Tak ramai tahu cara urus kewangan sebelum raya, akhirnya selepas raya selalu dah tak ada duit. Bahaya, bertahun-tahun jadi perkara yang sama sahaja.

Ya memang betul, hari raya adalah saat yang dinanti-nantikan setiap tahun, namun ia juga boleh menjadi masa yang mencabar dari segi kewangan jika tidak diurus dengan baik.

Perbelanjaan untuk persiapan hari raya seperti pakaian baru, dekorasi rumah, makanan, dan pemberian duit raya boleh menjadi beban jika tidak dirancang dengan teliti.

Jom lihat tips penting urus kewangan sebelum raya supaya anda tidak ada tekanan kewangan semasa atau selepas hari raya.

cara urus kewangan raya
via [ohbulan]

1. Tetapkan Bajet Hari Raya

Langkah pertama dalam urus kewangan sebelum raya adalah dengan menetapkan bajet. Pastikan anda mempunyai anggaran perbelanjaan yang realistik untuk semua keperluan hari raya.

Keperluan utama adalah seperti pakaian baru, kuih-muih, dekorasi rumah, dan duit raya. Jangan overspent, tetapi berbelanja yang berpada-pada ya.

Jangan lupa juga untuk hadkan perbelanjaan. Tetapkan jumlah maksimum yang boleh dibelanjakan untuk setiap kategori. Anda boleh gunakan aplikasi pengurusan kewangan untuk memantau perbelanjaan anda.

2. Buat Simpanan Awal Untuk Hari Raya

Mulakan tabungan khusus untuk hari raya beberapa bulan lebih awal. Dengan cara ini, anda tidak perlu menggunakan keseluruhan gaji atau bonus hanya untuk perbelanjaan perayaan.

Anda boleh buat tabung khas dengan mengasingkan sedikit wang setiap bulan dalam akaun berasingan. Jika ada bonus, anda boleh gunakan bonus atau wang tambahan dengan bijak untuk simpanan hari raya.

Anda boleh asingkan juga bajet untuk duit raya, duit beli barang rumah dan barang masak. Atau mungkin anda tambah pendapatan khas untuk guna bagi persiapan raya. Dengan cara ini, anda lebih banyak simpanan dan takkan terbeban untuk sambut hari raya walaupun keluarkan banyak wang.

3. Buat Senarai Keperluan Penuh

Buat senarai keperluan yang benar-benar diperlukan sebelum membeli apa-apa. Ini dapat mengelakkan anda daripada membeli barang yang tidak perlu.

Keperluan utama yang perlu dibeli adalah barang yang penting seperti pakaian dan makanan. Elakkan beli barang hanya disebabkan ada promosi semata-mata. Ingat, jangan sesekali membazir!

  • Pakaian Raya: Baju raya, kasut, tudung, songkok.
  • Hiasan Rumah: Langsir, sarung kusyen, karpet, lampu raya.
  • Makanan dan Minuman: Bahan masakan, kuih raya, minuman ringan.
  • Duit Raya: Sampul raya, jumlah anggaran duit raya.
  • Perjalanan: Tiket pengangkutan, minyak, tol, servis kereta.

4. Beli Barang Secara Berperingkat

Elakkan membeli semua barang pada saat akhir. Sebaliknya, rancang pembelian secara berperingkat untuk mengelakkan tekanan kewangan sekaligus.

Jika ada promosi awal, manfaatkan terutamanya barang yang menawarkan harga lebih murah. Anda juga boleh beli dahulu kuih muih atau bahan memasak yang boleh disimpan lebih awal dan tahan lama.

5. Kawal Perbelanjaan Duit Raya

Duit raya adalah tradisi yang dinantikan, namun ia juga boleh menjadi beban kewangan jika tidak dirancang. Tetapkan bajet untuk pemberian duit raya berdasarkan kemampuan anda.

Beri jumlah duit raya yang sesuai, tidak perlu memberi jumlah yang besar, sebaliknya ikut kemampuan. Utamakan keluarga terdekat terlebih dahulu. Anda juga boleh menyediakan sampul duit raya lebih awal untuk mengelakkan dari tergesa-gesa mencari nanti.

6. Guna Kreativiti Untuk Jimat Kos

Cara urus kewangan sebelum raya yang boleh dibuat juga adalah guna kreativiti untuk kurangkan kos. Tidak semua keperluan hari raya perlu dibeli.

Sebagai contoh, dekorasi buat sendiri DIY, hias rumah dengan barang kitar semula atau buat sendiri bahan hiasan. Selain itu, anda boleh masak sendiri juadah hari raya daripada membelinya di luar.

cara urus kewangan raya
via [mohd]

7. Elakkan Berhutang

Tahukah anda, hutang boleh jadi beban yang berpanjangan selepas perayaan. Oleh itu, cuba elakkan menggunakan kad kredit atau membuat pinjaman hanya untuk persiapan hari raya.

Pastikan anda urus kewangan sebelum raya ini dengan menggunakan tunai untuk apa sahaja pembelian. Jika ada pembelian berhutang, pastikan hutang anda tidak melebihi kemampuan anda untuk bayar balik nanti.

8. Rancang Perjalanan Balik Kampung

Tak lengkap raya kalau tak balik kampung kan? Jika anda merancang untuk balik kampung, pastikan perbelanjaan perjalanan juga dimasukkan dalam bajet hari raya.

Contohnya kos untuk tiket bas, kereta api, atau penerbangan. Beli lebih awal untuk mendapatkan harga lebih murah. Jika naik kereta, rancang perjalanan awal untuk jimatkan kos minyak, tol dan sebagainya.

Raya Dengan Tenang Tanpa Ada Beban Kewangan

Ikut cara urus kewangan sebelum raya supaya selepas raya, anda masih ada simpanan, duit dan tidak terasa terbeban. Tak percaya? Inilah masalah yang ramai hadapi bertahun-tahun ketika hari raya.

Harus ada tahu, mengurus kewangan sebelum raya memerlukan perancangan dan disiplin. Dengan bajet yang jelas, simpanan yang mencukupi, dan langkah bijak dalam berbelanja, anda boleh menikmati hari raya dengan tenang tanpa perlu risau tentang kewangan.

Jemput baca juga artikel-artikel berikut:

Cara claim insurans kereta kena banjir

Cara jana pendapatan untuk pesara

Apa itu money block dan cara atasi

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.