Bila kami sebut Jack Ma, pastinya anda akan terbayangkan usahawan dari China yang kaya-raya dan memiliki pelbagai perniagaan yang berjaya. Hari ini kami akan menulis tentang siapa Jack Ma? Pengasas Ali Baba yang power dan terkenal di seluruh dunia.

Sumber: Qz.com

1. Siapa Jack Ma?

Jack Ma atau Ma Yun dilahirkan pada 10 September 1964 di  Hangzhou, Zhejiang, China. Beliau selaku Pengerusi Eksekutif Alibaba Group sangat terkenal di seluruh dunia. Alibaba Group adalah keluarga perniagaan berasaskan internet yang sangat berjaya sehingga beliau menjadi pengusaha dari China pertama yang muncul di muka hadapan majalah Forbes. Beliau lahir dalam zaman komunis dari  keluarga miskin yang hidup susah. Beliau berjaya dengan memulakan perniagaan dari bawah tanpa duit atau sebarang network.  

2. Bekerja tanpa gaji demi ilmu

Beliau juga sangat dikagumi kerana sanggup untuk bekerja tanpa gaji demi ilmu. Semas remaja, beliau bangun jam 5 pagi, duduk di hadapan hotel untuk memberikan tour percuma kepada para pelancong semata-mata untuk belajar bahasa inggeris.

3. Kegagalan sebelum AliBaba

Beliau bukanlah seorang yang berjaya dalam pelajaran. Pernah gagal sebanyak dua kali dalam peperiksaan untuk memasuki kolej dan hanya lulus untuk menjadi seorang guru selepas tiga kali permohonan. Selepas beliau tamat belajar, beliau menghadiri 30 temuduga namun semuanya gagal.

Jack Ma juga pernah gagal dalam berniaga. Sebelum berjaya dengan AliBaba, Jack Ma pernah gagal sebanyak dua kali dalam dunia perniagaa. Ia menjadi batu loncatan untuk beliau berjaya dengan jenama AliBaba.

4. AliBaba dan AliPay

Jack Ma memulakan AliBaba tanpa pengalaman atau pendidikan akdemik dalam bidang komputer dan perisian pada 1998. Syarikat ini mengalami kerugian selama 3 tahun berturut-turut. Namun beliau tidak berputus asa dan mencipta program untuk proses bayaran bernama AliPay yang asalnya menjadi bahan ejekan. Namun hari ini Alipay mempunyai 800 juta pengguna.

5. Platform global

Beliau menubuhkan Alibaba dengan fokus untuk membolehkan para peniaga SME di China menjual barangan mereka di platform global. Hari ini AliBaba menjadi platform global untuk para peniagadi China.

6. Orang paling kaya di China

Hari ini Jack Ma adalah orang yang paling kaya di China  dengan nilai USD20 Bilion. IPO Alibaba merupakan IPO terbesar di dunia dan dibuka di New York Stock Exchange (NYSE). Platform Alibaba digunakan oleh lebih seratus juta orang setiap hari.

Sumber: Time.com

7. AliBaba dan kejayaannya

Alibaba Group Holding Limited adalah sebuah syarikat e-dagang atau e-lelong China yang berpusat di Hangzhou dan memiliki pejabat pemasaran dan jualan luar di lebih 30 buah bandar raya di China, termasuk di Hong Kong, Switzerland dan Amerika Syarikat. Alibaba diasaskan oleh Jack Ma pada tahun 1999 sebagai sebuah perkhidmatan papan buletin agar syarikat perniagaan SME di China dapat mengeposkan, membeli dan menjual perintis jualan.

Pada hari ini, Alibaba menjadi sebuah laman sesawang sejagat untuk perusahaan kecil dan sederhana, bukan sahaja untuk mengenal pasti bakal rakan perdagangan yang berpotensi tetapi juga untuk berinteraksi antara satu sama lain dan menjalankan perniagaan dalam talian di seluruh dunia.

Softbank iaitu sebuah perbadanan telekomunikasi dan media yang berpusat di Jepun adalah salah satu pelabur terawal AliBaba dengan pelaburan sebanyak AS$18 juta pada tahun 2000 dan terus melabur dalam AliBaba dengan jumlah yang besar.  Pada bulan Oktober 2005, Alibaba dan Yahoo! menjalin sebuah perkongsian strategi jangka panjang dengan persetujuan di mana Yahoo! mengambil alih 40% daripada syarikat Alibaba pada harga AS$1 bilion berserta aset Yahoo! di China yang bernilai sekitar AS$700 juta.

Melalui perkongsian ini, Alibaba juga mendapatkan teknologi Yahoo! serta dapat mempergunakan sumber sejagatnya. Yahoo! turut memasukkan gelintaran dalam taliannya ke dalam portfolio perniagaan e-dagang Alibaba dan dengan itu, membantu Alibaba menjadi salah satu syarikat internet yang terbesar di China. Ia adalah penjanjian yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.

Pada 5 September 2014, AliBaba meletakkan julat harga awal AS$60-$66 untuk penawaran awam permulaannya atau IPO iaitu penyenaraian di Bursa Saham New York (NYSE).  Penyenaraian ini telah menghasilkan lebih $20 bilion, menjadikannya penyenaraian teknologi terbesar dalam sejarah Amerika Syarikat dan berjaya mengatasi Facebook.

Pada 18 September 2014 iaitu beberapa hari selepas disenaraikan, IPO Alibaba diberi harga AS$68 dan berjaya mengumpul AS$21.8 bilion bagi syarikat itu dan pelaburnya. Pada 19 September 2014, saham Alibaba (BABA) mula didagangkan di NYSE dengan harga pembukaan $92.70 pada jam 11:55 pagi.Penaja jamin Alibaba kemudian mengumumkan bahawa mereka menggunakan pilihan greenshoe untuk menjual 15% lebih saham daripada rancangan asal, lalu berjaya  meningkatkan jumlah IPO AliBaba ke angka $25 bilion.

Portal pengguna-ke-pengguna Alibaba Taobao adalah seperti eBay. Ia memiliki hampir satu bilion barang dan menjadi antara 20 tapak web paling dilawat di seluruh dunia. Alibaba Taobao bertanggungjawab terhadap lebih 60% penghantaran bungkusan di China setakat Mac 2013 dan 80% jualan dalam talian negara itu setakat September 2014.

AliPay pula adalah satu perkhidmatan eskrow dalam talian di mana anda boleh gunakan untuk membuat bayaran secara online tanpa cash. AliPay bertanggungjawab terhadap sekitar separuh urus niaga bayaran dalam talian di China. Berikut adalah entity yang berkaitan dengan AliBaba:

  • Alibaba.com
  • Taobao
  • Tmall.com
  • Juhuasuan
  • eTao
  • Alipay
  • Alibaba Cloud Computing
  • AliExpress
  • China Yahoo!
  • Laiwang
  • ChinaVision Media Group
  • Youku Tudou
  • 11 Main
  • Alibaba Group R&D institute
Sumber: Businessinsider

Itulah dia info  tentang siapa Jack Ma? Pengasas Ali Baba yang power yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang biodata Mark Zuckerberg biodata Dato Seri Vida dan biodata Dato Alha Alfa.

Rujukan:

1. Wikipedia

2. The Vocket

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.