Stress bila acik lipas asyik berkeliaran dalam kereta! Nak buat macam mana, kadang-kadang bau makanan dalam kereta pun punca lipas ada dalam kereta. Kalau tak makan pun, tak dinafikan ada juga lipas sesat masuk dalam kereta. Jangan terkejut!

Terdapat banyak tips dan petua halau lipas dalam kereta boleh kita ikuti. Menggunakan cara tradisional sangat efektif dalam menghalau lipas namum memerlukan bahan-bahannya yang tersendiri. Jangan risau, ia tidak susah dicari.

Jom lihat antara petua halau lipas dalam kereta berikut:

1. Spray Daun Serai Wangi

Daun serai wangi sangat sesuai untuk menghalau lipas dan serangga-serangga lain. Namun, cara yang lebih mudah adalah blender spray daun serai wangi dan spray sahaja air tersebut ke dalam kereta anda.

Ia merupakan petua halau lipas dalam kereta yang mudah dan berkesan untuk anda lakukan. Anda juga boleh membeli spray daun serai wangi yang dijual di pasaran.

2. Set Marjerin, Susu Pekat Dan Minyak Masak

halau lipas dalam kereta
Imej via [era]

Petua halau lipas dalam kereta seterusnya adalah dengan menggunakan marjerin, susu pekat dan juga minyak masak. Masukkan kesemua bahan ke dalam satu bekas. Simpan dalam kereta di bahagian tempat letak kaki. Keesokannya, lihat hasilnya apa yang berlaku.

3. Baking Soda

Baking soda merupakan toksin bagi lipas dan juga serangga lain yang akan memberi kesan. Anda boleh gunakan baking soda sebagai racun untuk lipas. Tidak rugi kerana baking soda atau bahan kek ini pasti sudah sedia ada di rumah anda bukan?

Mudah sahaja, taburkan sedikit baking soda ke atas karpet kusyen anda. Kemudian, biarkan selama beberapa hari, barulah vacuum dan bersihkannya.

4. Daun Pandan

Untuk halau lipas dalam kereta, gunakan daun pandan adalah petua terbaik dan berkesan. Anda boleh cuci dan kemudian potong daun pandan kecil-kecil dan letakkan dalam satu bekas atau kain jaring.

Dengan cara ini, lipas akan pergi jauh kerana ia amat benci bau daun pandan. Pastikan daun pandan tersebut tidak basah kerana kemungkinan ia akan reput dan menarik perhatian serangga lain pula.

halau lipas dalam kereta
Imej via [khimaralya]

5. Daun Serai Wangi

Potong daun serai wangi seperti cara daun pandan tadi, dan letakkan dalam kereta anda pada sudut bawah kusyen. Ia merupakan petua mudah untuk halau lipas dalam kereta.

Daun serai wangi boleh didapatkan di kedai runcit atau pasar. Ia sama seperti daun serai. Potong serai dan letakkan dalam kereta juga berkesan untuk halau lipas dalam kereta.

6. Listerin Bau Daun Pudina

Lipas akan lari dengan adanya listerin bau daun pudina dalam kereta anda. Bau pudina ini sangat kuat, justeru ia akan memberikan kesan kepada lipas yang berada di dalam kereta. Sembur sahaja di semua bahagian termasuklah bahagian yang tersembunyi.

7. Letak Ubat Gegat

Letakkan ubat gegat di setiap penjuru dalam kereta merupakan salah satu petua halau lipas dengan berkesan. Anda boleh letak di bahagian bonet, bawah seat dan juga dalam laci kereta.

Ubat gegat yang kecil dan berbentu bulat sesuai digunakan untuk mencegah lipas daripada berleluasa dalam kereta.

halau lipas dalam kereta
Imej via [shopee]

8. Daun Durian Belanda

Selain serai wangi dan daun pandan, daun durian belanda juga merupakan penyelesaian masalah anda untuk halau lipas dalam kereta.

Letakkan daun durian belanda yang kering di dalam kereta dan biarkan beberapa hari. Jika anda minum teh durian belanda, letakkan uncang teh tersebut ke dalam kereta.

9. Botol Minuman Dan Campuran Baking Soda

Caranya adalah dengan menyediakan botol minuman, campurkan sedikit sisa makanan dan baking soda ke dalam botol tersebut. Kemudian, letak botol secara menegak di dalam kereta di ruang tepi seat kereta khas utuk botol air.

Anda akan dapati bahawa lipas akan terperangkap dalam botol tersebut pada esok hari. Tak percaya, cuba buat dulu. Yang penting, kedudukan botol dalam kereta haruslah tegak dan dibuka penutupnya.

10. Letakkan Glue Trap

Glue trap juga boleh digunakan dalam tempoh menghalau lipas dalam kereta. Cari glue trap yang semulajadi atau mempunyai label anti-toksik untuk lebih berkesan.

Kemudian biar sahaja semalaman, pasti akan ada lipas yang terkena perangkap! Mudah saja, kosnya juga tidaklah mahal. Cuba beli 2 keping dahulu dan cuba.

halau lipas dalam kereta
]Imej via [shopee]

11. Minyak Arometerapi

Tahukah anda, lipas juga akan lari apabila terbau minyak aromaterapi? Ya, wangian aromaterapi seperti peppermint, lemongrass dan tea tree oil pasti sangat berkesan. Spray sedikit ke kusyen dan bahagian bawah seat kereta anda.

Lipas akan terasa seperti racun dan amat benci akan bauan tersebut. Jika dilakukan hari-hari, pastinya lipas takkan ada lagi dalam kereta anda.

12. Vacuum Kereta

Cara mudah untuk halau lipas dalam kereta juga adalah dengan kerap kali vacuum kereta anda. Dengan begitu, lipas takkan selalu ada dalam kereta kerana ia tidak selamat.

Anda juga boleh elakkan daripada meletakkan sisa makanan atau bungkusan makanan dimana-mana dalam kereta. Simpan dalam beg plastik dahulu dan kemudian buang dalam tong sampah di luar kereta.

13. Letakkan Kepingan Kulit Lemon

Cara lain juga adalah anda boleh meletakkan kepingan kulit lemon pada bahagian saluran penghawa dingin atau aircond kereta anda. Dengan cara ini, ia berfungsi menghalau lipas dalam kereta. Kepingan lemon juga boleh dibiarkan sehingga beberapa hari dan kemudian tukar kepada yang baru.

Itulah dia petua halau lipas dalam kereta ramai tak tahu. Jom buat, mana tahu ianya berhasil! Jemput baca juga idea renovate bilik tidur, renovate rumah kos rendah, renovate bilik air dan renovate rumah.

Rujukan:

  1. Petua halau lipas dalam kereta berkesan https://siraplimau.com/9-petua-menghalau-lipas-dalam-kereta/
  2. Petua mudah untuk halau lipas https://sinar.my/viral/inspirasi/9-petua-mudah-untuk-halau-lipas-yang-membiak-dalam
  3. Petua halau lipas yang bersarang dalam kereta. https://www.sinarharian.com.my/article/34528/LIFESTYLE/Femina/Petua-halau-lipas-yang-bersarang-dalam-kenderaan
Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.