Mencari sebuah rumah yang bagus dari segi persekitaran dan keadaan rumah itu sendiri bukan mudah. Kadang-kadang kita juga tidak tahu rumah yang bagaimana yang bagus untuk diduduki seisi keluarga. Adakah rumah teres 2 biji, rumah teres biasa, rumah pangsapuri atau rumah flat?

Rumah apakah yang sesuai untuk diduduki? Jika kita terus setuju untuk membeli rumah tanpa memeriksa betul-betul tentang rumah tersebut, takut akhirnya nanti keluarga kita tidak selesa untuk duduk di rumah tersebut. Persekitaran kawasan rumah juga kita perlu pertimbangkan sebelum membeli rumah tersebut.

Harga rumah juga kita perlu pertimbangkan, jangan ikutkan nafsu mahu duduk rumah besar dan selesa tetapi gaji hanya cukup-cukup makan untuk isteri dan anak-anak. Oleh sebab itu, sebelum membeli rumah, kita perlu tahu apakah ciri-ciri rumah yang sesuai dengan keluarga kita.

Mari kami kongsikan kepada anda tips penting sebelum membeli rumah idaman untuk keluarga. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Beliau bekerja di Rumah Buku. Beliau gemar berkongsikan tips kewangan untuk orang-orang muda. Selain itu, beliau juga berkongsikan tips untuk membeli rumah.

Imej via Halalmoney

8 Tips sebelum membeli rumah

1. Beli Ikut Kemampuan

Lulus loan bukan bermakna kita mampu bayar. Buat bajet sendiri. “Berapa aku nak bayar untuk beli rumah ini?”.

2. Dekat Tempat Kerja.

Jika isteri juga kerja, pastikan dekat tempat kerja isteri. Lelaki perlu korban demi kesenangan keluarga.

3. Jangan Ada Impian Jual Lepas Siap.

Kebanyakkan hartanah masih tidak menguntungkan kini lepas siap. Jangan ada perancangan jangka pendek.

4. Kaji Persekitaran

Pastikan dekat dengan kemudahan sekolah, jalan utama, klinik dan kedai. Makin dekat masjid lebih baik.

5. Kos Tambahan

Bagi unit kondo, pangsapuri dan servis apartment. Ada banyak kos tambahan bulanan. Ada bayaran sehingga RM200-350 setiap bulan.

6. Privasi Anda.

Jika anda sukakan privasi, hartanah bunglo, teres dan semi D adalah pilihan lebih baik dari jenis strata.

7. Nilai Semula Kondo

Pasaran paling terkesan bila banyak lebihan hartanah adalah kondo. Selagi ada tanah disekitar kondo, harga pasaran kondo akan tidak stabil.

8. Tiada Hartanah Sempurna

Jangan tunggu sampai jumpa hartanah sempurna. Kita tak akan beli rumah punya. Jika penuhi 70%-80% keperluan kita dah boleh beli. Himpun duit dan belilah hartanah pertama.

* Jadi sebelum membuat keputusan untuk membeli rumah, ikuti tips yang diberikan oleh Encik Azizul ini. Tips ini amat membantu bagi orang yang kali pertama yang ingin membeli rumah tetapi tidak tahu rumah yang bagaimana. Jangan beli rumah ikut orang, tetapi ikut kemampuan sendiri. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini

Copy

Penulis: aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.