Sebut sahaja nama Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman, pastinya ramai mengenali beliau. Kali ini, kita kupas pula tentang tulang belakang beliau atau insan yang selalu berada di sisi, iaitu isterinya Datin Sri Nur Shahida yang sentiasa berada di sisi memberi sokongan tanpa mengenal erti penat dan lelah. Anak Perempuan tunggal dalam keluarga ini dilahirkan pada 14 Mac 1985, mempunyai tujuh adik beradik.

Imej via facebook

Latar Belakang

Beliau dibesarkan dalam keluarga yang sederhana. Bapanya merupakan seorang pemandu teksi, manakala ibunya pula seorang kerani. Biarpun hidup dalam kesederhanaan, setiap hari bapanya tidak pernah gagal memberikan duit belanja sekolah kepada semua adik beradiknya.

Datin Sri Nur Shahida mendapat Pendidikan awal di Kawasan Sentul iaitu di Sekolah Kebangsaan Seri Perak dan seterusnya bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Sentul. Ketika bersekolah di sekolah rendah, apa yang menariknya sekolah itu berada di bawah rumah flat 17 tingkat, namun kini sekolah tersebut telah memiliki bangunan sendiri.

Beliau seorang yang aktif bersukan semasa di bangku sekolah dan sering melibatkan diri dengan aktiviti sukan yang dianjurkan.

Pada bulan Ogos 2007, Datin Sri Nur Shahida telah disatukan bersama pasangan pilihannya iaitu Dato’ Sri Aliff Syukri Kamarzaman. Pasangan ini telah dikurniakan dengan 6 cahaya mata iaitu Ammar Ahyan, Qadejah El Zahra, Ibraheem Adham, Yusoff Al Qardawi, Raudhah Arshiyah dan Luqman Al-Hakim.

Pasangan ini turut membesarkan seorang anak angkat bernama Ameena, namun Ameena telah dipulangkan semula kepada keluarga kandung setelah beberapa tahun.

Perjalanan Karier

Datin Sri Shahida pernah menganggotai kumpulan nasyid Solehah yang diterajui Bienda iaitu penyanyi kumpulan tersebut yang juga merupakan teman rapat beliau. Kumpulan ini terkenal dengan lagu-lagu keagamaan yang turut mendapat tempat di hati peminat.

Setelah beberapa ketika menganggotai kumpulan Solehah, beliau bersama Bienda dan dua orang rakan iaitu Wan dan Shireen telah membuat kemunculan semula dengan menubuhkan kumpulan baru iaitu Bienda & Friends. Lagu – lagu yang agak terkenal ketika itu bertajuk Hadis Rasululullah, Rukun Iman dan Rukun Islam, Nikmat Allah dan Penantian serta Renungkanlah.

Datin Sri Shahida juga pernah menjadi  model iklan shampoo Sunsilk yang agak popular suatu tika dahulu.

Pengalaman berlakon iklan

Datin Sri menceritakan pengalaman berlakon iklan syampu suatu tika dahulu datang secara tiba-tiba. Ibarat tiada angin bertiup, beliau telah mendapat panggilan dari agensi pengiklan meminta beliau hadir untuk casting.

Beliau yang tidak percaya dengan panggilan tersebut kerana dikhuatiri scammer, tidak mengendahkan permintaan agensi pengiklanan tersebut untuk hadir casting. Namun, setelah agensi tersebut menelefon berkali-kali, akhirnya membuatkan Datin Sri Shahida terbuka hati untuk hadir casting di syarikat berkenaan.

Walau bagaimana pun, beliau telah merahsiakan pemergian casting tersebut dari pengetahuan ibu bapanya kerana keduanya tidak membenarkan yang dikhuatiri scam. Beliau sendiri tidak menduga telah terpilih menjadi model iklan Sunsilk pada tahun 2006 itu.

Watak yang dibawa oleh Shahida adalah sebagai pelajar kolej yang memiliki keyakinan untuk merapati seorang pelajar lelaki setelah menggunakan syampu khusus untuk Wanita bertudung. Shahida mengakui agak sukar melakonkan watak tersebut kerana sifatnya yang pemalu serta tidak banyak cakap.

Imej via majoriti

Personaliti

Datin Shahida memiliki aura yang tersendiri. Beliau kelihatan agak pendiam, namun setelah beberapa ketika beliau tampak petah berkata – kata. Suatu tika dahulu beliau lebih gemar berada di belakang tabir sahaja dan menjadi pendokong karier Dato’ Sri Aliff di belakang tabir sahaja. Orang ramai sukar melihat kehadiran beliau di mana – mana majlis atau pun di kaca televisyen.

Namun kini beliau semakin selesa dan berani untuk muncul di khalayak ramai. Malah, suaminya juga sering memberi semangat dan sokongan kepada beliau untuk sama – sama kehadapan dan berada di sisinya.

Sejak menonjolkan diri, peminat Datin Shahida di Instagram semakin bertambah dan beliau juga sering berdepan dengan pelanggan serta peminat secara langsung.

Datin Shahida tidak pernah lokek dengan senyuman serta tutur kata yang lembut membuatkan ramai pelanggan dan peminat menyenangi personality beliau. Malah, beliau sangat peramah dan pandai melayani para pelanggan tanpa gagal.

Personalitinya yang menarik serta penuh karisma membuatkan beliau semakin mendapat perhatian ramai. Beliau sentiasa menginspirasikan ibu mentuanya iaitu Rozita Ibrahim yang juga merupakan pengasas Sendayu Tinggi Corporation dan menjadi tempat rujukan bagi khidmat nasihat terutamanya ketika berhadapan dengan masalah.

Beliau seorang yang gemar memasak dan sentiasa menyediakan makanan kegemaran keluarga terutamanya masakan lauk pauk kampung. Selain masakan kampung, beliau juga mahir menyediakan menu barat seperti spaghetti, churros, kek dan pelbagai menu lain. Bagi beliau, memasak merupakan terapi diri dan ia juga sebagai pengikat kasih sayang suami isteri serta keluarga.

Anak-Anak Adalah Anugerah Allah

Pada tahun 2023, beliau telah melahirkan anak keenam yang juga merupakan putera bongsu, diberi nama Luqman Al Haqeem. Bagi beliau, kehadiran keenam-enam anaknya merupakan ladang syurga buat beliau dan suami. Oleh yang demikian, hanya yang terbaik diberikan buat anak-anak tersayang.

Beliau perlu bijak membahagikan masa antara keluarga dan juga perniagaan supaya anak-anak tidak merasa terabai. Penjagaan kesihatan diri serta keluarga juga turut diutamakan.

Sebagai seorang ibu, beliau sentiasa mendoakan agar anak-anaknya berjaya di dunia dan akhirat. Sentiasa menjaga agama serta maruah negara dan tidak terlibat dengan perkara – perkara yang tidak baik seperti jenayah, dadah dan sebagainya. Sokongan padu juga turut diberikan keatas minat anak-anaknya selagi ia tidak membebankan.

Tips Rumahtangga Harmoni

Kemanisan berumahtanga perlu di pupuk bersama dan komunikasi antara pasangan adalah sangat penting. Setiap pasangan perlu ada komunikasi yang berkualiti dan luangkan masa setiap hari untuk berbual tentang emosi, hal keluarga, anak-anak, isu semasa dan sebagainya. Malah, cipta masa privasi berdua tanpa gangguan anak-anak. Ketepikan isu remeh dan fokus kepada keluarga sahaja.

Kesimpulan

Biarpun beliau isteri kepada Dato’ Sri Alif Syukri yang terkenal sebagai salah seorang usahawan berjaya di Malaysia, namun sedikit pun tidak ada perasaan riak dan sombong tatkala berdepan dengan para peminatnya. Tutur kata yang lembut dan sopan santun membuatkan beliau mudah didekati oleh ramai orang.

Jemput baca biodata Hanis Zalikha dan biodata Heliza Helmi

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.