Jom baca kisah jutawan Malaysia ini.

Setiap dari kita pastinya ingin berjaya dalam hidup dan dalam apa sahaja yang sedang kita usahakan. Dalam usaha untuk membaiki diri dan melakukan dengan lebih baik, pastinya kita akan sentiasa mencari mentor dan idola sebagai pemangkin semangat untuk kita terus melangkah ke hadapan.

Jika kita mempunyai bajet, pastinya kita akan mencari mentor untuk membimbing perniagaan kita. Namun jika kita baru bermula dan tidak mempunyai bajet untuk membayar mentor, salah satu cara yang boleh kita lakukan ialah dengan mengikuti perkembangan mereka yang sudah berjaya.

Di antara personaliti yang boleh kita ikuti dan perhatikan langkah dengan rapat ialah mereka yang sudah bergelar jutawan dan berjaya mencipta empayar perniagaan yang besar dengan aset yang berharga milion atau bilion ringgit.

Terdapat ramai jutawan di Malaysia yang bermula dari bawah dan terpaksa melalui pelbagai liku sebelum bergelar jutawan dan memiliki apa yang mereka da pada hari ini. Istimewa untuk anda, hari ini kami akan kongskkan kisah jutawan Malaysia yang boleh menjadi sumber inspirasi untuk kita terus berusaha.

1. Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sumber: Straitstimes

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary adalah salah seorang jutawan melayu yang seharusnya menjadi idola dan ikutan kita semua. Setakat artikel ini ditulis, nilai bersih harta yang dimiliki oleh beliau ialah sebanyak USD$2.7 bilion atau RM9.7 bilion. Pada hari ini beliau adalah bumiputra paling kaya di Malaysia dan memilik perniagaan dalam bidang berikut:

  • Pengangkutan dan logistik
  • Perladangan
  • pembangunan hartanah
  • Pertahanan dan gudang senjata
  • Kejuruteraan

Beliau berasal dari keluarga yang miskin dan pernah membantu ibunya  menjual sayur-sayuran di pasar ketika beliau masih lagi bersekolah. Selain itu, beliau juga pernah menjual roti canai, menternak lembu serta menjual daging di pasar.

2. Tan Sri Tony Fernandes

Sumber: Thestar

Siapa yang tak kenal dengan Tan Sri Tony Fernandes yang merupakan pemilik syarikat penerbangan tambang murah Air Asia. Kalau sebelum ini tak ramai yang mampu untuk naik kapal terbang disebabkan harganya yang mahal, kini dengan adanya tiket kapal terbang yang murah, majoriti rakyat Malaysia sudah mampu untuk terbang bercuti atau balik kampung. Sejarah hidup dan kisah kejayaan beliau adalah sangat menarik.

Selepas mendapat ijazah dari London School of Economics, beliau bekerja sebagai seorang juruaudit di Virgin Airlines sebelum menjadi pegawai kewangan di Virgin Records. Beliau pulang ke Malaysia pada usia 27 tahun dan dilantik sebagai pengarah urusan paling muda di Warner Music Malaysia Sdn Bhd. Pada hari ini Tan Sri Tony Fernandes kini adalah ketua pegawai eksekutif dan pengarah AirAsia Berhad dan dalam masa yang sama merupakan pengasas Tune Group Sdn Bhd. Beliau juga merupakan pengerusi dan pengasas QPR Holdings Ltd. Menurut rekod, nilai harta beliau setakat hari ini ialah sebanyak USD$530 juta atau RM1.9 bilion.

3. Tan Seri Dato’ Vincent Tan

Sumber: Says

Jika anda sukakan sukan bola sepak, pastinya anda mengenali Tan Sri Dato’ Vincent Tan yang merupakan pemilik pasukan bola Cardiff City FC, FK Sarajevo, Los Angeles FC dan K.V. Kortrijk. Pada hari ini nilai harta beliau ialah sebanyak USD$1.3 bilion atau RM4.7 bilion.

Sebelum bergelar seorang jutawan, beliau merupakan seorang kerani bank. Kemudian beliau mula mengorak langkah sebagai pengerusi dan ketua eksekutif Berjaya Corporation Berhad yang juga dikenali sebagai Berjaya Group of Companies. Anda pernah pergi ke pusat peranginan Bukit Tinggi di Pahang? Itu adalah salah satu daripada pusat peranginan yang dimilik oleh Berjaya Group of Companies.

4. Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah

Sumber: Forbes

Menurut rekod terkini, nilai bersih harta Tan Sri Dato’ Seri Jeffrey Cheah ialah sebanyak USD$950 juta atau RM3.4 bilion. Beliau merupakan pengerusi dan pengasas Sunway Group. Sebelum bergelar seorang jutawan beliau pernah pernah bekerja sebagai akauntan di sebuah kilang pemasangan motor dan pernah membuka sebuah syarikat perlombongan kecil sebelum menjadi pengerusi dan pengasas Sunway Group.

Sunway Group merupakan syarikat yang memiliki dan membangunkan Bandar Sunway dan Sunway Lagoon, taman tema air yang popular di Malaysia dan menjadi tumpuan rakyat Malaysia sebelum adanya taman tema air yang lain. Sunaway Pyramid juga merupakan pusat membeli-belah yang terkemuka di Malaysia dan menjadi tumpuan mereka yang ingin meluangkan masa bersama keluarga pada hujung minggu, lengkap dengan ice skating rink di mana anda boleh meluncur di atas ais bersama yang tersayang.

5. Tan Sri Robert Kuok Hock Nien

Sumber: Forbes

Siapa sangka seorang yang suatu masa dahulu pernah bekrerja sebagai seorang office boy kini bergelar seorang jutawan. Tan Sri Roberst Kuok Hock Nien adalah pengerusi Shangri-La Hotels and Resorts dana dalam masa yang sama memiliki perniagaan lain seperti:

  • Ladang tebu
  • Kilang gula
  • Kilang tepung
  • Kilang makanan haiwan
  • Industri minyak
  • Insdustri perlombongan
  • Institusi kewangan
  • Perhotelan
  • Hartanah
  • Perdagangan
  • Pengangkutan
  • Penerbitan

Bagaimana beliau memulakan kisah kejayaannya? Selepas tamat pengajian, beliau bekerja sebagai seorang office boy kemudian dinaikkan pangkat menjadi kerani di syarikat perdagangan beras Jepun. Beliau tidak lama kemudian dinaikkan pangkat lagi sebagai ketua jabatan dan dari situ beliau mula mengorak langkah ke arah kejayaan.

Itulah dia info tentang kisah jutawan Malaysia yang boleh dijadikan sebagai sumber inspirasi buat kita yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian kami, anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang kisah usahawan beras Faiza dan cerita motivasi perniagaan

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.