Berminat untuk menceburi pasaran saham?

Saham biasanya merujuk kepada perkongsian hak milik dalam syarikat. Pemilik dan penyokong pembiaya sesuatu syarikat mungkin membuat keputusan untuk menjual syarikat untuk mendapat wang. Bagaimanapun ini biasanya mengakibatkan kehilangan kawalan ke atas syarikat tersebut.

Selain daripada menjual saham, mereka boleh menjual syarikat, atau sebahagian daripadanya, kepada ramai separuh pemilik. Pembelian satu saham membolehkan pemilik saham untuk berkongsi hak milik dalam syarikat tersebut, termasuk hak untuk sebahagian harta syarikat, sebahagian daripada kuasa membuat keputusan, dan peluang untuk sebahagian daripada keuntungan, yang syarikat mungkin berikan sebagai dividen. Bagaimanapun, pemilik asal syarikat sering masih mengekalkan kawalan ke atas syarikat, dan boleh menggunakan wang hasil penjualan saham untuk membangunkan syarikat.

pasaran saham

Sumber: Pixabay

Adalah perkara biasa, apabila terdapat beribu-ribu pemegang saham, ia tidak pratikal untuk semua mereka membuat keputusan dalam urusan harian syarikat. Oleh itu, pemegang saham akan menggunakan saham mereka sebagai undi dalam perlantikan ahli lembaga Pengarah sesebuah syarikat.

Saham biasanya diperdagangkan di bursa saham, di mana orang dan organisasi boleh menjual dan membeli saham pelbagai jenis syarikat. Sesuatu syarikat biasanya hanya berdagang saham miliknya dalam satu pasaran, dan dikatakan disenaraikan di pasaran saham tersebut.

Apa itu Pasaran Saham?

Pasaran saham pula ialah tempat orang jual beli saham syarikat-syarikat berhad yang diapungkan. Secara tepatnya disebut sebagai stock exchange, security exchange atau pun bourse.

Di Malaysia,  dikenali sebagai Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL). Dan zaman telah berubah. Bukan saham sahaja yang dijual beli di sini, ada lagi pelbagai sekuriti yang dijual beli. Dan sekarang dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Ada pelbagai sekuriti selain saham yang didagangkan di sini.

Stocks (Saham)

Ini adalah pelaburan yang paling popular di Bursa Malaysia. Kita dapat menjadi pemilik syarikat dalam pelbagai jenis syarikat yang tersenarai.

Futures & Options (Pasaran hadapan dan opsyen)

Derivatif. Ada dari jenis komoditi, kewangan dan ekuiti.

Antaranya ialah pasaran hadapan komoditi melibatkan kelapa sawit (FCPO), emas (FGLD) dan yang terkini bijih timah (FTIN). Untuk pasaran hadapan kewangan adalah seperti 3 Month Kuala Lumpur Interbank Offered Rate (KLIBOR) Futures (FKB3). Manakala pasaran hadapan ekuiti melibatkan KLCI futures (FKLI) dan single stock futures (SSF).

Untuk mula berurusniaga dalam pasaran hadapan, satu akaun yang berbeza perlu dibuka menerusi mana-mana syarikat broker pasaran hadapan yang sah dan berlesen. Tidak boleh guna akaun yang sama dengan akaun pembelian saham.

Warrants

Mungkin ramai kurang faham tentang warrant. Warrant adalah hak untuk membeli saham syarikat pada harga yang spesifik pada waktu yang spesifik.

Sebagai contoh syarikat BIMB Holdings ada mengeluarkan warrants bagi tujuan menambah modal perniagaan. Memandangkan BIMB Holdings adalah syarikat yang patuh Syariah, maka warrants yang dikeluarkan oleh BIMB Holdings juga adalah patuh Syariah. Warrants yang sebegini sahaja yang berstatus patuh Syariah.

Manakala warrants yang dikeluarkan oleh mana-mana bank pelaburan, juga dikenali sebagai structured warrants merupakan instrumen yang tidak patuh Shariah kerana hak tersebut tidak dapat ditukarkan menjadi saham syarikat.

Exchange Traded Fund (ETF)

Ia adalah seperti unit trust, tetapi diniagakan di Bursa Malaysia. Ya, unit trust yang didagangkan macam saham syarikat-syarikat awam berhad. Kena ada akaun sama macam nak beli saham.

Real Estate Investment Trust (REIT)

REIT ni seperti Amanah Hartanah Bumiputera (AHB) tapi tidak serupa. Tetapi ada banyak persamaan. Atau dalam bahasa lain, “unit trust” yang beli hartanah. Nak melabur dalam REIT sama seperti nak melabur dalam saham, ETF. Perlu ada akaun CDS.

Fixed Income

Pelaburan yang dapat memberikan pendapatan tetap.

Setakat hari ini ada 2 jenis yang didagangkan.  Loan stocks dan bon / sukuk. Nak beli sama macam nak beli saham, iaitu kena CDS / trading account yang dibuka dengan mana-mana syarikat broker yang berlesen.

1.Loan stocks i.e Irredeemable Convertible Unsecured Loan Shares (ICULS)

Ia adalah produk yang mempunyai ciri-ciri ekuiti dan bon.

Pemiliknya menerima dividen tetap sama seperti bon dan apabila matang pemilikannya berubah menjadi ekuiti i.e. saham.

Majlis Penasihat Shariah Suruhanjaya Sekuriti (MPS SC) pada 30 Julai 2015 dan 27 Ogos 2015 telah membincangkan produk yang dikenali sebagai Redeemable Convertible Unsecured Islamic Debt Securities (RCUIDS) yang menyamai sifat ICULS. Apa yang dapat difahami, ICULS (konvensional) ini dapat distrukturkan secara patuh Shariah melalui RCUIDS.

2. Exchange Traded Bonds and Sukuk (ETBS)

Sukuk ini adalah lebih popular di kalangan pelabur institusi kerana dapat memberikan pendapatan yang lebih tetap berbanding saham yang volatile sifatnya. Bermula 2013 pelabur runcit telah pun dapat membeli sukuk secara terus.

Bon Islam juga dikenali sebagai sukuk.

CARA MULA PASARAN SAHAM

Sumber: Pixabay

Macam mana nak bermula?

Nak beli saham atau apa-apa yang ada di Bursa Malaysia ni ada caranya. Kena ada akaun khas. Anda boleh ikut langkah-langkah berikut:

Buka akaun

Terus buka CDS / trading account dengan mana-mana syarikat broker atau bank pelaburan. Kos buka akaun ini RM10 sahaja.  Individu yang berurusan dengan kita dalam urusan buka akaun ini selalunya dikenali sebagai remisier saham atau pun dealer saham. Nanti anda akan dihubungi oleh mereka.

Masukkan modal

Mesti anda tertanya-tanya nak guna modal berapa kan? Dengan modal RM 500 anda dah boleh mula beli saham.

Elakkan dari menggunakan modal yang besar. Sebab ini baru bertujuan nak belajar kenal pasaran saham dulu.

Selepas dah selesai urusan pembukaan akaun dan telah memasukkan modal dalam trust account, proses jual beli saham dapat dibuat melalui online trading platform yang disediakan oleh syarikat broker masing-masing. Sekarang dah mudah. Tak perlu nak telefon bagai.

Belajar guna trading platform

Paling penting belajar guna online trading platform tu. How to buy, how to sell. Perkara-perkara teknikal semacam itu. Namun untuk lebih cekap, boleh sertai mana-mana kelas.

Buang rasa ragu-ragu.Beli je apa-apa saham

Nak masuk pasaran saham ni kena berani. Terus beli 2,3 syarikat dulu. Cuba mana-mana saham dahulu. Sebab ini untuk tujuan belajar.

Kita membuat pelaburan pertama dalam keadaan kita masih bodoh dalam logik pelabur saham. Pembelian-pembelian tersebut memang akan dijamin rugi. Tak perlu takut dengan kesilapan. Tak buat silap, tidak akan jadi pandai.

Rujukan:

Rancangwang

Pakdi

 

 

 

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.