Menurut majalh Forbes, setakat bulan November 2017, nilai bersih kekayaan Carlos Slim Helú adalah sebanyak $65 bilion, menjadikan beliau individu keenam terkaya di dunia. Beliau pernah menduduki tangga pertama dan tahun 2017 merupakan tahun pertama beliau tidak berada di dalam senarai 5 terbaik untuk tempoh lebih dari 10 tahun. Falsafah pelaburan beliau yang bijak dan rekod pencapaian yang sempurna sebagai seorang pelabur telah menganugerahkan beliau dengan gelaran “Warren Buffett Mexico”.

Beliau lebih dikenali sebagai pengerusi dan ketua pegawai eksekutif (CEO) untuk Teléfonos de México, S.A. (Telmex), yang menguruskan di antara 80% sehingga 90% daripada panggilan telefon talian tetap di Mexico. Beliau juga berkhidmat untuk jawatan yang sama untuk América Móvil (AMX), yang bertanggungjawab terhadap 70% talian selular di dalam negara itu. Kedua-dua syarikat di atas sekarang ini diketuai oleh anak lelaki beliau, Carlos Slim Domit.

Konglomerat Slim, Grupo Carso atau Grupo Sanborns SAB, memiliki dan menguruskan perniagaan di dalam bidang pendidikan, media, sukan dan hiburan, penjagaan kesihatan, perkilangan, hartanah, syarikat penerbangan, perlombongan, perhotelan, teknologi, minyak, peruncitan dan perkhidmatan kewangan.

Imej via Academy of Achievement

Kisah Kejayaan Carlos Slim

Carlos Slim menjadi seorang jutawan apabila beliau melabur secara agrefif dan membeli keseluruhan syarikat semasa krisis penurunan nilai matawang dan ekonomi di Mexico pada tahun 1982 yang mana telah pulih selepas itu. Pada masa tersebut beliau berusia 42 tahun. Peluang besar yang seterusnya untuk Slim muncul pada tahun 1990 apabila kerajaan Mexico menjual syarikat telefon monopolinya, Telmex. Konglomerat Slim, Grupo Carso terus menyambar peluang tersebut.

Tidak lama selepas pembelian syarikat tersebut, Slim memberi perhatian ke dalam perkhimatan telefon bimbit Telmex. Dengan menawarkan telefon prabayar, pangkalan pelanggan syarikat tersebut telah berkembang dengan drastik, meningkat sebanyak 66% setiap tahun untuk tempoh 15 tahun seterusnya. Perniagaan telefon bimbit, América Móvil, dengan jenama “TracFone”nya telah berkembang ke seluruh dunia. Secara keseluruhan, telekomunikasi merupakan dua pertiga daripada kekayaan beliau yang menakjubkan.

Walau bagaimanapun, América Móvil baru-baru ini telah menghadapi beberapa cabaran baru hasil daripada perundangan baru Mexico yang secara khusus dibuat untuk memecahkan monopoli syarikat.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.