Membeli rumah adalah satu pengalaman yang menyeronokkan dan dalam masa yang sama boleh menjadi agak menakutkan, lebih-lebih lagi bagi yang pertama kali ingin membeli rumah. Hari ini kami akan kongsikan tips dan panduan beli rumah pertama buat yang baru pertama kali nak membeli.

Sumber: Says

1. Kenal pasti kemampuan anda dari segi kewangan

Ramai yang menyangka bahawa untuk membeli rumah, apa yang perlu diperhatikan ialah harga jualan rumah yang hendak dibeli. Namun yang sebenarnya terdapat pelbagai kos lain seperti:

  1. Bayaran tempahan (booking)
  2. Wang pendahuluan
  3. Yuran guaman
  4. Duti setem
  5. Kos-kos dokumentasi
  6. Deposit air
  7. Deposit elektrik
  8. Cukai tanah
  9. Cukai pintu dan kos-kos kelengkapan rumah seperti lampu, gril rumah, perabot, peralatan elektrik dan kerja-kerja pengubahsuaian.

2. Kenal pasti lokasi yang sesuai dengan anda dan ciri-ciri rumah idaman

Nak beli rumah, pastikan ia terletak dalam kawasan yang sesuai dengan cara hidup anda. Mungkin anda boleh beli rumah di kawasan yang dekat dengan tempat kerja, atau dekat dengan rumah ibu bapa. Ada juga yang membeli rumah di kawasan yang berdekatan dengan pengangkutan awam dan mempunyai kemudahan seperti pasaraya, kedai makan, masjid, dan klinik.

Anda inginkan rumah yang bagaimana? Rumah atas tanah atau rumah bertingkat. Tentukan juga berapa jumlah bilik yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa, beserta keluasannya. Berbincang dengan pasangan untuk melihatb ciri-ciri yang diidamkan dan lihat berapakah harga rumah berciri tersebut dalam kawasan idaman anda.

3. Periksa jumlah kelayakan pinjaman perumahan anda

Sudah bersedia untuk membeli rumah? Tiba masanya untuk anda periksa berapakah jumlah pinjaman perumahan yang anda layak dapat dari bank, melainkan anda merancang untuk membeli secara tunai. Jika anda merancang untuk mendapatkan pinjaman, di antara perkara yang akan diperiksa ialah:

  1. Jumlah pendapatan
  2. Komitmen kewangan lain
  3. Rekod bayaran kredit

4. Fahami dokumen jual beli rumah

Apabila anda membeli rumah, ianya akan melibatkan dokumen jual beli rumah atau sale and purchase agreement iaitu dokumen pindahan milik di antara penjual dan anda. Pastikan anda memahami sedikit sebanyak apa yang ditulis dalam dokumen tersebut terutamanya di bahagian yang penting seperti:

  1. Nombor lot
  2. Harga beli
  3. Saiz rumah
  4. Jenis bangunan
  5. Jenis pegangan
  6. Pelan lantai rumah.
Sumber: Homeconnect

5. Fahami dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan

Selain memahami dokumen jual beli rumah, anda juga perlu memahami dokumen perjanjian pembiyaan pinjaman perumahan di antara anda dan pihak bank. Di antara perkara utama yang perlu anda lihat ialah:

  1. Jumlah pembiayaan
  2. Tempoh pembiayaan
  3. Jumlah bayaran bulanan
  4. Bayaran bulanan
  5. Kadar faedah yang dikenakan
  6. Jenis takaful atau insurans yang digunakan.

6. Lawat lokasi rumah secara berkala

Jika anda membeli rumah yang masih berada dalam tempoh pembinaan, adalah sangat penting untuk anda selalu melawat lokasi rumah untuk melihat perkembangan pembinaan bagi mengelakkan perkara yang tidak diidngini seperti proses pembinaan terhenti atau pembinaan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam dokumen perjanjian. Hubungi pemaju jika terdapat sebarang masalah.

7. Selesaikan bayaran secara berperingkat

Membeli rumah baru yang masih dalam proses pembinaan bermaksud pihak pemaju atau kontraktor akan menuntut bayaran mengikut kadar kesiapan rumah tersebut. Pastikan anda membuat bayaran dalam masa 21 hari selepas tuntutan bayaran diterima dan disahkan bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini seperti denda di atas kelewatan bayaran.

8.  Buat bayaran kepada pembiaya apabila diminta

Walau pun rumah anda masih belum siap untuk anda diami, namun pihak bank yang membiaya pinjaman anda mempunyai hak untuk meminta bayaran daripada anda sepertimana yang dipersetujui dalam dokumen perjanjian pembiayaan pinjaman perumahan yang anda tanda tangani. Anda mungkin diminta untuk membuat bayaran ke atas kadar faedah atau keuntungan sahaja, atau mungkin juga anda diminta untuk membuat bayaran penuh setiap bulan.

9. Simpan semua dokumen berkaitan

Membeli rumah bukanlah perkara yang kecil. Ia melibatkan kos yang tinggi serta urusan guaman yang rumit. Oleh itu pastikan anda menyimpan semua dokumen berkaitan pembelian rumah anda dengan cermat dan teratur. Di antara dokumen yang penting ialah:

  1. Perjanjian sewa beli rumah
  2. Perjanjian pembiayaan
  3. Salinan geran
  4. Resit bayaran

Adalah sangat penting untuk anda menyimpan semua dokumen dengan baik supaya jika ada sebarang masalah berbangkit, anda mempunyai semua dokumen berkaitan. Malah jika anda ingin menjual rumah tersebut pada masa hadapan, ia akan memudahkan urusan menjual.

10. Periksa keadaan rumah selepas mendapat kunci

Apabila rumah anda siap dan kunci rumah telah diserahkan kepada anda, pastikan anda memeriksa keadaan rumah. Di antara perkara yang perlu anda periksa ialah:

  1. Pastikan anda menerima semua kunci pintu rumah termasuklah pintu utama, pintu dapur, dan semua pintu bilik
  2. Pastikan anda mendapat surat serahan kunci atau notis milikan kosong (notice of vacant possession, VC)
  3. Pastikan anda menerima sijil perakuan siap & pematuhan (certificate of completion & compliance, CCC)
  4. Periksa keadaan rumah, perhatikan jika terdapat sebarang kerosakan
Sumber: Bremerwhyte

Itulah dia info tentang cara beli rumah pertama untuk pembeli baru yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang cara beli rumah lelong dan isu perumahan di Malaysia

Rujukan:

  1. Cara Beli rumah Pertama Jomurusduit

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.