Haji Abdul Hadi bin Awang telah dilahirkan pada 20 Oktober 1947 bersamaan 6 Zulhijjah 1366. Merupakan anak kelima kepada pasangan Haji Awang Mohamad bin Abdul Rahman dan Hajjah Aminah binti Yusuf.

Latar Belakang

Kedua ibu bapa Haji Hadi berasal dari Kampung Rusila, Terengganu. Bapanya aktivitis politik Hizbul Muslimin Terengganu dan juga seorang Tok Guru. Ibunya juga turut menjadi tumpuan serta rujukan masyarakat terutamanya berkaitan hal agama. Haji Awang telah memperkenalkan perjuangan Persatuan Islam Se-Tanah Melayu (PAS) di Terengganu selepas Pihak British telah mengharamkan Hizbul Muslimin.

To’ Puan Seri Hajjah Zainab binti Awang Ngah merupakan pasangan pertama yang dikahwininya pada tahun 1976. Perkahwinan kedua beliau telah berlangsung pada tahun 1991 dengan Dr. Norzita Taat. Beliau telah dikurniakan 14 orang zuriat iaitu 11 orang dari isteri pertama dan tiga orang dari isteri kedua. Malah, turut memiliki 11 orang menantu serta cucu lebih dari 30 orang.

Imej via wikipedia

Pendidikan

Pendidikan awal yang diterima adalah melalui bapanya sendiri iaitu pada tahun 1955. Haji Hadi meneruskan pendidikan secara formal di Sekolah Kebangsaan Rusila yang terletak berhampiran rumah. Kemudian, beliau bersekolah di Sekolah Agama Marang, Terenggaunu. Beliau juga bersekolah di Sekolah Menengah Agama Sultan Zainal Abidin, Terengganu di peringkat Sanawi bagi tempoh tiga tahun (1965-1968).

Beliau mendalami bahasa Arab, politik serta bidang agama melalui bapanya sendiri. Kemudian, Haji Hadi juga telah berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Islam Madinah peringkat Ijazah Sarjana Muda Syariah (pembiayaan kerajaan Arab Saudi) dan disokong oleh Presiden Universiti Islam Madinah ketika itu iaitu Sheikh Abdul Aziz bin Abdullah bin Baz. Haji Hadi berjaya menamatkan pengajiannya dalam tempoh empat tahun dan memperoleh ijazah pertama dalam bidang Syarikah Islam. Beliau telah melanjutkan pengajian di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir dalam bidang Siyasah Syar’iyyah (Ijazah Sarjana Sains Politik) bagi tempoh tiga tahun.

Kerjaya dan Politik

Mula bergerak aktif pada tahun 1964 iaitu ketika masih di alam persekolahan. Malah, turut pernah dilantik sebagai Setiausaha Ranting PAS Kampung Rusila, Marang. Pada tahun 1976, Haji Hadi turut dilantik sebagai Ketua Pemuda PAS Terengganu serta Exco Dewan Pemuda PAS Pusat.

Haji Hadi, pada tahun 1977 telah terpilih menjadi Jawatankuasa Kerja PAS Pusat dan turut memangku jawatan Naib Yang Dipertua PAS Pusat pada tahun 1978. Pelantikan beliau telah mendapat pengesahan tahun 1980. Beliau juga pernah terpilih sebagai Naib Presiden PAS bersama Datuk Nakhaei Ahmad.

Imej via Facebook

Presiden ABIM dan Pemangku Presiden PAS

Pada tahun 19877 hingga 1978, Haji Hadi pernah menjawat jawatan Pegawai Yayasan Islam Terengganu dan turut menjadi Pengerusi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Negeri Terengganu. Pada tahun 1983, setelah Dato’ Fadzil Mohd Noor menjadi Presiden PAS, Haji Hadi telah terpilih sebagai Naib Presiden PAS.

Haji Hadi turut memangku jawatan Presiden PAS setelah kematian Ustaz Fadzil Mohd Noor pada tahun 2003, dan pemangkuan beliau kemudiannya telah disahkan dalam muktamar pada tahun 2005, namun beliau telah dicabar semasa Muktamar Tahunan PAS ke-61 oleh Ustaz Ahmad Awang bagi merebut jawatan tersebut.

Namun, kemenangan adalah milik Haji Hadi. Beliau juga pernah dipilih menjadi Duta Khas YAB Perdana Menteri ke Timur Tengah Bertaraf Menteri dalam Kabinet Malaysia 2020. Selain itu, beliau merupakan mantan Timbalan Presiden Kesatuan Ulama Muslim Antarabangsa.

Mantan Menteri Besar Terengganu

Haji Hadi juga merupakan mantan Menteri Besar Terengganu bagi tempoh 1994 hingga 2004 dan mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rhu Rendang, Terengganu. Anak sulung beliau, Ustaz Muhammad Khalil dilantik menjadi  Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat,  Pengerusi Lajnah Antarabangsa PAS Pusat dan juga merupakan ADUN Batu Buruk, Terengganu. Anak ke tujuh beliau iaitu Ustaz Yusof pula merupakan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Marang (2019-2021) dan Ahli Majlis Daerah Marang (2018-kini).

Menantu Juga Aktif Dalam Dunia Politik

Tiga orang menantu beliau juga turut menceburkan diri dalam dunia politik, antaranya Ustaz Zaharudin bin Muhammad (suami anak kedua) merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Sungai Buloh (2019-20210, Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia (2013-2015), Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat (2015-2017) dan Yang Dipertua PAS Kawasan Subang (2015-2017). Suami kepada anak ketiga iaitu Ustaz Mohd Akmal bin Kamaruddin pula merupakan ADUN Selama, Perak (2018-2021) serta menjadi Ketua Pemuda PAS Negeri Perak (2015-2019). Seorang lagi menantu beliau adalah Ustaz Mohd Irham Nori bin Abidin iaitu suami kepada anak ke lapan, merupakan Pengarah PASTI Kawasan Hulu Terengganu dan Ahli Jawatankuasa Kerja Dewan Pemuda PAS Hulu Terengganu.

Di Istanbul, Turki pula Haji Hadi telah dilantik menjadi Ahli Jawatankuasa  Penyelaras Gerakan Islam. Beliau juga menjadi AJK penyelarasan gabungan parti politik yang menangani isu Palestin di Amman, Jordan. Beliau juga telah dilantik menjadi Majmak Takrik Mazhaz Islami pada tahun 1990 yang terletak di Tehran, Iran. Haji Hadi juga sering menyertai rombongan parti Islam ke Pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang dipimpin oleh Bekas Perdana Menteri Turki iaitu Dr Najmuddin Erbakan pada tahun 1990 bagi mengtasi masalah krisis telok.

Hobi

Haji Hadi sangat suka memancing, menjala ikan serta menaiki bot ke laut untuk menikmati keindahan alam. Beliau tetap turun ke sungai untuk memancing, menjala ikan serta memelihara kuda biarpun telah menjadi wakil rakyat. Sifat beliau yang sangat merendah diri amat disenangi rakyat dan wajar dicontohi oleh pemimpin lain.

Kesimpulan

Haji Hadi seorang pemimpin yang sentiasa berada di hati rakyat terutamanya kaum petani dan para nelayan. Beliau juga cukup disegani oleh masyarakat di negeri Terengganu kerana dirinya yang berbekalkan ilmu agama yang cukup tinggi serta telah disemai dalam jiwanya sejak kecil lagi. Selain itu, beliau merupakan insan yang sangat dihormati dan disegani terutama masyarakat Terengganu serta di persada politik tanah air mahupun antarabangsa.

Beliau tetap menyampaikan kuliah dan ceramah agama serta menjadi pakar rujuk bab agama biarpun telah menjadi seorang ADUN. Haji Hadi dikenali dengan panggilan Tuan Guru Haji Abdul Hadi di kalangan para pengikut serta Jemaah Masjid Rusila. Jika di kalangan murid serta penyokong rapat dan masyarakat kampung, beliau lebih mesra dengan panggilan Ayah Cik.

Jemput baca biodata Ustaz Kazim Elias dan biodata Ustaz Don Daniyal

Rujukan

Copy

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.