Rumah yang cantik dan menarik pastinya menjadi idaman semua orang tambah-tambah mereka yang sudah ada rumah sendiri. Kos untuk renovate rumah haruslah bersesuaian dengan tema atau konsep ubah suai yang ingin anda lakukan.

Terdapat banyak idea renovate rumah yang boleh kita lakukan untuk mendapatkan rumah idaman yang menarik. Kos pun tak tinggi sangat, tetapi ia akan buat rumah anda tampak lebih kemas, cantik dan eksklusif.

Idea Renovate Rumah [Bahagian Dapur]

Kita mulakan dengan renovate rumah bahagian dapur dahulu. Ini merupakan kesukaan para wanita khasnya isteri-isteri yang rajin memasak atau menjemput kawan datang rumah!

  • Pertama sekali, pastikan anda teliti keluasan dapur anda dan susunan kawasan dapur. Ada yang berbentuk L, G, U, Jalur tunggal ataupun jenis selari.
  • Apabila sudah kenal pasti bentuk dapur, anda boleh membuat keputusan bagi kesesuaian renovate rumah bahagian dapur anda.
  • Pilih mana-mana design atau gaya dapur yang anda inginkan dan berbincang dengan pihak kontraktor dari segi jenis barang yang akan digunakan.

1. Dapur Mini Bar Table

Sangat kemas dan menjimatkan dimana anda tidak perlu membeli meja makan lagi. Cuma tambahkan kerusi di bahagian bar table yang disediakan.

renovate rumah
Imej via [archify]

2. Dapur U Shape

Ia cukup simple dan mudah, nak masak pun semuanya teratur. Selepas renovate rumah siap dari segi table top, anda boleh fikirkan jenis tingkat atau lantai dapur pula.

renovate rumah
Imej via [interiordesign]

3. Dapur G Shape

Adakalanya dapur G shape ini kelihatan terlalu padat. Namun, ia sesuai untuk sesetengah rumah bergantung kepada ruangnya juga. Jika rumah sempit, akan berlaku masalah sekiranya mempunyai ruang dapur sebegini.

renovate rumah
Imej via [blog.dekorku]

4. Dapur Berbentuk Selari

Renovate rumah dengan mengutamakan dapur berbentuk selari ini membuatkan ia kelihatan sangat kemas dan teratur. Banyak rumah semi D atau bangalow mempunyai bentuk dapur seperti ini.

renovate rumah
Imej via [liputan6]

Idea Renovate Rumah [Bahagian Ruang Tamu, Pintu, Tingkap]

Renovate rumah bahagian ruang tamu adalah yang paling mudah dilakukan oleh kontraktor. Mereka cuma fokus kepada lantai, dinding dan ruangan sahaja. Disini anda juga perlu ketahui:

  • Warna yang sesuai untuk ruang tamu
  • Keluasan ruang tamu dan susun atur yang sesuai
  • Tempat plug atau wiring yang harus dilakukan
  • Pintu, tingkap dan sebagainya yang terlibat diruang tersebut

5. Renovate Pintu rumah

Tukarkan kepada pattern dan jenis pintu yang lebih baru berbanding pattern sebelumnya. Pastinya pintu tersebut adalah bahan berkualiti dan tak mudah berkarat.

renovate rumah
Imej via [ohbulan]

6. Jenis Pintu Pilihan Anda

Renovate rumah secara keseluruhan termasuklah pintu rumah sekali. Pilih mana-mana design pintu yang anda suka. Zaman sekarang, pintu sebegini menjadi pilihan ramai.

renovate rumah
Imej via [yusnor]

7. Tingkap Rumah

Paling kurang pun kita wajib tukar tingkap baru apabila renovate rumah. Barulah puas hati. Pilihlah tingkap sliding untuk lebih berkualiti dan selamat.

renovate rumah
Imej via [sentrarumah]

Idea Renovate Rumah [Bahagian Lantai Rumah]

Terdapat banyak jenis lantai yang boleh kita pilih untuk renovate rumah. Bak kata orang, renovate rumah biarlah berbaloi sebab ia akan digunakan sehinggalah beberapa tahun lamanya. Bahan berkualiti dan nampak cantik, siapa yang tak nak kan!

8. Jenis Lantai Bambu

renovate rumah
Imej via [99]

9. Jenis Lantai Gabus

renovate rumah
Imej via [99]

10. Jenis Lantai Kayu

renovate rumah
Imej via [99]

Sekiranya anda memilih lantai jenis kayu, ketahuilah bahawa sebenarnya banyak jenis pohon-pohon kayu berkualiti yang sesuai untuk dijadikan lantai rumah. Antaranya adalah kayu jati, merbau, oak dan sonokeling.

Selain itu, banyak lagi jenis lantai yang boleh anda pilih seperti lantai ubin kayu dan lantai batu. Antara lantai batu yang sering menjadi pilihan untuk renovate rumah adalah seperti berikut:

  • Lantai Batu Andesit
  • Batu Granit
  • Batu Marmar
  • Batu Travertine
  • Batu Limestone
  • Batu Tulung Agung

10 Idea Renovate Rumah Secara Keseluruhan

Idea renovate rumah bukan sahaja dari segi jenis lantai, warna cat dan sebagainya, tetapi juga dari susun atur atau kekemasan sesebuah rumah tersebut.

Bermula dari masuk pintu pagar sehinggalah penjuru bilik dan pintu belakang. Semuanya perlu diberi perhatian. Mungkin anda boleh dapatkan ilham renovate rumah daripada beberapa gambar dibawah.

  • Bahagian ruang dapur

Kenali jenis dan warna batu yang akan digunakna untuk hasilkan table top. Warna gelap atau cerah tiada masalah, boleh dipadankan dengan tema anda. Yang penting adalah ruang dan susun aturnya.

  • Bahagian pintu rumah

Trend terkini, ramai orang memilih untuk menggunakan pintu papan berwarna putih berbanding kelabu. Ia tampak lebih eksklusif, klasik dan vintage.

  • Bahagian laman rumah

Pasang simen di bahagian luar rumah untuk memudahkan anda parking kereta. Laman rumah juga akan lebih teratur dengan adanya proses renovate rumah bahagian luar ini.

  • Bahagian pagar rumah

Pintu pagar penting bagi keselamatan sesebuah rumah. Selain memilih pintu pagar yang lebih selamat digunakan, pintu pagar rumah juga haruslah bersesuaian dengan jenis rumah.

Mari kita lihat pula antara idea renovate rumah secara keseluruhan yang telah direalisasikan di luar sana. Kami sajikan anda dengan gambar sebelum dan selepas supaya anda dapat melihat sendiri kesan renovate rumah dan dapatkan idea renovate rumah anda.

renovate rumah
Imej via [pinterest]
renovate rumah
Imej via [pinterest]
renovate rumah
Imej via [pinterest]
renovate rumah
Imej via [viramon]
renovate rumah
Imej via [pakarubahsuai]
renovate rumah
Imej via [says]
renovate rumah
Imej via [babab]
renovate rumah
Imej via [safirainterior]
renovate rumah
Imej via [pesonainterior]
renovate rumah
Imej via [hias

Itulah dia 20 idea renovate rumah yang boleh anda lihat dan fikirkan. Mana tahu anda dapat ilham yang lebih cantik dan murah daripada kos sepatutnya. Kan lebih berbaloi!

Jom baca juga tips renovate rumah, tips simpanan 1 juta, cara jimat duit dan cara buat duit di shopee.

Rujukan:

  1. Makeover dapur dan tandas. http://sophiealyahya.blogspot.com/2019/03/makeover-dapur-dan-tandas-di-shah-alam.html
  2. Renovate Rumah https://www.pinterest.com/enasip/ubahsuai-rumah/
  3. Tip lantai rumah. https://www.99.co/blog/indonesia/tipe-lantai/
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.