Nak renovate rumah dengan jimat, sebaiknya tak perlu keluarkan kos yang banyak untuk renovate rumah. Rumah yang cantik adalah dengan design dan gaya yang ringkas serta kemas.

Asalkan anda berpuas hati! Bagaimana nak dapatkan renovation rumah yang murah tapi cantik? Terdapat beberapa tips renovate rumah harus anda tahu sebelum mula renovate rumah. Jom lihat satu persatu.

tips renovate rumah

1. Survey Harga Bagi Bahagian Rumah

Pertama sekali, ambil tahu berapa harga yang akan dikenakan untuk bahagian rumah yang ingin anda renovate. Tips renovate rumah ini penting supaya anda dapat buat pilihan yang tepat dalam memilih kontraktor.

Maklumlah zaman sekarang harga barang dah naik, kita kena ambil tahu. Ambil peduli bagi harga setiap bahagian rumah seperti dapur, bilik air dan sebagainya. Untuk pengetahuan anda, lain kontraktor lain bajetnya.

2. Berbincang Dengan Kontraktor

Penting sekali untuk kita berbincang berkenaan apa yang kita inginkan. Hal ini dapat mengelakkan salah faham dan perkara yang tidak diingini. Anda juga boleh minta pendapat mereka berdasarkan gaya rumah yang anda sukai.

3. Minta Invoice Dari Kontraktor

Rundingan harga boleh dibuat pada awal sebelum memulakan kerja renovation. Minta invoice dari pihak kontraktor dan rundingkan harga yang lebih murah (sekiranya perlu).

Siapa yang tak nak rumah murah tapi cantik kan? Yang penting anda berpuas hati dengan hasilnya!

4. Siapkan Pelan Renovation

Walaupun bukan anda yang lakukan proses renovation rumah, tetapi anda perlu buat pelan renovation sendiri. Dalam erti mudah, anda perlu senaraikan apa yang ingin diubah suai.

Disamping itu, lukiskan juga pelan anda supaya kontraktor tidak salah faham akan susunannya. Jika tersilap buat sinki di bahagian dapur dan sebagainya, akan memakan kos yang lebih besar untuk kontraktor ubah semula susunannya.

Pastikan perkara tersebut benar-benar berbaloi dan penting dibuat. Hal yang tidak bermanfaat tak perlu dibuat. Sebagai contoh, tidak perlu tambah dinding tambahan kerana ia akan menyebabkan ruang rumah nampak lebih sempit.

tips renovate rumah
Imej via [pelan-rumah]

5. Pilih Tile Dan Bahan

Tips renovate rumah yang harus anda buat adalah anda sendiri perlu pilih tile dan bahan. Tiada masalah untuk anda minta pendapat kontraktor, tetapi haruslah ia sepadan dengan tema dan kualiti yang anda inginkan.

Selalunya mereka akan tunjukkan anda jenis tile dan warna, pilihlah dan bincanglah bersama mereka untuk dapatkan yang terbaik.

6. Buat Table Top

Table top adalah sesuatu yang wajib anda renovate kerana ia merupakan kunci utama dapur rumah anda cantik! Kadar harga untuk renovate dapur tidaklah terlalu mahal, malah akan lebih cantik tapi murah.

7. Pilih Warna Cat Yang Sesuai

Warna cat yang terlalu terang akan memberi masalah kepada emosi anda, terlalu pudar pun tak boleh juga. Carilah warna yang menenangkan bila anda melihat dan tinggal di rumah tersebut.

Lihat saja tadika, warnanya terang dan amat ceria, ia memberikan mood gembira dan aktif untuk kanak-kanak. Warna gelap pula akan menjadikan anda malas sepanjang hari.

8. Proses Tambah Wiring

Selain memastikan rumah cantik, lengkapkan bilik atau ruang dengan wiring adalah tips renovate rumah penting kita ketahui. Adakalanya mereka renovate semuanya, akhir sekali buat wiring.

Sebenarnya, lebih elok siapkan wiring dahulu, supaya rumah tidak kotor dan perlu dicuci banyak kali. Nak dapat murah, minta kawan-kawan yang pandai wiring untuk lakukannya.

tips renovate rumah
Imej via [invaber]

9. Tukar Bahan Binaan Atau Hiasan

Tips renovate rumah yang lebih jimat adalah anda boleh tukarkan bahan binaan yang sepatutnya kepada bahan anda sendiri. Sebagai contoh, tak perlu buat kabinet di bahagian ruang tamu atau bahagian atas dapur, anda boleh gunakan grill dan pasang kayu letak barang.

Boleh dibeli di kedai DIY sahaja, apabila selesai pasang, bolehlah anda susun barang atas sudut tersebut. Mudah bukan? Murah tapi cantik, sangat jimat.

10. Kurangkan Perbelanjaan Pada Renovation

Renovation yang baik bukanlah renovation yang melibatkan setiap sudut ruang dalam rumah. Tetapi adalah renovation yang jimat dan dapat dikurangkan kos perbelanjaannya. Simple is nice. Renovate secara ringkas dan tidak berlebihan adalah terbaik.

11. Dapatkan Kata Putus Dengan Kontraktor

Selepas berbincang, dapatkan kata putus dengan kontraktor. Jangan sesekali bayar lumpsum kepada mereka. Buatlah bayaran sedikit demi sedikit kerana sebab-sebab yang tertentu. Yang penting, keraplah datang dan melihat cara mereka bekerja.

tips renovate rumah
Imej via [iderumahidaman]

12. Utamakan Renovation Yang Penting

Bagi menjaga aliran kewangan yang diperuntukkan, utamakan renovation rumah yang penting terlebih dahulu. Tips renovation rumah ini sangat berguna kerana ramai orang tersalah langkah menghabiskan wang untuk perkara yang remeh temeh.

13. Dapatkan Resit Dari Kontraktor

Setiap kali bayaran dibuat, sila dapatkan resit daripada kontraktor. Bilamana mereka telah menerima wang dari anda, resit adalah perkara penting merangkap bukti bayaran harus anda simpan. Tips renovation rumah ini penting bagi mengelakkan masalah di kemudian hari.

14. Dapatkan Kontraktor Bertauliah Dan Berpengalaman

Perkhidmatan kontraktor buat rumah kini terlalu banyak bak kata pepatah servis ini tumbuh bagaikan cendawan. Sehingga kita sendiri tak tahu nak memilih siapa untuk renovate rumah.

Mudah sahaja, pastikan mereka benar-benar bertauliah dan berpengalaman. Pendek kata, pilihlah kontraktor yang pandai buat kerja dari A – Z.

Ada kontraktor yang jenis upah orang luar untuk buat kabinet dan sebagainya. Oleh itu, cas mereka lebih tinggi kerana mereka juga makan komisen dari situ.

Itulah dia tips renovation rumah harus anda lakukan. Semuanya adalah untuk mendapatkan hasil kualiti terbaik dan rumah cantik tetapi murah. Jom baca juga cara jimat duit, masalah selepas bersara, tips simpanan persaraan dan perancangan persaraan.

Rujukan:

  1. Selepas 6 tahun baru renovate rumah https://lancareno.com/2017/12/kos-ubahsuai-dapur-rumah.html/
  2. Elak Masalah Renovate Rumah Untuk Newbie https://gilahartanah.com/elak-masalah-renovate-rumah-untuk-newbie/
  3. Tips Penting Ubah Suai Rumah Anda https://www.iproperty.com.my/lifestyle/4-tip-penting-ubah-suai-rumah-anda/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.