Isteri pasti happy kalau bersembang hal renovation dapur ni. Maklumlah, dapur cantik akan bagi semangat yang luar biasa untuk mereka buat kerja rumah dan memasak!

Terdapat banyak idea renovation dapur yang boleh kita fikirkan. Dari segi susun atur dapur, keluasan dapur dan juga bahan berkualiti untuk dapur kita. Semuanya memainkan peranan yang penting dalam renovation dapur.

Jom lihat antara renovation dapur yang boleh dilakukan untuk sang isteri happy selalu.

1. Dapur Pintu Kaca

renovate dapur
Imej via [recommend]

Pintu kabinet atas akan berasaskan kaca manakala kabinet bawah lengkap dengan pintu kayu warna yang cantik. Isteri pasti suka akan gaya renovate dapur yang moden ini.

2. Kabinet Dan Dinding Dapur

renovate dapur
Imej via [recommend]

Amat menarik jika pandai kombinasikan jenis meja kabinet, table top dan juga dinding dapur. Pilihlah kombinasi warna yang sesuai dan cerah, jika gunakan warna gelap, pastikan lighting atau tingkap sepadan dengan susun atur ruang dapur anda.

3. Dapur Kaunter Bar Mini

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Ramai yang berminat dengan gaya dapur kaunter bar mini ini. Anda tak perlu sediakan meja makan lagi kerana ia sudah lengkap dengan meja ala-ala berada di bar. Renovate dapur gaya ini akan terus menyambungkan table top dengan meja makan ala-ala bar tersebut.

4. Dapur Selari Yang Ringkas Dan Unik

renovate dapur
Imej via [thevocket]

Sungguh unik sekali tetapi sangat ringkas dan kemas. Dapur bentuk selari ini memudahkan anda untuk memasak kerana ruangnya membuatkan tampak lebih luas lagi.

Tidak salah anda memilih 1 atau 2 warna untuk kabinet atau table top, yang penting warnanya sesuai dan tidak menyakitkan mata yang memandang.

5. Dapur Klasik Moden Dan Kabinet Berwarna Khaki

renovate dapur
Imej via [thevocket]

Tidak dinafikan, dapur berwarna khaki sangat cantik dan menarik jika direalisasikan. Ia kelihatan klasik dan moden apabila dikenakan dengan bentuk dapur yang sangat menarik. Isteri pasti akan suka.

Selain dari warna khaki yang indah, hasil gabungan meja ala-ala mini bar juga menjadi tarikan untuk dapur anda!

6. Tingkap Dapur (Sliding Window)

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Sekiranya dapur anda mempunyai tingkap, inilah peluang untuk anda tukarkan tingkap nako tersebut kepada tingkap sliding. Dengan adanya sliding window, dapur akan kelihatan lebih kemas. Angin juga takkan mudah masuk ketika anda sedang memasak atau jika hari hujan.

7. Dapur Bertema Pink

renovate dapur
Imej via [thevocket]

Jika isteri minat warna pink, apa salahnya renovate dapur bertemakan pink! Asalkan nampak cantik, isteri pasti suka. Jika sudah renovate table top warna pink, bolehlah hiaskan dengan alas kaki atau meja pink. Pasti cantik sekali.

8. Sudut Letak Barang

renovate rumah
Imej via [thevocket]

Nak renovate rumah secara kos rendah dan tak makan banyak kos, tak perlu buat kabinet atas dapur. Cukuplah sekadar table top sahaja. Kemudian, tambahkan sudut letak barang di table top.

Atas sudu letak barang, susunlah bahan-bahan seperti garam, gula, rempah, cuka dan sebagainya. Boleh juga dihias dengan frame gambar, bunga hidup, buku resepi dan lain-lain lagi.

9. 2 Buah Sinki

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Idea renovate dapur ini mungkin akan membuatkan sang isteri happy selalu. Dengan adanya 2 sinki, lebih mudah untuk si isteri mencuci pinggan mangkuk dan mengeringkannya terlebih dahulu.

Tiada masalah untuk buat 1 sinki pun, tapi anda boleh memilih gaya sinki tersebut sama ada saiz 4 segi atau bulat, besar atau kecil. Jika mempunyai table top, sudah pasti sinki yang bersaiz besar amat sesuai dan cantik digabungkan.

10. Dinding Batu Bata

renovate dapur
Imej via [thevocket].

Walaupun saiz rumah kecil dan dapur cuma ada sedikit ruang, percayalah bahawa reka bentuk dapur yang menarik akan menggembirakan hati isteri.

Salah satu reka bentuk renovate rumah yang best adalah dinding batu bata. Anda boleh hasilkannya disebelah tempat memasak.

11. Kabinet Kelabu Eksklusif

renovate dapur
Imej via [thevocket]

Jika inginkan rumah yang tampak begitu eksklusif, kabinet berwarna kelabu sesuai digayakan. Renovate dapur dengan kabinet kelabu sahaja tak cukup, tambahlah meja ala-ala bar yang berwarna kelabu. Pasti menarik!

12. Table Top Kayu

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Ala-ala DIY, table top jenis kayu sangat cantik dan kemas dilihat. Tambah-tambah lagi kalau reka bentuknya unik dan lain dari yang lain. Tak perlu buat kabinet atas, letakkan kayu letak barang. Pastinya lebih menjimatkan kos anda!

13. Dapur Monokrom Kabinet Putih Marmar

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Dapur jenis monokrom tampak bergaya dengan adanya kabinet marmar yang berkilat digabungkan dengan table top hitam. Saiz table top yang panjang akan memudahkan anda membuat persiapan makanan dan memasak setiap hari.

14. Kabinet Lantai Ragam

renovate dapur
Imej via [recommend]

Kabinet lantai ragam ini mempunyai pelbagai jenis gayanya. Namun selalunya kabine lantai ragam berbentuk L dan mempunyai gabungan kaunter letak barang atau laci.

Anda boleh menyimpan barang-barang yang tertentu di dalam laci tersebut. Boleh dikatakan ia adalah laci serbaguna yang terlekat pada kabinet dapur anda. Nak letak koleksi buku resepi anda pun boleh!

15. Jenis Lampu Dapur

renovate dapur
Imej via [pinterest]

Lampu dapur juga memainkan peranan penting dan perlu diambil perhatian sekiranya anda renovate dapur. Jika inginkan lampu yang lain dari yang lain, pastikan pencahayaan pada kawasan memasak dapat ditumpukan dan tidak mengganggu.

Lampu dapur juga merupakan salah satu elemen perhiasan yang bakal mencantikkan dapur anda. Anda boleh membuat permintaan kepada kontraktor ataupun boleh beli sendiri lampu yang anda suka di kedai lampu.

Itulah dia 15 idea renovate dapur untuk sang isteri happy selalu. Mintalah pendapat isteri dan tanya mereka apa yang mereka suka untuk dapur rumah anda!

Jempat baca juga idea renovate rumah, tips renovate rumah dan cara jimat duit.

Rujukan:

  1. Dekorasi Dapur Kecil Dan Apartment https://www.thevocket.com/dekorasi-dapur-kecil-dan-apartment/
  2. Idea untuk kabinet dapur baru https://www.recommend.my/blog/20-idea-untuk-kabinet-dapur-baru-anda/
  3. Renovate Dapur. https://www.pinterest.com/pin/655907133218622557
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.