Anda yang tengah cari calon isteri jangan sekadar cari yang dahi licin saja. Memang agama yang pertama. Tapi anda kena cari yang pandai uruskan kewangan juga.

Kalau calon isteri anda ada 7 perkara ini, laju-laju anda masuk meminang dia, terus ajak kahwin. Rugi kalau dibiarkan lama-lama. Nanti lama-lama dia disambar orang.

Antara 7 Perkara Pada Perempuan Yang Patut Anda Cari

Pengurusan Kewangan

Imej via Informationng

1. Minat Menyimpan Wang

Dia jenis yang minat menyimpan wang. Tidak suka membazir kepada perkara yang bukan-bukan. Anda mahu belikan hadiah ke dia terus keluar ayat dia, “Tak payahlah lah Biey, rugi ja”, “Tak payahlah lah Sayang, simpan saja lah duit tu”. Bukan yang tiap kali dating, asyik habiskan duit anda saja suruh beli patung beruang besar.

2. Tak Apa Jika Anda Ajak Makan di Kedai Biasa-biasa

Kalau anda ajak dia makan kedai biasa atau warung, dia tidak kisah pun. Asalkan halal dan bersih dan makanan sedap. Tidak macam makwe lain, pakai tudung lilit, tidak kelas makan kedai murah. Paling kurang pun KFC. Kalau makan kedai makan murah-murah terus muncung mulut, sampai boleh sangkut penyakut baju.

3. Naik Kereta Secondhand Anda Pun Dia Tak Segan

Dia jenis tak kisah pun kau pakai kereta apa. Tak malu dengan keluarga dan kawan-kawannya. Bukannya setiap hari suruh kau tukar Honda City je, nak nampak kelas sikit.

4. Tak Minta Hadiah Mahal

Setiap kali hari jadi dia tidak minta barang yang mahal-mahal. Contohnya macam beg tangan LV, jam tangan Rolex, iPhone, make up mahal-mahal. Setiap kali dating tak minta bunga ros bagai. Nak nampak sweet kononnya.

5. Nak Buat Kenduri Kahwin Biasa-biasa Saja

Dia jenis teringin buat kenduri kahwin setakat yang mampu. Tidak ada buat “Wedding Of The Year” bagai sampai buat pinjaman peribadi. Hantaran pun tak letak tinggi. Ijazah untuk minta kerja, bukan untuk minta hantaran RM 30K.

6. Tak Minta Bercuti Sana Sini Sebelum Kahwin

Dia bukan jenis yang mengajak pergi bercuti sana sini sebelum kahwin. Mahu cipta sweet moment kononnya. Biarlah cipta kenangan terindah selepas kahwin. Ini tak, setiap tahun ajak travel. Sampai anda terpaksa meminjam sana sini.

7. Gaji Anda Sedikit

Dia tak kisah pun kalau gaji anda rendah daripada dia. Tidak ada nak berlagak. Dia terima anda seadanya. Yang penting anda jenis bertanggungjawab. Anda jenis caring dan pandai jaga hati dia, dia akan okay saja anda kerja apa pun.

***

Manusia tidak sempurna. Kalau anda tengah bercinta dan pasangan anda tidak ada ciri-ciri di atas, janganlah anda tinggalkan dia pula. Anda bimbing dan ajar dia supaya lebih bijak menguruskan kewangan. Lengkapkan kekurangan, barulah kehidupan akan lebih bahagia.

Sama-sama belajar ke arah kebaikan. Sekarang ini duit bukan segala galanya. Tapi segalanya perlu duit. Kalau anda suka membazir benda bukan-bukan saja, mungkin kedudukan kewangan masa depan anda akan terjejas.

Kongsikan kepada pasangan anda yang power menguruskan kewangan.

 

Copy

Penulis: Amir Syahir

Rajin berkongsi ilmu hartanah, pengurusan kewangan, tips ASBF dan ilmu yang bermanfaat. Ikuti lagi tips-tips menarik tentang ASBF terutamanya di Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.