Tanggal 15 September 1968 yang lalu di Sidam Kanan, Kedah lahirlah seorang bayi lelaki yang diberi nama Abdullah Khairi. Beliau merupakan anak kepada pasangan Haji Haroon Syafiee dan juga  Hajjah Ramlah Binti Haji Salleh. Abdullah Khairi mempunyai enam orang adik beradik, lima lelaki dan seorang perempuan.

Abdullah Khairi telah melangsungkan perkahwinan bersama suri hatinya yang bernama Noor Hafizah Ishak pada 1 November 1992. Pasangan ini dikurniakan enam cahaya mata.

Makanan dan minuman kegemaran beliau adalah sambal tumis udang petai dan teh o ais. Beliau sangat fobia kepada ular kerana adik beliau ketika kecil pernah dipatuk ular.

Imej via beritakopak

Bercita – cita Menjadi Jurutera

Sejak kecil beliau bercita – cita menjadi seorang jurutera. Ternyata ianya menjadi kenyataan setelah selesai menyambung pelajaran dalam bidang ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik. Beliau seorang yang gemar bermain badminton serta berbasikal jika mempunyai waktu yang terluang.

Pendidikan

Mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Agama Abdul Kadir dan Sekolah Menengah Agama Daeratul Maarifil Wataniah 1, Kepala Batas Pulau Pinang. Kemudian, beliau menyambung pengajian peringkat Diploma Perhutanan di Universiti Pertanian Malaysia. Abdullah Khairi menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam bidang kejuruteraan elektrik dari Universiti Putra Malaysia.

Beliau seterusnya turut menyambung pengajian diploma bahasa Arab di Institut Pengajian Ilmu-ilmu Islam (IPI) selama dua tahun. Beliau turut menyambung pengajian di peringkat Ijazah dalam pendidikan Islam di Universiti Sultan Sharif, Riau, Indonesia. Kemudian, sarjana dalam kaunseling Islam di Kolej Universiti Insaniah. Seterusnya beliau meneruskan pengajian di peringkat Doktor Falsafah (PhD) dalam bidang kaunseling di Unishams.

Jurutera Dorongan Bapa

Ketika Ustaz Khairi berumur 47 tahun, beliau mula mendalami ilmu agama. Ini kerana beliau ingin memenuhi impian bapanya yang mahukan beliau menjadi seorang guru agama. Pada ketika itu beliau masih bertugas sebagai seorang pengurus jaminan kualiti. Demi memenuhi hasrat bapanya, beliau mempelajari bahasa Arab.

Pada usia 26 tahun, beliau nekad mempelajari bahasa Arab dan sentiasa berdoa kepada Allah supaya mempermudahkan beliau untuk mempelajarinya. Abdullah Khairi mulai menghafal kalimah bahasa Arab melalui buku yang dibelinya di pasar malam.

Suatu petang, Abdullah Khairi telah ke pasar malam dan menjumpai gerai menjual kitab agama. Beliau telah membeli buku Belajar Bahasa Arab untuk Pelajar Sekolah Rendah. Setelah selesai membaca dan menghafal isi kandungan buku tersebut, beliau telah membeli pula buku Bahasa Arab untuk Pelajar Sekolah Menengah. Beliau sendiri tidak menduga dapat menghafal kira – kira 3,000 patah perkataan bahasa Arab.

Setelah itu, beliau meminta ayahnya untuk mengajar bagaimana hendak membaca, bercakap dan menulis bahasa Arab yang betul. Akhirnya Abdullah Khairi mengambil keputusan untuk menduduki peperiksaan Empat Sanawi. Beliau memperoleh keputusan Jayyid Jiddan biarpun mengambil 20 mata pelajaran dalam peperiksaan tersebut.

Imej via utusantv

Kerjaya dan Kejayaan

Abdullah Khairi telah bertugas sebagai guru Sains di Sekolah Menengah Kebangsaan Datuk Onn, Butterworth pada siang hari. Namun, menjadi penceramah agama di sebelah malam.

Sebagai bekalan akhirat, pada tanggal 18 Januari 2015, Abdullah Khairi turut menubuhkan sebuah pusat tahfiz sukan pertama di Malaysia iaitu Maahad Tahfiz As-Syafie (MATAS) di Kampung Lubok Meriam, Tasek Gelugor. Ia terbuka kepada pelajar yang berminat dalam bidang sukan dan pada masa yang sama mereka dapat menghafal satu muka surat Al-Quran setiap hari.

Maahad ini dilengkapi dengan dewan serba guna, chalet serta kolam renang yang disewakan kepada orang ramai sebagai sumber pendapatan Maahad. Pelajar – pelajar di Maahad beliau turut menduduki peperiksaan utama seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) demi masa depan mereka.

Abdullah Khairi turut merancang untuk membina bangunan setinggi empat tingkat untuk menambah bilangan pelajar tahfiz pada masa akan datang di tanah wakaf seluas 2.4 hektar tanah wakaf. Selain itu juga, beliau turut menganjurkan pakej rombongan umrah di bawah kelolaan syarikatnya sendiri iaitu UAK Travel & Tours Sdn Bhd. Setiap tahun, Abdullah Khairi sendiri akan membawa rombongan peserta mengerjakan umrah mengikut pakej yang disediakan.

Kafe UAK

Ustaz Khairi juga telah membuka sebuah restoran yang dikenali sebagai KAfe UAK berkonsepkan makan sambil menderma. Kafe UAK yang terletak di Glenmarie, Shah Alam adalah milik Ustaz Abdullah Khairi yang menghidangkan pelbagai menu dengan harga yang sangat berpatutan. Ruang kafenya yang besar dan selesa memudahkan para pelanggan menjamu selera dengan tenang. Pelanggan yang datang bukan sahaja dapat menikmati hidangan resepi istimewa Ustaz Khairi, malah dapat membuat amal jariah kerana keuntungan yang diterima akan disalurkan kepada tabung Pusat Kecemerlangan As-Syafie (Paksy) milik beliau yang terletak di Kampung Lubok Meriam, Tasek Gelugor, Pulau Pinang.

Ustaz Khairi yang sedari kecil telah diasuh memasak tidak mensia-siakan pengalaman tersebut sehinggakan beliau mahir dalam penyediaan makanan dan membuka Kafe UAK terlahir dari singkatan nama beliau iaitu Ustaz Abdullah Khairi (UAK). Bukan hanya Kafe UAK berjaya dibangunkan, beliau juga memiliki sebuah lagi kafe iaitu Kafe Paksy yang terletak di Tasek Gelugor, Pulau Pinang dan diusahakan oleh anak beliau.

Kafe UAK menetapkan slogan Food For All dan menampilkan hidangan barat buat para pelanggan. Pada hari bekerja, kafe ini sering menjadi tumpuan ramai terutamanya waktu makan tengahari yang terdiri dari pelancong asing. Lokasi kafe ini begitu strategik kerana terletak bersebelahan pusat simulator Formula One (F1) serta gelanggang go-kart. Kafe berkonsepkan kontena ini mempunyai ruang makan berpendingin hawa serta ruangan terbuka dengan kawasan parkir yang luas.

Ustaz Khairi sentiasa membuat pemantauan di dapur agar kualiti makanan sentiasa terjaga jika ada masa lapang dan tidak terlibat dengan sebarang program atau ceramah di luar. Malah, beliau juga sering mengambil kesempatan bertemu dengan para pelanggan serta beramah mesra bersama pelanggan yang berkunjung ke restoran beliau. Antara menu yang wajib di cuba adalah mi udang Lubok Meriam, UAK nasi goreng kampung, pizza all in one, tenderloin steak, aglio olio, grilled lamb shoulder serta T-bone steak.

Kesimpulan

Ustaz Khairi juga aktif berceramah di saluran Radio Mutiara FM, Radio IKM serta Kedah FM. Beliau juga aktif memberi ceramah motivasi kepada para pelajar tentang Teknik belajar. Selain menjalankan perniagaan, beliau juga terus aktif sebagai penceramah bebas, malah merupakan penulis buku bertajuk Insan Rabbani Pelajar Cemerlang, Tuhan Bayar Cash, Sound Direct dan Syurga Pak Hang!

Jemput baca biodata Syamsul Debat dan biodata Dr Muhaya

Rujukan

Penulis: Itawrah

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.