Tertanya-tanya sama ada anda mempunyai saman tertunggak? Tak tahu kat mana nak semak sekiranya ada saman yang perlu anda selesaikan? Tahukah anda pada hari ini anda boleh menyemak saman dari pihak Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan AES (Automated Enforcement System) secara online. Semuanya dihujung jari.

Bukan itu sahaja. Malah anda boleh terus membuat bayaran secara online. Klik klik sahaja selesai saman tertunggak anda. Tidak perlu lagi anda menghabiskan masa untuk beratur dan menunggu giliran di JPJ atau PDRM. Jom kami tunjukkan lima cara semak dan bayar saman online untuk panduan anda.

1. Semak dan bayar saman melalui laman sesawang MYEG

Sumber: Sebenarnya

MYEG adalah laman sesawang yang menawarkan pelbagai perkhidmatan seperti memperbaharui cukai jalan, memperbaharui insurans kenderaan, semakan saman JPJ, semakan saman PDRM, serta semakan saman AES. Untuk membuat semakan saman di laman sesawang MYEG, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Layari laman sesawang MyEG di https://www.myeg.com.my/
  • Login jika pernah mendaftar atau daftar akaun baru sekiranya ini adalah kali pertama anda menggunakan servis di laman sesawang ini.
  • Pilih pautan e-Services dan kemudian pilih semakan saman PDRM , JPJ atau AES.
  • Masukkan butiran yang diperlukan.
  • Saman akan dipaparkan.
  • Sekiranya anda ingin membuat bayaran, klik bayaran online.

Apa yang menarik, MYEG juga menyediakan perkhidmatan menghantar email peringatan sekiranya terdapat saman baharu. Oleh itu anda tidak akan terlepas pandang. Menarik kan?

 2. Semak dan bayar saman melalui JPJ & AES

Ini adalah cara menyemak saman tanpa perlu melakukan sebarang pendaftaran. Caranya ialah:

  • Layari laman Portal Rasmi JPJ di : https://www.jpj.gov.my/web/main-site/semakan-saman
  •  Klik menu Dropdown ‘Pilihan Carian’ untuk memilih kaedah carian sama ada dengan mengunakan nombor kad pengenalan sahaja atau nombor kad pengenalan dan nombor pendaftaran kenderaan.
  •  Kemudian pilih jenis pengenalan diri.
  • Masukkan CAPTCHA dan klik butang semak.
  • Keputusan semakan akan dipaparkan dibawah ‘Hasil Carian’.

Semakan hanya akan memaparkan saman yang dikeluarkan oleh pihak JPJ dan AES sahaja. Untuk pengetahuan anda, pihak JPJ mengeluarkan saman keatas pemandu atau pemilik kenderaan yang melakukan kesalahan jalan raya. Sementara AES pula adalah sistem pengesanan dan merakam secara automatik kesalahan lalu lintas mengunakan alat pengesan yang dipasang di atas jalan dan perakan imej kesalahan menggunakan kamera.

Pihak JPJ mengeluarkan dua jenis saman iaitu saman yang boleh dikompaun  dan saman yang tidak boleh dikompaun. Saman yang tidak boleh dikompaun hendaklah diselesaikan di Mahkamah seperti yang ditetapkan di dalam notis saman. Sementara saman yang boleh dikompaun perlu dibayar dalam tempoh yang ditetapkan dalam slip saman tersebut. Untuk membayar saman boleh dikompaun, anda boleh pergi ke mana-mana pejabat JPJ atau AES atau membayar dengan cara E-servis. Berikut adalah caranya:

  • Pemilik berdaftar dan pihak yang menuntut perlu hadir ke Pejabat JPJ di mana kenderaan disita untuk menuntut kenderaan dengan membawa bersama-sama dokumen berkaitan.
  • Bayaran boleh dibuat dengan mengemukakan salinan saman JPJ (P) 22 bersama jumlah bayaran.
  • Bagi saman yang mempunyai Notis PG1, Laporan PG2 hendaklah disertakan bersama salinan saman JPJ (P) 22 bersama jumlah bayaran.
  • Bayaran boleh dibuat secara tunai atau melalui Wang Pos / Bank Draf setelah kadar kompaun diketahui.
  • Bayaran saman juga boleh dibuat melalui perkhidmatan e-Services.

Tiada rayuan boleh dibuat untuk mengurangkan kadar kompaun yang diberi kerana kes telah ditetapkan di dalam sistem JPJ. Bagi saman yang boleh dikompaun dan tidak melibatkan notis PG 1, bayaran boleh dibuat melalui laman web berikut :-

3. Semak dan bayar saman melalui laman sesawang RILEK e-Service

Portal ini boleh digunakan untuk menyemak dan membayar saman trafik yang dikeluarkan oleh PDRM atau JPJ. Malah anda juga boleh menyemak status insolvensi dan saman DBKL. Caranya:

  • Layari laman web di http://www.rilek.com.my/
  • Log masuk atau daftar baru jika ini kali pertama anda menggunakan khidmat laman web ini.
  • Klik pada menu ‘Search By’ dan pilih semak saman JPJ  atau PDRM.’
  • Masukkan maklumat yang diminta dan kemudian tekan butang ‘Next’
  • Anda boleh membuat bayaran saman secara online melalui Perbankan Internet termasuk Maybank (M2U), CIMB Clicks, Public Bank, RHB dan sebagainya.  

4. Semak dan bayar saman melalui SSO-PDRM

Ini adalah portal semakan yang disediakan oleh PDRM untuk memudahkan semakan status perkhidmatan polis seperti semakan saman, status pengambilan jawatan baru PDRM, status laporan polis dan status saman trafik. Caranya:

  • Layari Portal SSO : http://sso.rmp.gov.my/
  • Log masuk atau daftar baru jika ini kali pertama anda menggunakan khidmat laman web ini.
  • Klik pada ikon ‘Status Saman’ untuk membuat semakan saman.

5. Semakan melalui SMS

Sumber: M-update

Berikut adalah cara untuk menyemak saman trafik melalui SMS:

  • POLIS<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888 atau 32728
  • JPJ<jarak>SAMAN<jarak>[No Kad Pengenalan atau No Plat Kenderaan] pada telefon dan hantarkan SMS ke 15888

Itulah dia info  tentang bayar saman online yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cek saman PDRM dan JPJ.

Rujukan:

  1. Cara Semak Saman JPJ/Polis. Metrodriving

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.