Biodata Abdullah Ariff
Abdullah Ariff dilahirkan di Pulau Pinang pada 15 Jun 1904, di Jalan Kedah di Georgetown, Pulau Pinang. Beliau merupakan Jawi peranakan yang berketurunan Turki. Bapanya Mohamed Ariff dan ibunya Che Chik adalah daripada keturunan Turki.
Abdullah telah diterima masuk ke Sekolah Anglo-Chinese (ACS) di Pulau Pinang ketika berumur sembilan tahun. Pada tahun 1925, beliau berjaya lulus Senior Cambridge. Semangat yang begitu padu disertai latar belakang pendidikan dalam bidang seni membolehkan beliau diterima oleh Reverend G. F. Pickett menjadi guru seni di ACS.
Imej via senimalaya
Pada tahun 1920-an, tiada sebarang kumpulan seni tempatan dan pada ketika itu hanya wujud kumpulan seni daripada ekspatriat Eropah yang menyebut diri mereka sebagai “Penang Impressionists”. Orang Asia tidak dibenarkan menyertai kumpulan eksekutif yang juga refleksi dari imperialisme kolonialistik. Amalan ini mencerminkan imperialisme kolonialistik pada waktu itu.
Abdullah telah menyertai pameran bersama ACS selama enam tahun dan mula mencipta nama sebagai pelukis Barat sebelum dijemput menyertai Penang Impressionist yang merupakan kelab seni terawal ditubuhkan di Pulau Pinang pada tahun 1898. Ini merupakan satu pencapaian yang bagus kerana pada ketika itu pihak British di Tanah Melayu tidak menggalakkan pendidikan seni kepada golongan bukan bangsawan. Penang Impressionist telah dibubarkan sebelum awal Perang Dunia Kedua dan tidak pernah ditubuhkan semula.
Yong Mun Sen telah mengakui Abdullah Ariff sebagai pelopor seni lukis cat air di Malaysia. Beliau dikenali sebagai orang yang paling cermat serta berketerampilan ketika menghasilkan lukisan. Beliau juga menghasilkan karya yang kelihatan lebih barat dari segi pandangan serta pendekatan yang dihasilkan lebih terperinci.
Pada tahun 1942, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai Penyelia Seni sehingga Pendudukan Jepun. Karya yang dihasilkan memiliki pendekatan, pandangan serta ciri-ciri Eropah dan beliau adalah pakar dalam mengawal media. Merupakan seorang guru yang berdedikasi dan sangat dihormati dalam kalangan komuniti seni di negeri-negeri utara.
Abdullah berpindah ke Kuala Lumpur untuk menjadi pelukis kartun di The Strait Echo pada tahun 1945. Namun, pada tahun 1947 beliau kembali semula ke Pulau Pinang dan menceburi bidang politik dengan menjadi Ahli Jawatankuasa UMNO. Sebagai salah seorang pelukis Malaya awal yang pernah membuat pameran di Amerika Syarikat, Amerika Kerajaan dan Perancis pada tahun 1950-an, Abdullah Ariff telah diberi gelaran ‘Bapa Seni Moden di Malaysia’ oleh Zakaria Ali menerusi pameran yang diadakan di Balai Seni Negara.
Imej via Facebook
Pada tahun 1954, beliau telah mengadakan pertunjukkan seni lukis perseorangan di Carolina Utara dan di Muzium Kesenian Mint (Mint Museum of Art) di Chrlotte, New York, Amerika Syarikat. Abdullah juga telah menubuhkan sebuah Agensi Pengiklanan Ariff pada tahun 1955. Beliau juga telah menjadi salah seorang ahli Majlis Perbandaran pada tahun 1955 hingga 1957 dan telah diberikan kehormatan unggul dengan menjadikan namanya sebagai salah satu nama jalan di Pulau Pinang, iaitu Jalan Abdullah Arif, penghormatan yang tidak pernah diberikan kepada pelukis lain.
Pada tahun1955, beliau telah menyertai United Society of Artists, kumpulan pameran di galeri Royal Society of British Artists (FRSA) Inggeris, London dan turut terpilih menjadi ahli FRSA pada tahun 1956. Pada tahun 1956 pula, Abdullah telah dijemput menyertai Le Salon Society of Frence Artists di galeri Grand Palai des Champs-Elysees, Perancis. Malah, beliau juga telah terpilih dan namanya dicatat dalam buku The Leader of Malayaand Who’s Who 1956 sehingga lima tahun berturu-turut oleh pelukis dan penerbit oleh J.Victor Morais.
Karya beliau pernah dipamerakan di Hong Kong, Singapura, Australia, Amerika, Austria, England, Norway dan India. Para pengkritik seni di Amerika mengiktiraf karya Abdullah sebagai Arif Style.
Pada tahun 1957, salah satu lukisan beliau telah dipilih untuk dijadikan hadiah peribadi kepada Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai meraikan peristiwa bersejarah iaitu kemerdekaan Malaya.
Abdullah Ariff telah meninggalkan warisan lukisan cat air yang sangat baik dan meninggal dunia pada tahun 1962. Tan Lye Hoe, menyifatkan falsafah Abdullah tentang seni adalah “Seni tidak mengenal halangan”. Kesibukannya dalam urusan harian serta kerjaya membuatkan penyakit diabetesnya bertambah teruk serta dijangkiti influenza yang kemudian bertukar kepada pneumonik. Beliau akhirnya meninggal dunia pada tanggal 4 November 1962. Kematiannya diratapi oleh beribu rakyat Pulau Pinang.
Karya-karya yang dihasilkan adalah sangat kreatif, sinergetik serta memiliki sentuhan artistic bagi menghasilkan gambar berlatarkan rentetan peristiwa, era kacau bilau konflik Perang Dunia Kedua. Sewaktu menghasillkan sketsa kartun bersifat propagandistic dan indoktrinal yang mewarnai suasana perang, ia telah menjadi medium atau senjata yang ampuh dan karyanya telah berjaya dikesan sewaktu pendudukan Jepun. Malah, Abdullah yang sangat bergiat aktif sebagai propagandis yang ‘pro’ kepada pemerintah Jepun turut menghasilkan dokumen sejarah visual negara sepanjang tempoh pendudukan Jepun.
Jemput baca biodata Saiful Nang