Ada kalanya bil TNB tidak sampai ke rumah namun tarikh bayaran telah tiba. Anda tidak tahu berapa jumlah yang perlu dibayar. Sepanjang tempoh perintah Kawalan Perkhidmatan Pergerakan Covid-19 2020. Pihak TNB tidak mengeluarkan bil dan para pengguna perlu menyemak bil TNB masing-masing secara online. Hari ini kami akan kongsikan cara semak bil TNB online sebagai panduan anda.

Baru-baru ini pihak TNB dalam satu kenyataan media telah menjelaskan bahawa jumlah bil TNB yang perlu dibayar adalah mengikut bacaan meter.Namun sekiranya meter dibaca melebihi tempoh 31 hari, maka TNB akan menggunakan pengiraan secara prorata berdasarkan bilangan hari pembilan.

Sebagai contoh, jika tempoh pembilan ialah 35 hari, faktor prorata dikira 35 hari daripada 30 hari bersamaan dengan 1.1667 menjadikan jumlah unit digunakan ialah 452 per kilowatt jam (kWh). Berdasarkan pengiraan prorata ini, pengguna menikmati 233 kWh (unit) pada kadar terendah iaitu RM0.218 berbanding dengan 200 unit yang diluluskan untuk tempoh sebulan.

Semak bil TNB online dilaman web TNB

Sumber: Semaksini

Cara semal bil TNB online yang pertama ialah dengan cara membuat semakan di laman sesawang TNB. Apa yang menarik anda boleh membuat semakan tanpa sebarang pendaftaran. Caranya:

  • Pergi ke laman web berikut www.mytnb.com.my
  • Scroll ke bawah dan klik butang Express Payment untuk menyemak baki bil eletrik anda.
  • Masukkan nombor akaun bil.
  • Bila anda akan dipaparkan.
  • Anda boleh terus membuat bayaran secara online.

Semak bil TNB online melalui applikasi myTNB

Selain menyemak di laman web TNB, anda juga boleh menyemak bil elektrik anda secara online melalui applikasi myTNB. Untuk membuat semakan, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Download aplikasi myTNB di Google Play atau App Store.
  • Daftar Sebagai Pengguna dengan klik pada perkataan ‘register’
  • Masukkan maklumat seperti nama, nombor IC, nombor telefon
  • Masukkan PIN yang dihantar menerusi SMS untuk pengesahan
  • Sekiranya nombor kad pengenalan anda telah didaftarkan ke mana-mana akaun TNB, maka sistem secara automatik akan memaparkan akaun anda.
  • Klik ‘Tambah Bil TNB’ dan maklumat yang diperlukan
  • Klik ‘Papar Bil’ untuk melihat bil semasa dan bil terdahulu. Di sini anda juga boleh melihat rekod bayaran bil terdahulu.
  • Anda juga boleh terus membuat bayaran secara online di sini menggunakan kad kredit , kad debit atau online banking (FPX).
Sumber: Coretananuar

Soalan yang sering ditanya tentang aplikasi myTNB

Berikut adalah beberapa soalan yang selalu ditanya berkenaan aplikasi myTNB. Kami kongsikan soalan beserta jawapannya untuk panduan anda.

  1. Jika saya adalah pengguna myTNB Application, e-Services atau e-Application, adakah saya perlu mendaftar semula sebagai pengguna myTNB Self Service Portal? Jawapannya: Tidak perlu. Anda boleh menggunapakai ID dan kata laluan yang sama untuk kesemua aplikasi.
  2. Di manakah saya boleh merujuk panduan untuk tatacara permohonan bekalan baru, pertukaran nama, penutupan akaun dan semakan bil? Jawapannya: Maklumat tersebut boleh didapati menerusi video yang terfapat di laman web TNB. Untuk semakan bil, anda boleh pergi ke laman web TNB dan log masuk di myTNB dan seterusnya klik pada INFORMATION > Bill & Payments.
  3. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya “Mother’s Name“ tidak match untuk tujuan penambahan nombor akaun? Jawapannya:  Anda boleh hubungi TNB Careline di talian 1300-88-5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
  4. Apakah yang patut saya lakukan untuk saya tambah akaun (add account)?Jawapannya: Anda boleh klik di sini untuk cara-cara penambahan akaun.
  5. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal melihat bil saya di myTNB Self Service Portal? Jawapannya: Anda boleh hubungi TNB Careline di 1300-88-5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.
  6. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya akaun yang telah saya daftarkan di myTNB application atau e-Services tidak terdapat di dalam myTNB Self Service Portal? Jawapannya: Penambahan akaun boleh dilakukan oleh pengguna. Anda boleh klik di sini untuk cara-cara penambahan akaun. Walau bagaimanapun, bagi penambahan akaun yang banyak (20 akaun ke atas), sila hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk tindakan selanjutnya.
  7. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya saya gagal mencari alamat (premise information) bagi permohonan bekalan (data not found)? Jawapannya: Anda boleh log masuk di myTNB dan pergi ke INFORMATION > “Documents” dan klik pada “FAQ : Premise Searching” untuk tatacara berkenaan.
  8. Apakah yang perlu saya lakukan sekiranya pembayaran telah dibuat melalui myTNB Self Service Portal tetapi bayaran tidak dikemaskini? Jawapannya: Anda boleh hubungi TNB Careline di 1300 88 5454 untuk semakan dan tindakan selanjutnya.

Tips jimat bil eletrik yang boleh anda amalkan

Terkejut melihat bil eletrik yang semakin meningkat naik? Anda boleh amalkan tips jimat bil eletrik yang berikut untuk mengurangkan penggunaan eletrik di rumah:

  • Gunakan alat eletrik dengan teknologi inverter
  • Beli alat eletrik yang mempunyai 5 bintang dalam penjimatan eletrik
  • Gunakan lampu LED
  • Cabut plug selepas digunakan
  • Gunakan turbine ventilator di bumbung untuk menyejukkan rumah

Itulah dia info  tentang semak bil tnb yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara jimat eletrik dan cara bayar saman online

Rujukan:

1.Panduan Cara Semak Bil TNB Online Melalui myTNB App. Semakan online

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.