Sedikit-sedikit lama-lama jadi bukit, itulah konsep simpanan yang mudah boleh kita ikuti. Namun, menyimpan wang sedikit demi sedikit tanpa berjimat cermat akan mengambil masa yang cukup lama. Takkanlah nak himpun RM 10,000 dalam masa 5 tahun? 

Tahukah anda, terdapat cara mudah untuk simpan duit sehingga RM 10,000 hanya dalam masa 1 tahun? Ia memerlukan kita berjimat cermat dengan pelbagai cara.  Sedar atau tidak, kita masih belum lagi berjimat cermat sepenuhnya. Jom lihat antara 25 idea cara jimat duit yang boleh dilakukan.

cara jimat duit
Imej via [ahmadfaizal]

1. Bekal Makanan

Bekal makanan adalah cara yang paling menjimatkan kita dalam kehidupan seharian. Bayangkan sehari kita berbelanja sebanyak RM 20 untuk makan pagi dan petang. 

Kini kita mungkin guna sebanyak RM 5 sahaja untuk beli dessert atau buah-buahan kerana kita sudah bawa bekal makanan berat.  Jika sarapan di pejabat, mungkin kita akan gunakan sehari sebanyak RM 7 sahaja. Nak lebih bijak, sarapanlah di rumah!

 2. Tisu 

Sebagai seorang wanita atau lelaki yang sibuk bekerja, tisu merupakan perkara penting untuk kebersihan diri.  Cara jimat duit yang senang adalah berhenti membeli tisu tetapi gunakanlah sapu tangan sebagai pengganti tisu. Jika kotor, boleh dibasuh dan dipakai semula.

 3. Naik LRT Atau Kenderaan Awam

Menaiki kereta memerlukan minyak kereta yang banyak! Kadang-kadang sesuku jumlah gaji sahaja habis digunakan untuk minyak kereta dan bayaran tol untuk ke tempat kerja. Menaiki LRT yang tambangnya bernilai RM 3 sahaja merupakan cara jimat duit yang terbaik.

 4. Beli Barang Murah

Mulai hari ini, jangan ke IKEA lagi tetapi pergi kedai eco RM 2, tukarkan barang keperluan rumah anda dengan barang kedai eco. Siapa kata kedai eco tak best? Barangnya berkualiti, murah pula tu. 

Keperluan seperti shampoo, sabun basuh tangan, aksesori, pinggang mangkuk dan lain-lain barang semua boleh dapatkan di kedai RM 2. Silap-silap anda cuma berbelanja RM 60 sahaja untuk barang rumah dalam sebulan.

5.  Basuh Baju Seminggu Sekali

Basuh baju seminggu sekali juga merupakan cara jimat duit yang ramai tak tahu. Bil elektrik yang tinggi akan memakan kos yang agak tinggi untuk anda selesaikan pada hujung bulan. Selain itu, tenaga elektrik akan lebih tinggi jika mesin basuh digunakan dalam keadaan baju yang sedikit, tenaganya akan meningkat lebih tinggi berbanding jika anda membasuh baju yang banyak. Langkah mudah, kumpulkan semua baju dan basuh sekaligus.

cara jimat duit
Imej via [maszull]

 6. Letak Barang Banyak Dalam Peti Ais

Sama seperti mesin basuh baju, peti ais akan menyebabkan tenaga elektrik meningkat jika tidak digunakan sepenuhnya. Penuhkan barang dalam bahagian atas, tengah dan bawah dengan air minuman, barang makanan beku, basah dan kering.

 7. Diet Seimbang

Diet seimbang dengan tidak makan makanan berminyak, makanan ringan yang bahaya serta minuman manis juga merupakan cara jimat duit yang kita tak sedar. 

Dengan tidak membeli goreng pisang RM 3, minuman manis RM 4 serta makanan ringan seperti keropok atau gula-gula juga akan membuatkan kita berjimat cermat dengan mudah. Duit tersebut bolehlah di simpan!

 8. Bawa Beg Barang

Apabila kita ke pasaraya atau shopping mall untuk membeli barang, jangan lupa bawa beg plastik atau beg khas untuk menyimpan barang. Dengan cara ini, tak perlulah dicas 20 sen lagi untuk beg plastik yang diberi. Jimat bukan?

 9. Gunakan Aplikasi Percuma

Apa kata anda berhenti call atau mesej menggunakan kredit anda? Sama ada anda menggunakan postpaid atau prepaid, jangan sesekali membazir.

Gunakanlah aplikasi percuma seperti whatsapp call, whatsapp video dan lain-lain lagi untuk berhubung. Ia merupakan cara jimat duit kerana tak perlulah anda topup lagi.

 10. Jangan Menonton TV Secara Kerap

Ya, tontonlah tv untuk rancangan penting sahaja seperti berita. Sekiranya kita dapat mengelakkan diri menonton tv, pastinya kita dapat menjimatkan wang kerana tak perlu bayar bil yang mencanak tinggi dan tak perlu bayar channel tv tambahan yang kita langgan.

cara jimat duit
Imej via [maskulin]

11. Kreatif Dan Buat DIY

Mulai sekarang, apa sahaja yang diperlukan di rumah anda, buatlah secara konsep diy. Bermaksud, cara jimat duit ini tak perlukan anda membeli barang baru sebaliknya menghasilkan sesuatu dari barang-barang terpakai.

 12. Daftar Program Loyalty

Ramai yang tak sedar bahawa adanya program loyalty seperti Bonuslink, Petronas, AEON card, Tesco card dan Watson card ini sebenarnya boleh memberi penjimatan yang banyak kepada anda.

Selain menerima potongan harga, anda juga akan menerima point yang boleh digunakan untuk beli barang atau tebus harga barang.

13.  Bersenam Di Rumah

Bersenam di rumah adalah cara jimat duit yang ramai tak nampak. Daripada menghabiskan wang setiap hari pergi ke gym, anda sebenarnya boleh bersenam di rumah secara percuma. Wang tersebut boleh disimpan sedikit sehinggalah banyak jumlahnya.

 14. Bayar Hutang Segera

Setiap bulan, pastinya kita akan terima jumlah bayaran bulanan yang harus dijelaskan. Jangan biar sehingga interest naik dengan banyak. Seeloknya terus bayar hutang dan komitmen dengan segera. Dengan cara jimat duit ini, anda tak perlu keluarkan lebih banyak wang untuk bayar jumlah interest.

 15. Tutup Enjin Dan Aircond Kereta

Sekiranya kita berhentikan kereta agak lama, tutup terus enjin kereta tersebut supaya ia tidak memakan kos minyak yang besar. Begitu juga dengan aircond, sekiranya cuaca tidak panas, elakkan daripada menggunakan aircond.

 16. Masak Jumlah Yang Sedikit

Sekiranya kita jenis duduk sendiri, jangan masak banyak-banyak. Cukuplah anda anggarkan berapa banyak yang anda makan pada hari tersebut.

Untuk sarapan, tengahari dan malam, jika perlu 1.5 cawan beras, masak banyak itu sahaja. Barang masakan akan jadi lebih jimat jika anda tahu untuk anggarkan, sekaligus tidak berlaku pembaziran.

cara jimat duit
Imej via [hipwee]

 17. Jangan Buang Barang Terpakai

Ada cara untuk mendatangkan duit jika anda masih menyimpan barang terpakai. Mudah sahaja, iklankan barang tersebut di mudah.my atau carousell.my. Pasti ada orang yang berminat membelinya.

 18. Berhenti Merokok

Cara jimat duit ini mungkin agak sukar dilakukan. Namun, tak salah mencuba! Dengan berhenti merokok, anda akan dapat jimat wang yang banyak setiap tahun. Sekurang-kurangnya anda akan memperoleh RM 1,000 setahun daripada wang simpanan untuk beli rokok sahaja.

 19. Bayar Bil Secara Online

Mulai saat ini, haramkan kaki anda untuk keluar membayar bil. Bayar secara online sahaja. Secara tak sedar, anda sudah jimat masa, tenaga dan juga minyak kereta. Cara jimat wang ini sangat berkesan!

 20. Rendahkan Kredit Limit

Sekiranya anda seorang pengguna kad kredit, wajarlah untuk anda rendahkan kredit limit anda. Jika sebulan kredit limit RM 3,500, jadikanlah ia RM 2,500. Walaupun jarang gunakan, tapi cara ini membolehkan anda jimat banyak jika terpaksa gunakannya.

 21. Beli Pakaian Jika Ada Offer 

Walaupun nak berjimat cermat, pakaian masih perlu dibeli kerana ia keperluan. Cuma, ubah cara anda untuk membeli pakaian ketika ada jualan murah atau beli sahaja di platform yang menjimatkan seperti shopee dan lazada.

cara jimat duit
Imej via [provokantor]

 22. Tidak Menggunakan Kertas 

Bekerja di rumah memerlukan peralatan tulis dan kertas atau buku untuk catatan. Cara jimat duit yang mudah adalah hadkan pembelian alat tulis dan buku kerana anda boleh gunakan laptop untuk membuat catatan.

 23. Perkhidmatan Yang Lebih Murah

Jika anda inginkan perkhidmatan terbaik untuk keluarga seperti pengasuh terbaik untuk anak, tiada masalah. Tetapi pilihlah perkhidmatan yang lebih murah. Anda tak perlu keluarkan wang lebih lagi, malah wang lebihan boleh disimpan.

 24. Tanam Sayur Sendiri

Satu ikat sayur harganya RM 3, kalau masak di rumah untuk satu keluarga, dah guna 1 ikat. Apa kata tanam sayur sendiri sahaja? Kan lebih mudah dan jimat. Kos modal hanya 1 kali sahaja, tapi hasilnya berkali-kali.

 25. Cara Rumah Yang Lebih Murah

Jika menyewa dengan harga RM 300 untuk sebilik, carilah bilik yang lebih murah harganya seperti RM 250. RM 50 sudah boleh anda jimat! Walaupun zaman sekarang tak banyak yang murah, tapi kalau jumpa yang lebih murah, kan lebih jimat?

Dengan semua penjimatan yang dilakukan secara bersungguh-sungguh di dalam rumah dan luar rumah, tidak mustahil untuk anda simpan RM 10,000 setahun.

Tak percaya, jom jimat! Baca juga strategi simpan duit, tips simpanan 1 juta, tips simpanan persaraan dan pelaburan unit trust.

Rujukan:

  1. Cara Mudah Suami Isteri Berjimat Cermat https://my.theasianparent.com/cara-berjimat-cermat
  2. 74 Tips Bantu Anda Jimat Setiap Hari https://www.thevocket.com/74-tips-dan-cara-ini-boleh-bantu-anda-jimat-duit-setiap-hari/
  3. Cara Jimat Duit Belanja Bulanan http://www.nowhartanah.com/2019/03/10-cara-jimat-duit-belanja-bulanan.html

Penulis: rinazul

rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.