Dari setahun ke setahun, hajat hendak beli rumah hanya tinggal angan-angan disebabkan harga rumah yang semakin meningkat naik.
Bila keadaan ini berlaku, ramai jugalah yang lontarkan rasa kemarahan dan sikap menunding jari tanpa nampak salah sendiri.
Rugi sangat jika anda tergolong dalam kategori di atas. Tak kan sampai tua nak hidup dengan menuding jari sampai ke sudah rumah pun tak terbeli-beli.
Bukalah sikit pandangan dan fikiran tu luas-luas. Kalau travel tahu pulak nak luaskan pemandangan. Kalau bab harga hartanah makin naik, tak nak pula korang luaskan pemandangn korang tu.
Lihat sesuatu yang di luar kotak pemikiran korang tu. Kalau korang sibuk pandang harga rumah yang mahal mestilah korang tak nampak rumah kos rendah yang harga mampu milik sesuai dengan kemampuan korang sendiri.
Tak perlu modal besar-besar pun boleh beli rumah bro. Tak ada yang mustahil pun.
Nak tahu caranya macam mana? Jom hadam sama-sama rahsia beli rumah dengan hanya modal rendah perkongsian daripada Tuan Harith Faisal ni.
Dengan membeli rumah bawah harga pasaran, kita boleh pujuk tuan rumah lama supaya benarkan kita buat pinjaman berdasarkan harga pasaran semasa.
Kita boleh dapatkan lebihan tunai dengan cara ini. Bila nak dah disburse duit tu, ia akan jadi hak millik korang.
Gunakan lebihan tunai pembiayaan tini untuk tampung kos ubah suai dan baiki rumah. Duit deposit boleh dapat balik.
Silap-silap, akan ada lebihan lagi.
Biasanya, kita perlu bayar 3.18% sebagai deposit untuk lock rumah tu. Dan bayar selebihnya (6.82%) masa tandatangan Perjanjian Jual Beli (S&P).
Tapi, ini boleh berubah kalau kita pandai berunding dengan tuan rumah. Yang paling penting, sentiasa jaga perlakuan dan cakap elok-elok. Dan nyatakan hasrat korang direct kat owner rumah tu.
Bukan tak pernah jadi. Ada saja orang kat luar sana yang bayar 3.18% saja sebagai duit pendahuluan. Takkan korang tak nak merasa bayar duit muka rendah macam ni kan?
Kalau beli secara terus dengan tuan rumah, lebih senang kita nak beruding dan beli rumah dengan duit modal yang minima. Bertambah molek kalau tak payah bayar duit pendahuluan langsung.
Tapi kalau tak ada ilmu dan tak ada pengalaman beli hartanah, sebaiknya cari rumah yang diuruskan ejen.
Ejen hartanah akan bantu mudahkan urusan jual beli korang. Jangan risau. Bayaran komisyen ejen hartanah tu ditanggung 100% oleh penjual tu. Saya lagi suka beli rumah dengan ejen.
Keluarga dan kenalan biasanya tak berkira sangat. Sebab masing-masing dah kenal lama. Takkan sanggup nak tipu pula kan?
In Shaa Allah dengan cara ini, senang kita nak runding harga jualan dan duit pendahuluan.
Kalau dua belah pihak dah bersetuju untuk teruskan jual beli, elakkan daripada mungkir janji. Tak sedap pula bila bermasam muka nanti.
Untuk membeli rumah Sub-Sale, kita perlukan modal at least 15% daripada harga rumah sebagai modal.
Bermakna, kita kena sediakan 10% untuk duit pendahuluan, dan 5% untuk lain-lain kos seperti fi guaman, fi penilaian, atau sebagainya.
Secara matematiknya, semakin rendah harga rumah, semakin kurang modal yang kita perlukan.
Cari rumah baru yang ada tawaran diskaun dan rebat menarik daripada pihak pemaju.
Contohnya, cari iklan macam ni:
Boleh juga cari tawaran bayaran pendahuluan secara ansuran sehingga 36 bulan tanpa faedah, dan diskaun bumiputera sebanyak 7%. Memang boleh sangat nak beli rumah dengan modal yang minima.
Tapi!!! Tak semestinya rumah undercon yang rendah modal permulaan adalah hartanah yang bagus untuk dibeli.
Hati-hati.