Pergerakan harga saham selalunya berdasarkan fundamental syarikat pada jangkamasa panjang. Tidak dinafikan pergerakannya pada jangkamasa pendek dan sederhana adalah berdasarkan beberapa perkara lain selain daripada fundamental syarikat.

Disebabkan pelabur-pelabur adalah mereka yang mengutip keuntungan dalam jangkamasa pendek, ia amat penting untuk mereka memahami dan mengetahui satu perkara penting. Apakah perkara-perkara yang mempengaruhi pergerakan harga saham selain daripada fundamental syarikat.

pergerakan harga saham

Imej via Pexels

Terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pergerakan harga saham antaranya profit yang meningkat dan pembayaran dividen yang meningkat.

Faktor Yang Mempengaruhi Pergerakan Harga Saham

Earning/Profit Yang Meningkat

Tujuan sebuah syarikat ditubuhkan ialah untuk menghasilkan pendapatan kepada pemiliknya atau shareholder. Kebolehan untuk menghasilkan pendapatan kepada shareholder pula paling mudah dilihat dengan melihat kepada kebolehan syarikat bagi menghasil earning/profit.

Dengan melihat kepada kebolehan syarikat menghasilkan dan mengembangkan profit, pasaran akan melihat syarikat tersebut sebagai syarikat yang hebat dan berjaya. Ini seterusnya membawa keyakinan kepada market terhadap syarikat, diikuti dengan peningkatan minat dan seterusnya diterjemahkan kepada peningkatan harga saham.

Peningkatan Pembayaran Dividen

Dividen adalah pendapatan yang dihasilkan oleh syarikat untuk shareholder. Namun, dividen akan dibayar kepada shareholder sekiranya terdapat lebihan keuntungan yang tidak diguna. Ini  dikenali sebagai retained profit, serta terdapat tunai yang mencukupi untuk membayar dividen.

Oleh itu, peningkatan pembayaran dividen memberi petanda kepada pasaran bahawa syarikat semakin lama semakin kaya. Ini membawa kepada peningkatan minat pasaran dan sudah tentu akan menolak harga saham semakin ke atas.

Satu lagi perkara yang anda harus ketahui ialah pasaran suka jika sekiranya sesebuah syarikat itu berjaya mengatasi jangkaan pasaran. Maka, jika sebuah syarikat membayar dividen lebih daripada yang dijangka.

Ini juga akan menyebabkan harga saham meningkat. Malah ada sesetengah keadaan, harga saham melompat.Kebiasaannya harga saham akan meningkat apabila syarikat mengumum dividen – dividen khas yang di luar jangkaan.

Share Buyback

Share buyback ialah sejenis corporate exercise yang mana syarikat membeli kembali saham-sahamnya sendiri yang terapung di dalam pasaran.

Apabila syarikat melaksana share buyback, saham-saham yang terapung akan berkurangan dan ini seterusnya menyebabkan nilai pegangan seunit saham setiap shareholder akan turut meningkat. Dalam erti kata lain, setiap shareholder akan mendapat bahagian yang semakin besar.

Disebabkan bahagian yang lebih besar ini jugalah, apabila syarikat membayar dividen, setiap shareholder akan mendapat jumlah dividen yang lebih besar berbanding sebelum share buyback.

Pasaran saham sukakan syarikat yang membuat share buyback atas sebab di atas. Oleh itu, sudah tentu share buyback juga antara perkara yang mampu meningkatkan harga saham.

Stock Split

Stock split ialah corporate exercise yang mana syarikat menambah lagi bilangan saham dengan setiap seunit saham yang ada di dalam pasaran. Ini ditambah lagi unit saham baru mengikut nisbah yang ditetapkan. Seolah-olah anda membelah setiap unit saham menjadi lebih banyak, maka istilah split digunapakai.

Tujuan stock split ialah bagi merendahkan harga saham supaya ia lebih cair. Kerana apabila jumlah saham dalam pasaran saham menjadi semakin banyak, harga seunit saham akan semakin rendah.

Stock split dilaksanakan apabila harga saham meningkat terlalu tinggi dan ia bertujuan supaya harga saham menjadi lebih mampu milik. Oleh itu, bolehlah disimpulkan, stock split kebiasaannya dilakukan oleh syarikat yang mempunyai prestasi yang baik.

Harga saham kebiasaannya naik selepas stock split kerana market kembali mendapati harga saham menjadi mampu milik dan seterusnya mengambil peluang untuk mengumpulnya.

Share Consolidation

Share consolidation – corporate exercise yang mana syarikat mengurangkan lagi bilangan saham dengan setiap seunit saham yang ada di dalam market. Dikurangkan lagi mengikut nisbah yang ditetapkan. Ia seperti anda gabungkan unit-unit saham menjadi lebih sedikit.

Tujuan share consolidation ialah untuk menaikkan harga saham supaya ia lebih pekat. Apabila jumlah saham dalam market menjadi semakin sedikit, harga seunit saham akan semakin tinggi.

Share consolidation dilaksanakan apabila harga saham menjadi terlalu rendah dan ia bertujuan supaya harga saham lebih menarik utk dimiliki kerana harga saham yang terlalu rendah berisiko mudah utk dimanipulasi dan diambil kesempatan. Oleh itu, share consolidation kebiasaannya dilakukan oleh syarikat  yang tidak mempunyai prestasi yang baik sehingga harga sahamnya jatuh teruk.

Walaupun harga saham naik selepas share consolidation, kebiasaannya ia akan turun kembali kerana market tidak minat pada syarikat yang tidak perform.

Pergerakan Pelabur-Pelabur Institusi

Apabila pelabur institusi bergerak, mereka mampu menaikkan atau menurunkan harga saham sesuatu syarikat. Ini kerana mereka mempunyai jumlah dana yang sangat besar berbanding trader runcit.

Setiap pergerakan mereka akan melibatkan transaksi yang melibatkan beratus ribu ringgit. Jumlah ini terlalu besar untuk ditandingi oleh trader runcit. Perkara ini menyebabkan mereka mampu mengawal harga saham sama ada menaik atau menurun.

Sebab utama kenapa stock market kita bersifat defensive juga adalah kerana penglibatan aktif pelabur institusi dalam stock market. Tanpa mereka, harga saham akan menjadi lebih volatile berbanding sekarang.

Laporan Kewangan Suku Tahun

Bagi setiap suku tahun fiskal syarikat, setiap syarikat wajib mendedahkan prestasi kewangan mereka dengan mengedarkan laporan kewangan suku tahunan. Laporan ini secara umumnya memberi maklumat kepada pelabur tentang prestasi semasa syarikat. Jika prestasi semasa syarikat adalah baik, harga saham akan meningkat.

Malah, ada ketikanya, jika market sudahpun menjangkakan sesebuah syarikat itu mempunyai prestasi yang baik, harga saham akan naik. Walaupun ketika laporan kewangan suku tahunan ini belum lagi keluar. Keadaan ini boleh terjadi terutamanya apabila sebuah syarikat itu mendapat perhatian penganalisis dan broker saham yang kemudiannya meletakkan jangkaan tertentu kepada syarikat tersebut.

Bukan itu sahaja, jika terbukti kemudiannya bahawa syarikat berjaya pula mengatasi jangkaan ini, harga saham malah akan melonjak jauh lebih tinggi .

Berita dan Khabar Angin

Apa yang membezakan berita dan khabar angin? Yang pastinya adalah kredibiliti.

Sesuatu khabar angin itu tidak mempunyai kredibiliti kerana sumbernya tidak dapat disahkan. Oleh itu, khabar angin boleh menjadi sesuatu yang benar atau boleh juga menjadi sesuatu yang tidak benar. Ia juga bergantung kepada tanggapan seseorang terhadap sumbernya. Kelebihan khabar angin ialah ia sumber yang paling awal boleh kita ketahui ttg sesuatu syarikat.

Market bertindak sangat reaktif terhadap khabar angin. Jika khabar angin itu baik, market akan bertindak menolak harga saham ke atas. Jika khabar angin itu terbukti benar, harga saham akan semakin laju naik ke atas. Namun, jika khabar angin itu kemudian terbukti tidak benar, harga saham akan kembali jatuh, malah ia boleh jatuh dengan banyak.

Begitu juga sebaliknya jika khabar angin itu buruk, market akan bertindak menolak harga saham ke bawah. Jika khabar angin itu terbukti benar, harga saham akan berterusan jatuh. Namun, jika khabar angin itu terbukti tidak benar, harga saham akan kembali naik semula.

Masalah yang dihadapi oleh trader tentang khabar angin ialah sumbernya sukar untuk diperolehi. Dan jika sumbernya ada, masalah pula nak percaya atau tidak.

Manakala, berita pula mempunyai kredibiliti kerana sumbernya telah pun ditentusahkan sebelum ia dikongsi kepada orang ramai. Oleh itu, kebiasaannya berita boleh dipercayai.

Walau bagaimana pun, kelemahan berita ialah apabila berita tersebut telahpun sampai ke telinga orang ramai, kebiasaannya anda sudah terlambat kerana harga saham sudah pun naik terlebih dahulu akibat khabar angin. Oleh itu, walaupun berita mempunyai kredibiliti, trader juga tidak boleh terlalu bergantung kepada berita.

Bagi trader, berita sebenarnya lebih berguna untuk menerangkan tentang keadaan semasa pasaran. Ini kerana keadaan semasa market yang baik, turut akan membantu harga saham melonjak dan sebaliknya keadaan semasa pasaran yang buruk, turut akan memangkinkan harga saham merudum.

Daripada berita sedunia yang diperolehi setiap hari, setiap trader akan menganalisa keadaan semasa pasaran. Jika keadaan semasa pasaran tidak begitu baik, trader2 akan mengambil sikap tunggu dan lihat. Jika keadaan semasa pasaran baik, trader akan lebih bersikap proaktif.

Kesimpulan

Sebenarnya banyak lagi faktor yang menyebabkan pergerakan harga saham. Seperti artikel-artikel sebelum ini, adalah penting untuk pelabur belajar dan mengkaji tentang harga saham ini. Tanpa ilmu pasti akan menyukarkan anda.

Rujukan

Empayar Saham

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.