pasukan Thailand bersama Police Tero, hanya 2 kemenangan sahaja diperolehi. 3 keputusan adalah seri dan 6 lagi merupakan kekalahan yang menyebabkan The Silver Shield Dragons tersingkir dari pentas Thai League 1.

Tan meninggalkan Police Tero pada Jun 2024 setelah kontraknya tamat dan kini menjadi ejen bebas. Beliau juga turut dikaitkan dengan beberapa jawatan bersama kelab di Liga Malaysia.

Personaliti

Tan Cheng Hoe berpewatakan serius, jarang senyum dan sentiasa berpenampilan kemas. Beliau sering mensasarkan untuk meraih kejayaan di setiap perlawanan bola sepak yang disertai.

Prinsip

Tan menitik beratkan penguasaan perlawanan dalam pertandingan bola sepak. Ini kerana baginya, disiplin bertahan adalah yang terbaik di mana pemain boleh menyimpan bola lebih lama daripada membiarkan pasukan lawan kembali merampas bola tersebut.

Kesimpulan

Tan Cheng Hoe seorang yang berdisiplin semasa menerajui pasukan bola sepak kebangsaan. Peletakan jawatan beliau menerajui skuad negara menunjukkan sikap bertanggungjawab yang diambil oleh Tan atas kekalahan pasukan kebangsaan. Maka tidak hairanlah beliau mampu mengubah masa depan pasukan bola sepak negara.

Jemput baca biodata Hafiz Jantan dan biodata Azizulhasni Awang

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.