Jom kita lihat biodata Neelofa

Nama Neelofa sudah tidak asing lagi di Malaysia terutamanya dalam industri hiburan, terkenal sebagai antara selebriti paling berjaya meskipun berdepan dengan pelbagai kontroversi. Beliau merupakan selebriti tempatan yang sangat terkenal dengan kerja-kerja pengacaraan, peragaan dan lakonan. Pernah menggenggam trofi Bintang Paling Popular bagi edisi Anugerah Bintang Popular Berita Harian anjuran ke-29, menunjukkan nama beliau yang dikenali oleh segenap lapisan masyarakat.

Pada tahun 2020, selebriti berusia 31 tahun ini sudah menempa nama sebagai pengacara dan sudah mengorak langkah menjadi ahli perniagaan.

Artikel ini akan menghuraikan latar belakang Neelofa yang sangat sesuai dijadikan sebagai inspirasi ikon selebriti perniagaan. Jom baca!

Pengenalan/Latar Belakang

Pemilik nama penuh Noor Neelofa binti Mohd Noor ini dilahirkan pada 10 Februari 1989, 31 tahun lepas di Pasir Mas, Kelantan. Turut mesra disapa dengan panggilan Lofa, beliau merupakan anak ke-3 daripada 9 adik beradik.

Beliau memperoleh keputusan cemerlang 5A dalam UPSR dan kemudian sambung belajar di sekolah menengah di Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) Langkawi dan mengekalkan momentum keputusan cemerlang dalam kedua-dua peperiksaan besar iaitu 8A dalam PMR dan 10A dalam SPM.

Kini, beliau merupakan seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda, Perdagangan Antarabangsa & Pemasaran, Kolej Universiti Sunway.

Kerjaya Seni

Kerjaya Seni Lofa bermula apabila beliau memenangi pertandingan Dewi Remaja (satu batch dengan Anzalna, Azar Azmi, Izara Aishah) pada tahun 2010. Dari situ, banyak tawaran lakonan, peragaan, duta, jurucakap produk dan pengacaraan diterima.

Pada tahun 2014, Neelofa mula mengenakan penampilan bertudung dan mengehadkan aktiviti seni kepada fokus bidang pengacaraan (rancangan Meletop di Astro).

Perniagaan Awal

Imej via Instagram

Neelofa mula menceburi bidang perniagaan dengan melancarkan produk kesihatan BellaVita bersama ibunya dan memiliki jenama produknya sendiri. Antara perniagaan lain yang diceburinya ialah

  • Contact lens Lofalens
  • Produk pil penjagaan kesihatan Beautea Slim
  • Jenama pakaian Muslimah, Naelofar Hijab

BellaVita Healthcare

Pada Mei 2012, Neelofa menerusi syarikat miliknya, BellaVita Healthcare International Sdn Bhd telah menghasilkan suplemen kesihatan dan kecantikan yang mengabungkan unsur-unsur  dari dunia moden dan tradisional.

Pengambilan makanan seimbang serta buah-buahan dan sayuran setiap hari akan memberikan kesan yang sangat positif kepada kesihatan dan kecantikan, menerusi pembuatan produk suplemen ini.

Perniagaan Tudung Naelofar

Antara faktor kejayaan Neelofa dalam penjualan tudung Naelofar ialah berada di pasaran pada masa yang betul. Laporan Reuters menganggarkan bahawa pengguna Muslim di peringkat global membelanjakan hampir $266 bilion untuk pakaian dan penampilan pada tahun 2013 dan terus meningkat sebanyak 14% pada tahun 2019.

Dengan adanya permintaan, tentulah bekalan akan mendapat sambutan.

Ditambah dengan strategi pemasaran media sosial; Neelofa mempunyai 6.8 juta pengikut di Instagram, menjadikan sasaran perniagaannya lebih mudah dicapai.

Sehingga kini, tudung Naelofar telah terjual di 38 negara termasuklah di kawasan elit di daerah Chelsea, London.

Pencapaian Cemerlang

Imej via Instagram

  • Pada April 2017, Neelofa telah terpilih sebagai salah seorang daripada 300 individu yang tersenarai dalam Forbes 30 Under 30 Asia 2017 bagi kategori E-Dagangan dan Peruncitan oleh majalah perniagaan antarabangsa Forbes.
  • Ini merupakan pengiktirafan yang cukup membanggakan biarpun usianya dalam dunia perniagaan masih baru.
  • Beliau juga merupakan antara 10 individu utama yang tampil dalam versi majalah tersebut bersama-sama nama mogul perniagaan yang lain seperti Vivy Yusof, Sasha Tan, Edmund Ooi, Victor Chua dan lain-lain lagi.
  • Selain itu, Neelofa terpilih untuk mewakili Malaysia bagi Program Delegasi Belia Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNDP) (UNDP) dan dijemput untuk menjadi panel penceramah di Forum Belia Misk-UNDP 2017, yang diadakan di New York, US.
  • Beliau diumumkan sebagai wanita berhijab pertama yang menghiasi papan iklan jenama aksesori perhiasan popular, Swarovski di Malaysia pada 14 Mei 2019.
  • Neelofa turut menerima pencalonan dalam kategori usahawan pada anugerah berprestij antarabangsa, Influencer Awards 2019 di Monaco yang dianggap sebagai platform terbaik untuk mengukuhkan empayarnya.
  • Beliau turut diberi penghormatan sebagai tetamu penting dalam majlis Swarovski Crystal Wonderland Party sempena Minggu Fesyen Milan yang diadakan di Milan pada 21 September.

Lantikan sebagai Pengarah Air Asia

Pada 08 Disember 2017, syarikat penerbangan tambang murah Air Asia telah melantik Neelofa sebagai pengarah bebas bukan eksekutifnya yang baru.

Tony Fernandes selaku ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia menyifatkan Neelofa sebagai “seorang yang cerdik dan berdikari” yang merupakan calon yang ideal bagi jawatan tersebut.

Duta Kad Muslimah bank Rakyat

Pada November 2016, Neelofa telah dilantik oleh Bank Rakyat sebagai duta Kad Muslimah.

Neelofa merupakan antara 10 individu telah dilantik sebagai kumpulan kedua duta besar bagi Transformasi Nasional 2050 (TN50), termasuklah wakil presiden Parti Bersatu Rakyat Sabah Arthur Joseph Kurup, pemuzik Gabriel Fairuz Louis, pakar Fatwa Datuk Izhar Afiff, pegawai eksekutif ABIM Jufitri Joha, pengasas JuaraGym Ben Uzair, artis seni rupa Anniketyni Madian, usahawan Juliana Lim dan Esther Michael, dan aktivis marin Nadhirah Mohd Rifai.

Jurucakap Produk

Neelofa mencipta sejarah apabila beliau telah dipilih sebagai duta jenama kosmetik mewah antarabangsa Lancôme, sekaligus menjadikan beliau sebagai wanita muslimah pertama yang dilantik sebagai duta bagi jenama antarabangsa tersebut.

Beliau bersama penyanyi Taiwan Hebe Tian dilantik sebagai wajah baharu telefon pintar OPPO F7.

Pada 16 April, Neelofa bersama beberapa selebriti tempatan lain termasuklah Hans Isaac, Scha, Awal, Maya Karin, Nora Danish, Joe Flizzow, dan Kavita Sidhu telah bersama-sama menjayakan kempen menentang buli siber dan penyebaran berita palsu di media sosial.

Nilai Kekayaan

Menurut laporan Celebstrending, nilai pemilikan aset Neelofa dijangkakan berjumlah $67 juta, berdasarkan penilaian pendapatan, aset kereta, hartanah, gaya hidup dan lain-lain.

Kesimpulan

Kejayaan Neelofa boleh dijadikan inspirasi untuk kita terus memajukan diri. Biarpun sering dihimpit kontroversi yang merupakan resam industri hiburan, Neelofa tidak ambil pusing dan terus mencari peluang untuk mencapai kejayaan demi kejayaan.

Pemikiran yang kreatif dan pandai merebut peluang, menjadikan Neelofa selesa menguruskan perniagaan dan kerjaya sebagai jurucakap produk beliau.

Jemput juga baca tentang biodata Siti Nurhaliza dan usahawan berjaya lain.

Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.