Rumah adalah tempat kita untuk berehat dan berteduh daripada panas dan hujan. Memiliki rumah adalah salah satu perkara yang perlu kita capai kerana itu aset kita yang akan digunakan sampai bila-bila. Tidak perlu rumah yang besar dan berharga mencecah RM1 juta, cukup beli mengikut kemampuan diri sendiri.

Selalu kita lihat sebelum mendirikan rumah tangga, calon suami perlu menyediakan sebuah rumah sendiri untuk dijadikan tempat tinggal selepas berkahwin nanti. Jika yang menyewa pula, perlu mengumpul wang untuk membeli rumah untuk diduduki oleh keluarga sendiri.

Zaman kini, wanita juga perlu memiliki sebuah rumah atas nama dan usaha sendiri. Mengapa pula?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai sebab-sebab wanita perlu mempunyai rumah sendiri. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Sebab-sebab wanita perlu ada rumah sendiri

wanita ada rumah
Imej via duitkertas.com

1. Pendapatan Tambahan Pelaburan.

Rumah boleh disewakan dan jadi pendapatan tambahan lepas kahwin, tak semua orang dapat suami kaya raya. Maka belilah sebuah rumah dan jadikan pendapatan keluarga.

2. Waktu Tak Terduga.

Kita tak tahu suami yang kacak macam Nepal itu sayang kita sampai bila. Jika ditinggalkan pergi, bila mereka terjumpa Gadis Tik Tok setidaknya ada rumah sendiri.

3. Bukan Harta Sepencarian.

Rumah yang dibeli sebelum kahwin, bukannya harta sepencarian. Jika berpisah ia tetap hak isteri tersebut.

4. Bantu Suami.

Masalah kewangan selepas kahwin biasanya semakin sukar. Jika sesuatu berlaku boleh refinance atau pendapatan sewa bantu suami tercinta dan hidup bahagia selamanya.

*Jika wanita mempunyai rumah sendiri, ia boleh menambah pendapatan sendiri dan wang tersebut boleh menjadi wang simpanan sendiri. Jika berlaku apa-apa, wang tersebut boleh digunakan. Semoga info ini memberi manfaat kepada anda dan orang-orang tersayang.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.