Siapa tak kenal Dato Alha Alfa yang sangat popular dalam kalangan artis dan usahawan kosmetik ini. Untuk pengetahuan anda, beliau merupakan seorang pengasas kosmestik jenama Alha Alfa dan juga merupakan seorang jurusolek artis yang sangat dikenali ramai.

Imej via [iluminasi]

Jom kita ikuti biodata Dato Alha Alfa yang sangat dikenali ramai ini. Pasti ramai yang ingin mengenali siapakah sebenarnya beliau dan apakah yang beliau lalui dalam kehidupan beliau.

  • Nama Penuh: Dato Al Halim Mohd Al Fadzil
  • Nama Samaran: Alha Alfa
  • Umur: 32 tahun (2020)
  • Asal: Kuala Lumpur
  • Bangsa: Melayu
  • Warganegara: Malaysia
  • Agama: Islam
  • Pendidikan: Ijazah Sarjana Muda Seni Bina
  • Pekerjaan: Pengasas Produk Kosmetik Alha Alfa Cosmetics dan Jurusolek Artis

Jom ketahui kisah kehidupan Dato Alha Alfa dalam bidang pendidikan, kerjaya dan peribadi beliau juga.

Pendidikan

Imej via [komedimedia]

Alha Alfa memperoleh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), 2A 4B 3C. Selepas SPM, Alha mengambil keputusan untuk mencari kerja sampingan iaitu dengan menjadi tukang cat.

Beliau juga pernah bekerja bersama Pizza Hut sebagai tukang masak iaitu pembuat pizza selama setengah tahun.

Alha Alfa kemudian menyambung pengajiannya di Universiti Teknologi Mara (UITM) Perak dan telah memperoleh keputusan yang cemerlang. Pada ketika itu, beliau mengambil upah dengan menjadi jurumekap sampingan.

Untuk pengetahuan anda, beliau menyedari hakikat bakatnya dalam industri mekap ketika beliau mengecat dinding dan membayangkan bagaimana mekap wajah wanita. Beliau kemudiannya menyambung pelajaran di Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam.

Cabaran Dalam Menyambung Pengajian

Alha Alfa menempuh pelbagai rintangan dalam mengecapi kejayaannya, salah satu adalah dari sumber kewangan. Berbekalkan duit upah bekerja di pizza, beliau menyambung pelajaran di UITM.

Beliau juga berasa berbelah bahagi apabila ibunya menggadaikan rantai emas untuk membiayai pengajiannya dan juga untuk menyara adik-adiknya yang masih bersekolah.

Walaupun beliau bukan berasal dari keluarga yang berada, tetapi beliau tetap terus berusaha dan bekerja keras untuk mencukupkan bagi menampung pengajiannya.

Berkecimpung Dalam Industri Mekap Dan Selebriti

Imej via [tubefollow]

Sungguhpun bekerja sebagai jurusolek ketika belajar, beliau telah mengecapi kejayaan apabila terpilih sebagai jurusolek dalam produksi drama. Saban hari, nama beliau telah dikenali sebagai seorang jurusolek yang hebat.

Namanya turut terkenal dalam kalangan selebriti dan akhirnya beliau mendapat peluang menjadi pembantu peribadi bagi Amy Mastura.

Pada mulanya, beliau sendiri berguru dengan artis Amy Mastura untuk solekan dan lain-lain, namun akhirnya beliau kepercayaan bagi Amy Mastura untuk bekerjasama dan menggunakan khidmat solekan.

Pengasas Produk Kosmetik Alha Alfa

Imej via [Alhaalfa]

Pada pertengahan tahun 2017, Alha Alfa telah mengeluarkan produk kosmetik sendiri iaitu Alha Alfa Kosmetik. Bukan itu sahaja, beliau turut mempunyai kira-kira seribu pelajar di bawahnya yang komited akan bidang solekan.

Produk kosmetik Alha Alha mendapat sambutan yang sangat memberansangkan kerana ia adalah produk organik, mempunyai kelulusan kementerian kesihatan malaysia, lulus makmal dan lain-lain lagi.

Alha Alfa pernah bekerjasama dan menyolek artis-artis terkenal seperti Zara Zya, Amy Mastura, Fasha Sandha, Ayda Jebat, Jihan Muse, Uqasha Senrose, Nelydia Senrose dan ramai lagi. Semuanya berpuas hati dan suka dengan solekan serta produknya.

Kualiti Setaraf Produk Kosmetik Antarabangsa

Maklum balas yang diberikan oleh artis-artis adalah sangat mengejutkan. Ramai antara mereka yang beralih menggunakan produk Alha Alfa Cosmetic selepas menyedari produk tempatan ini adalah setaraf kualitinya dengan produk antarabangsa.

Kerjaya Dan Kejayaan Dato Alha Alfa

Satu demi satu kejayaan yang dicapai oleh Alha Alfa yang telah bergelar Dato Alha Alfa ini. Beliau juga telah menjadi penaja utama bagi Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) yang ke-31 pada tahun 2018 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Tips Kejayaan Dari Dato Alha Alfa

  • Minat Yang Mendalam

Bila difikirkan semula, beliau sendiri tidak menyangka daripada tukang cat akan menjadi jurusolek artis. Semuanya kerana minat yang mendalam dan kesungguhan dalam merealisasikan produk Alha Alfa sehingga menjadi kenyataan.

  • Bina Rangkaian Dan Ramai Kenalan

Menurutnya, rangkaian juga penting dalam mengecapi cita-cita dan berkembang maju. Daripada berkenalan dengan seorang artis, beliau dapat mengenali artis yang lain dan mengaplikasikan solekan hasil tangannya kepada mereka.

Dari situ jugalah, beliau menerima maklum balas yang positif sehingga nama beliau menjadi terkenal. Ramai wanita yang berpuas hati dan mengesyorkan masyarakat untuk menggunakan khidmat solekan beliau.

  • Berani Mengambil Peluang

Bijak mengambil peluang adalah tips yang harus seseorang lakukan untuk melangkah maju ke hadapan. Ambillah peluang untuk membawa produk ke pasaran luar dan kita harus menjadi seorang yang lebih berani.

Itulah apa yang Dato Alha Alfa lalui dan lakukan sepanjang mengembangkan kerjaya dan produknya. Banyak lagi tips yang digunakan beliau, namun 3 perkara inilah yang menjadi sebab bagaimana beliau bermula dan bangkit.

Kehidupan Peribadi Dato Alha Alfa

Beliau telah mendirikan rumah tangga bersama seorang model iaitu Noor Azlin. Namun usia perkahwinan yang tidak panjang, Alha Alfa dan isterinya sudah berpisah pada tahun 2020. Namun, kerjaya adalah penawar untuk melupakan kehidupan peribadi beliau.

Kini, beliau lebih fokus akan perniagaan dan ingin menjadi seorang usahawan yang berjaya dan membina empayar dengan lebih besar lagi. Beliau yakin bahawa Alha Alfa Cosmetik mampu pergi lebih jauh dan lebih maju lagi.

Siapa sangka seorang tukang cat mampu menjadi pemilik perniagaan kosmetik yang sangat besar dan terkenal bukan? Jom baca juga Biodata Alif Syukri, Biodata Neelofa dan Sinopsis Hikayat Hang Tuah.

Rujukan:

  1. Dari Tukang Cat Ke Make Up Artis. https://ohbulan.com/dari-tukang-cat-ke-makeup-artist-ini-kisah-penuh-inspirasi-alha-alfa-yang-pasti-buat-anda-kagum
  2. Biodata Datuk Alha Alfa, Jurumekap Artis Dan Pengasas Kosmetik. https://babab.net/artikel/biodata-datuk-alha-alfa-makeup-artist-dan-pengasas-kosmetik.html
  3. Biodata Dato Alha Alfa, Pengasas Kosmetik. https://iluminasi.com/bm/biodata-alha-alfa-pengasas-kosmetik-dan-jurusolek-artis.html
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.