Ramai yang ingin menceburi bidang pelaburan sebagai kerjaya utama atau pendapatan alternatif. Tetapi, tidak ramai yang tahu di mana dan bagaimana mereka hendak memulakan langkah pertama. Kini Pelaburan saham di Malaysia kini telah menjadi lebih mudah dengan pengenalan Bursa Market Place.

bursa market place

Bursa Market Place dari Bursa Malaysia Sdn Bhd. pasti memudahkan anda untuk mengetahui tentang pelaburan saham. Laman web yang diintegrasi sepenuhnya memaparkan maklumat lengkap mengenai servis berkaitan pelaburan termasuk dagangan, pelangsaian, penjelasan dan simpanan.

Anda boleh layari LAMAN WEB ini  untuk mendapatkan maklumat dan aplikasi berkaitan cara untuk mula melabur. Laman sesawang ini juga mempunyai ciri dan susun atur yang mesra pengguna.

Berikut merupakan ciri-ciri yang terdapat di laman web tersebut.

Ciri-Ciri Bursa Market Place

Terdapat 4 halaman yang perlu anda tahu.

The Mkt

Disini, anda boleh mengguna aplikasi untuk menganalisa saham berdasarkan jumlah dagangan, pergerakan harga, perkembangan terkini dan bayaran dividen. Untuk memudahkan analisa anda, berikut adalah aplikasi yang disediakan dan fungsinya:

 Analyst Consensus. Ini menghubungkait analisa dari penganalisis profesional dan rumusan untuk membantu anda mendapatkan pandangan yang lebih jelas bagaimana prestasi syarikat pada masa akan datang.

 Stock Screener. Direka untuk membantu pedagang saham bagi menyelaraskan strategi pelaburan mereka dengan kriteria yang bersesuaian. Penyelarasan ini berdasarkan beberapa parameter kewangan seperti permodalan pasaran, harga saham, perkembangan pendapatan, dividen serta ratio harga saham: pendapatan.

 Alpha Factor. Alpha Factor merupakan aplikasi kuantitatif yang disediakan oleh Standard & Poor’s untuk menjejak momentum harga. Juga penilaian, trend perkembangan, kecekapan modal dan kualiti pendapatan. Kelima-lima faktor ini digunakan untuk memberi kedudukan syarikat dari 1-5. Dengan parameter ini, anda dapat menilai kualiti dan asas sesebuah syarikat.

Heat Maps. Pantau prestasi pasaran dan kedudukan prestasi terbaik dan juga terburuk berdasarkan lima kategori berbeza. Iaitu Kebolehuntungan, Had Pasaran, Peratusan Pergerakan Harga, Aktiviti dan juga Pergerakan Harga Mutlak.

Daily Espresso. Platform ini memaparkan pandangan penganalisa professional dan memadankannya dengan algoritma Alpha Factor untuk menganalisa perkembangan pasaran saham. Ia akan menunjukkan samada statistik pasaran menyokong analisa dari penganalisa. Jika anda baru bermula, platform ini amat sesuai untuk anda kerana penjelasannya ringkas dan mudah difahami.

Learn

Kompilasi informasi asas menunjukkan bagaimana untuk menggunakan platform dan aplikasi di laman web ini, bahan latihan dan juga video. Halaman ini sesuai bagi mereka yang ingin mendapatkan maklumat lanjut mengenai pelaburan dan pelbagai produk pelaburan di Bursa Malaysia.

Brokers

Senarai 21 bank dan syarikat pelaburan di Malaysia untuk anda pilih bagi memulakan pelaburan di Bursa Malaysia. Semua laporan dan artikel berkaitan turut dilaporkan disini.

My Mkt

Halaman ini membolehkan anda menguruskan dan mengakses portfolio pelaburan. Anda hanya perlu mendaftar akaun di Bursa Market Place untuk mendapatkan akses penuh laman web ini.

Seperti mana yang diketahui, anda perlu dihadapi risiko ketika melabur. Tetapi, anda boleh mengurus risiko ini dengan bijak dan membuat keputusan berdasarkan pengetahuan yang cukup dan logik. Ia amat penting bagi anda mengukur tahap risiko yang anda boleh dan mampu.

Sumber: Comparehero

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.