Mengapakah kita tiada simpanan yang cukup? Pernahkah anda bertanya kepada diri anda mengapa anda tiada simpanan dan duit gaji yang dapat selalu hilang tanpa kita sedar. Sebenarnya ia berpunca daripada diri anda sendiri. Anda lah punca kenapa simpanan tidak cukup atau tiada simpanan.

Simpanan adalah apabila kita menyimpan sedikit gaji kita di akaun bank yang lain atau masuk ke tabung besi/kaca untuk kegunaan masa hadapan. Walaupun anda hanya dapat menyimpan RM50 sebulan, ia juga adalah satu langkah yang bagus walaupun RM50 itu tidak banyak.

Apakah punca yang membuatkan kita tiada simpanan ?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai 4 sebab tiada simpanan walaupun bekerja bertahun-tahun . Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

4 Sebab tiada simpanan

sebab tiada simpanan
Imej via faizabby.blogspot

1) Hanya ada satu akaun bank

Kita hanya ada satu akaun bank, disitulah duit masuk, disitulah simpanan dan disitulah duit keluar. Selagi duit ada di dalam akaun bank, selagi itu kita tekan sampai habis.

2) Gaji kecil ?

Kita rasa gaji kita kecil, maka tidak layak untuk menyimpan lain pula yang bergaji besar yang mudah untuk menyimpan. Menyimpan bukanlah soal gaji kecil atau besar. Sebenarnya ia berkonsep begini, semakin besar gaji kira semakin besar simpanan. Maka walaupun gaji kecil masih boleh menyimpan walaupun seminggu RM10 sahaja.

3) Tiada tujuan

Selagi kita tiada tujuan dan matlamat untuk menyimpan, sealgi itu kita tidak ada rasa ingin menyimpan. Tujuan menyimpan seperti ingin membeli rumah, kahwin atau pelaburan. Jika kita ada matlamat, semangat menyimpan itu akan membuak-buak.

4) Hidup terlalu selesa

Bagi individu yang bekerja tetapi masih duduk dengan ibu bapa, makan dan tempat tidur disediakan. Maka keinginan untuk menabung itu agak nipis dan keselesaan yang kita rasai itu tidak akan kekal selamanya. Masanya akan tiba bila kita perlu berdikari dan tinggal sendiri.

*Berikut adalah sebab-sebab kenapa kita tiada simpanan walaupun sudah bekerja bertahun-tahun. Ingat, simpanan adalah penting untuk masa hadapan. Belajarlah menyimpan dari sekarang walaupun bermula dengan sebulan RM50. Itu adalah permulaan langkah ke arah yang lebih cerah.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.