Langkau ke kandungan
iLabur
Menu

Biodata Shalin Zulkifli Lagenda Pemain Bowling Negara

Pastinya ramai yang mengenali Shalin Zulkifli ini. Beliau digelar ratu boling negara kerana kejayaannya mengharumkan negara dalam bidang sukan boling.…

InspirasiKemas kini terakhir: 7 Februari 2021oleh ItawrahDisemak oleh Sidang Pengarang iLabur
Gambar Shalin Zulkifli, pemain boling tenpin profesional Malaysia yang dikenali sebagai ratu boling negara.

Fakta Ringkas

Nama Penuh
Shalin Zulkifli
Nama Lain
Ratu boling negara
Peranan
Pemain boling 10 pin professional Malaysia
Dikenali Kerana
Kejayaan mengharumkan negara dalam bidang sukan boling dan bekas pemain nombor 1 Asia
Tarikh Lahir
28 Mac 1978 · North Islington, England
Dibesarkan di
Kuala Lumpur
Pendidikan
Sains Sukan (Psikologi dan Latihan Sukan) di Universiti Malaya
Pasangan
Azidi Ameran (bekas pemain boling negara)
Anak
Aleya (9 tahun)
Aktiviti semasa sekolah
Bola jaring, bola baling, pingpong
Gelanggang boling miliknya
The Curve, Mutiara Damansara
Jumlah pingat emas Sukan SEA
20 pingat
Mula menyertai pasukan kebangsaan
Akhir tahun 1980-an

Pencapaian

  • Bekas pemain nombor 1 Asia
  • 20 pingat emas sepanjang Sukan SEA
  • Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
  • Masukan Dewan Kemasyhuran Boling Antarabangsa (2004)
  • Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
  • Ahli Mangku Negara (A.M.N) (1995)
  • Kesatria Mangku Negara (K.M.N) (2001)
  • Juara Wanita Pertama World Tenpin Masters di Essex (2001)
  • Pingat Emas Pasukan Berlima Wanita Kejohanan Boling Tenpin Sedunia (2003)
  • Mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru (2001)

Pastinya ramai yang mengenali Shalin Zulkifli ini. Beliau digelar ratu boling negara kerana kejayaannya mengharumkan negara dalam bidang sukan boling. Beliau merupakan pemain boling 10 pin professional Malaysia dan merupakan bekas pemain nombor 1 Asia.

Sepanjang kariernya dalam sukan boling, Shalin telah mengumpul sebanyak 20 pingat emas sepanjang penglibatan dirinya semasa Sukan SEA. Jom kita baca biodata Shalin Zulkifli yang sering menjadi inspirasi anak muda dalam sukan boling.

potret Shalin Zulkifli, pemain bowling negara

Imej via stadiumastro

Latar Belakang

Shalin Zulkifli dilahirkan pada 28 Mac 1978 di North Islington, England. Bapanya ketika itu sedang melanjutkan pengajian dalam bidang Kejuruteraan Elektrik di sana. Walau pun dilahirkan di England, Shalin telah dibesarkan di Kuala Lumpur.

Shalin mula bersekolah di Sekolah Rendah Kebangsaan Dato’ Abu Bakar, Kuala Lumpur dan kemudiannya bersekolah di Sekolah Menengah (P) Bandaraya, Kuala Lumpur.

Sebagai seorang bapa, beliau sangat gembira dengan penglibatan Shalin dalam bidang sukan sejak di bangku sekolah. Beliau sering mengikuti ibu bapanya ke pusat boling. Justeru, pada umurnya 9 tahun, Shalin telah mula menjinakkan diri dalam sukan boling dan menyertai pasukan boling kebangsaan di akhir tahun 1980-an.

Shalin turut aktif dalam sukan bola jaring, bola baling serta pingpong semasa di sekolah sehinggakan beliau menjadi ayam tambatan di sekolahnya. Walau bagaimana pun, sikap Shalin harus dipuji kerana beliau tidak sombong biarpun menjadi kebanggaan pihak sekolah. Beliau telah melanjutkan pelajaran dalan bidang Sains Sukan khusus dalam Psikologi dan Latihan Sukan di Universiti Malaya.

Shalin telah mendirikan rumah tangga bersama pasangan Azidi Ameran yang juga merupakan bekas pemain boling negara. Suaminya juga pernah menjadi pemain nombor satu Asia dan turut memenangi pingat emas sebanyak empat kali di Sukan Asia. Hasil perkahwinannya, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aleya berusia 9 tahun.

Sikap dan Karakter

Shalin memiliki sikap dan karakter yang sememangnya akan membawa ke arah kejayaan. Beliau adalah seorang yang sangat disiplin, memberi komitmen sepenuhnya, sentiasa bekerja keras, kekuatan mental yang begitu kuat, rendah diri, lantang bersuara serta berfikiran terbuka.

Maka, tidak hairanlah Shalin dengan mudah menggegar dunia di peringkat antarabangsa dengan memenangi banyak pingat emas di temasya sukan yang disertainya.

Shalin Zulkifli menunjukkan gaya ketika bertanding

Imej via rojakdaily

Pencapaian dan Kejayaan

1994

  • Kent Malaysian All-Stars - Juara Terbuka Wanita

1996

  • 2nd World Tenpin Team Cup di Calgary, Kanada - Pingat Gangsa & Undian MVP
  • Piala Dunia AMF di Ireland Utara - memenangi tempat kedua

1998

  • Piala Dunia AMF di Kobe, Jepun - Rekod untuk layak ke 3 peringkat akhir step ladder berturut-turut; tempat ketiga keseluruhan

1999

  • Kejohanan Belia Asia di Singapura

    • Pingat Emas (Beregu)

    • Pingat Emas (Pasukan)

  • Sukan SEA di Brunei

    • Pingat Emas bagi acara beregu, kumpulan bertiga, pasukan, semua acara, masters dan Pingat Gangsa perseorangan

2001

  • World Tenpin Masters di Essex, England - Juara Wanita Pertama
  • Sukan SEA di Malaysia
    • Pingat Emas perseorangan, semua acara, kumpulan berdua, pasukan dan mencatat 8 Rekod Sukan SEA baru
  • Terbuka Kota Kinabalu - Juara perseorangan

2002

  • Terbuka Antarabangsa Thailand - Juara Masters Terbuka Wanita
  • Terbuka Antarabangsa Filipina - Juara Wanita

2003

  • World Tenpin Team Cup - Juara Pasukan Wanita
  • Kejohanan Boling Tenpin Sedunia - Pingat Emas (Pasukan Berlima Wanita)
  • Terbuka Santa Claus - Tempat kedua
  • Asian Bowling Tour Grand Slam - Juara Wanita
  • Asian Bowling Tour (pusingan Filipina) - Juara Wanita
  • World Tenpin - Pingat Emas (Berpasukan)

2004

  • Terbuka Bahrain - Juara Terbuka Wanita
  • Terbuka Sinai - Juara Wanita
  • ABF Tour (pusingan Thailand) - Juara Wanita
  • Terbuka Antarabangsa Malaysia - Juara Wanita

2005

  • Kejohanan Boling Komanwel kedua di Cyprus
    • Pingat Emas masters, beregu campuran, berpasukan dan Pingat Gangsa Perseorangan
  • Kejohanan Kebangsaan Malaysia - Juara Terbuka Wanita

Penghargaan

  • Anugerah Olahragawati Malaysia (1997, 1996, 1994, 2001 & 2002)
  • Juara Kebangsaan Malaysia (1996, 2001, 2002 & 2003)
  • Anugerah Olimpik Malaysia (1994 & 1999)
  • Kedudukan Nombor 1 Asia (2000, 2001, 2002 & 2004)
  • Pemain Boling Antarabangsa Tahun (2002)
  • Masukan Dewan Kemasyhuran Boling Antarabangsa (2004)

Anugerah Pingat

  • 1995 – Ahli Mangku Negara (A.M.N)

  • 2001 – Kesatria Mangku Negara (K.M.N)

Shalin Zulkifli mempamerkan pingat anugerah

Imej via facebook

Kesimpulan

Sukan boling dan Shalin Zulkifli memang tidak dapat dipisahkan. Wajah ayu gadis ini di era tahun 1990-an sering terpampang di dada-dada akhbar kerana keunggulannya di bidang sukan boling. Siapa menyangka, gadis kecil ini mampu mengharumkan nama negara sehingga beliau dewasa.

Malah, kejayaan demi kejayaan terus tercipta tanpa mengenal erti lelah dan penat sehingga beliau meraih pelbagai gelaran di peringkat kebangsaan, Sukan SEA, Sukan Asia, Sukan Komanwel mahu pun dunia.

Setelah lama menceburi bidang ini, Shalin akhirnya berhajat untuk mengundurkan diri dari bidang sukan boling. Pada tahun 2018, setelah tamatnya Sukan Asia 2018, Shalin telah menyuarakan hasratnya untuk bersama. Namun, permintaannya telah dihalang oleh Presiden Kongres Tenpin Boling Malaysia, Datuk Dr. P.S Nathan. Beliau meminta Shalin meneruskan perjuangannya setahun lagi sehingga Sukan SEA Filipina berakhir.

Shalin yang sejak dari kecil sudah sebati dengan sukan boling tidak mungkin akan meninggalkan terus sukan ini setelah bersara. Beliau telah mengatur beberapa perancangan awal bagi meneruskan perjuangannya sama ada di peringkat pengurusan atau bidang kejurulatihan dalam sukan ini. Beliau hanya akan meninggalkan skuad kebangsaan, tetapi akan tetap aktif bermain dalam sirkit kebangsaan.

Kini, Shalin sibuk menguruskan sebuah gelanggang boling 10 pin di The Curve, Mutiara Damansara miliknya.

Jemput juga baca biodata Pendeta Za’ba dan biodata Robert Kuok

Rujukan

Rujukan

Maklumat dalam artikel ini disediakan berdasarkan sumber yang boleh dipercayai. Pengguna digalakkan merujuk sumber asal untuk kepastian lanjut.