Dalam Islam terdapat suatu kaedah pembahagian harta pusaka yang dinamakan dengan faraid sebagaimana yang diputuskan di dalam Al-Quran.

Ia diperoleh daripada seseorang yang meninggal dunia dan meninggalkan waris yang layak menerima harta pusaka mengikut Hukum Syarak. Iaitu setelah diuruskan jenazah si mati, dibayar hutang piutangnya dan dilaksanakan wasiatnya (sekiranya ada).

pembahagian harta pusaka

Imej via Pixabay

Ia dibahagikan mengikut kadar yang telah ditetapkan ataupun secara permuafakatan.

Pembahagian tersebut tertakluk kepada sebab dan syarat-syarat tertentu dan tiada yang menghalang ahli waris daripada menerima harta pusaka.

Namun ramai yang kurang atau tidak mahu ambil tahu tentang faraid. Kesannya banyak masalah timbul dalam pengurusan harta pusaka orang Islam.

Sabda Rasulullah SAW ;

” Pelajarilah ilmu Faraid dan ajarkanlah kepada orang lain. Sesungguhnya ia separuh daripada ilmu dan ia akan dilupai oleh manusia. Ia merupakan ilmu yang paling awal yang dicabut dari umatku…”

Faraid Di Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Faraid dari segi bahasa bermaksud KETETAPAN.

Manakala menurut istilah syarak, Faraid adalah pembahagian harta seorang Islam yang telah meninggal dunia sama ada beliau meninggalkan wasiat atau tidak sebelum kematiannya. Maka harta peninggalannya akan dibahagikan kepada ahli warisnya (seperti anak, isteri, suami, ibu, dan lain-lain), menurut hukum Islam.

Harta yang dibahagikan kepada ahli waris adalah baki harta yang ditinggalkan setelah ditolak segala pembiayaan pengurusan jenazah, hutang pewaris (zakat, nazar, dan lain-lain) dan wasiat yang dibenarkan oleh syarak (tidak melebihi 1/3 dari jumlah harta).

Bentuk harta yang boleh dibahagikan secara Faraid adalah:

  1. Tanah, bangunan ( rumah, kilang, gudang dan lain-lain);
  2. Barang kemas (emas, perak dan lain-lain);
  3. Insurans, saham, bon, wang tunai, dll ( sama ada dilabur atau tidak);
  4. Tanah, kebun, ladang dan lain-lain;
  5. Binatang ternakan seperti kambing, lembu, unta, kerbau dan lain-lain.

 

Hukum Yang Wajib Tahu Tentang Faraid

Pembahagian harta menurut Islam selepas berlaku kematian seorang Muslim.

Akan wujud hak-hak tertentu kepada hartanah yang arwah tinggalkan. Hak-hak ini telah ditentukan secara jelas oleh Allah S.W.T secara khusus di bawah hukum Faraid.

Pembahagian Faraid kepada yang berhak hukumnya WAJIB untuk ditunaikan dan FARDHU KIFAYAH kepada umat Islam (terutama sekali waris-waris) untuk selesaikan.

Apakah Kesan Jika Tidak Melaksanakan Faraid?

Sekiranya umat Islam mengabaikan pembahagian harta pusaka dengan menggunakan sistem faraid ini dikhuatiri akan berlakunya :

Memakan Harta Anak Yatim, Memakan Harta Saudara-Mara,Memakan Harta Baitulmal.

Cara-cara Pembahagian Harta Pusaka

Cara untuk melakukan pembahagian pusaka ialah dengan terlebih dahulu meneliti siapakah di antara waris yang berhak menerima pusaka dengan cara Ashabul-Furud (waris Al-Quran).

Dimana ada dinyatakan golongan ini didalam Al-Quran, kemudian dicari siapakah yang Mahjud (terhalang daripada mendapatkan harta). Barulah bakinya diberikan kepada yang berhak menerima Asabah.

Ashabul-Furud

Golongan ini mengambil pusaka menurut bahagian yang telah ditetapkan oleh syarak iaitu sama ada 1/2, 1/3, 1/4, 2/3, 1/6 atau 1/8. Mereka terdiri daripada isteri atau suami, ibu atau nenek, bapa atau datuk. Termasuk juga anak perempuan atau cucu perempuan, saudara perempuan kandung, saudara perempuan sebapa dan saudara seibu.

Asabah

Merupakan golongan yang akan terima baki setelah semua golongan (1) mendapat bahagian golongan asabah.

Terdapat 3 jenis asabah iaitu:

Asabah Binafsih

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang lelaki, tidak bersebab atau beserta orang lain. Mereka terdiri daripada 12 orang lelaki iaitu bapa, datuk, anak lelaki, cucu lelaki anak lelaki.  Saudara lelaki kandung, saudara lelaki sebapa, anak lelaki saudara lelaki kandung.  Anak lelaki saudara lelaki sebapa, bapa saudara kandung, bapa saudara sebapa, anak lelaki bapa sudara kandung. Dan anak lelaki bapa saudara sebapa.

Asabah Bil Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabiskan semua harta, atau pengambilan semua baki untuk semua perempuan dengan sebab adanya orang lelaki lain. Terdiri daripada 4 orang iaitu: anak perempuan atau lelaki, cucu perempuan atau lelaki, saudara kandung perempuan atau lelaki, saudara sebapa atau lelaki perempuan.

Asabah Maal Ghoir

Pembahagian pusaka dengan jalan menghabisi semua harta, atau mengambil semua sisa untuk sekelian orang perempuan sebab beserta orang perempuan lain. Terdiri daripada 2 orang perempuan iaitu: saudara perempuan kandung dan saudara perempuan sebapa (berkongsi dengan anak atau cucu perempuan).

Kadar Asas Pembahagian Faraid

Suami : ½ jika si mati (isteri) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah. ¼ jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Isteri : ¼ jika si mati (suami) dan tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah. 1/8 jika si mati (isteri) mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah.

Bapa : 1/6 jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan atau cucu dan kebawah. 1/6 + Asobah jika si mati tidak mempunyai anak lelaki atau perempuan.

Ibu : 1/6 jika si mati mempunyai anak atau cucu perempuan daripada anak lelaki kebawah atau mempunyai beberapa orang saudara (lelaki/perempuan). 1/3 dari keseluruhan harta jika simati mempunyai seorang saudara lelaki atau perempuan sahaja dan tiada anak kebawah. 1/3 dari baki harta jika simati meninggalkan salah seorang suami atau isteri dan bapa tanpa waris lain.

Anak perempuan : ½ jika seorang, 2/3 jika dua orang atau lebih dibahagi sama rata, Asabah Bilghairi jika simati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Anak lelaki : 100% daripada baki (Asabah) sekiranya seorang, dikongsi sama rata daripada baki(Asabah). Sekiranya lebih daripada seorang, Asabah Bilghairi jika si mati mempunyai anak lelaki atau perempuan 2:1.

Cara Pengiraan Faraid Mudah Dalam Pembahagian Harta Pusaka

Ramai yang kurang mengetahui cara bagaimana untuk membuat kiraan faraid dalam pembahagian harta pusaka. Oleh itu saya ingin kongsikan kaedah faraid yang mudah untuk kita sama-sama belajar.

Sumber ilmu dan gambar dari Bijak Pusaka.

Kajian kes:

Sebuah keluarga diketuai oleh si suami, seorang Isteri dan lima orang anak yang terdiri daripada 2 kelaki dan 3 perempuan dan juga seorang ibu dan bapa si suami.

Si suami tadi telahpun meninggal dunia dan insan-insan di atas merupakan ahli waris si arwah.

Dengan mengandaikan bahawa perkara-perkara seperti kos pengurusan jenazah, hutang piutang, harta sepencarian dan wasiat tak lebih 1/3 arwah telah diselesaikan.

Terdapat lebihan harta berjumlah RM3 juta untuk diagihkan kepada ahli waris tadi mengikut kaedah faraid.

Merujuk kepada Surah An-Nisa ayat 11 hingga 12, kadar pembahagian harta pusaka bagi waris arwah mengikut sistem Faraid adalah seperti berikut:

  • Bahagian si ayah kepada suami: 1/6,
  • Bahagian si ibu kepada suami: 1/6,
  • Si isteri: 1/8,
  • Anak-anak pula akan dapat lebihan baki harta pusaka. Anak lelaki akan terima 2 bahagian, dan anak perempuan pula akan terima 1 bahagian.

Berapa Jumlah Harta Yang Diterima Oleh Waris?

Berdasarkan ketetapan dalam surah an-Nisa’ di atas,  setiap seorang ahli waris akan menerima bahagian masing-masing dengan jumlah yang berbeza. Dan jumlah bahagian masing-masing adalah seperti berikut:-

  1. Si ayah dapat RM500,000
  2. Si ibu dapat RM500,000
  3. Isteri memperolehi RM375,000
  4. Anak lelaki menerima RM464,285 setiap seorang
  5. Anak perempuan mewarisi sebanyak RM232,146 setiap seorang.

Itulah jumlah harta pusaka arwah yang diterima oleh waris-warisnya mengikut agihan secara faraid berdasarkan kepada kadar di atas.

Bagaimana Kaedah Nilaian Dikira?

Terdapat dua kaedah nilaian dalam pembahagian harta pusaka ini.

KAEDAH 1 : Tentukan dahulu nilai yang diterima oleh Ayah, Ibu dan Isteri arwah.

Untuk menentukan nilai yang akan diterima oleh ketiga-tiga ahli waris ini maka digunakan kaedah pecahan.

Kita dah tahu bahawa bahagian Ayah dan Ibu arwah adalah 1/6 dan bahagian untuk isteri arwah pula adalah 1/8.

Untuk mengetahui berapakah keseluruhan bahagian yang ada, maka kita mesti cari pembawah yang sama bagi pecahan-pecahan tersebut.

Maka kaedahnya adalah seperti berikut:-

cara-cari-bahagian-ahli-waris

Menerusi kaedah di atas kita dah tahu bahawa keseluruhan bahagian harta peninggalan si arwah adalah 24 bahagian kesemuanya. 4 bahagian masing-masing adalah untuk ayah dan ibu.

Manakala si isteri mendapat 3 bahagian. Daripada 24 bahagian tadi hanya 11 bahagian telahpun diagihkan. Manakala 13 bahagian lagi adalah untuk anak-anak si arwah.

Langkah seterusnya untuk mengetahui berapakah nilai RM yang diperolehi oleh setiap daripada mereka (ayah, ibu dan Isteri si arwah). Maka kita perlu bahagikan RM3 juta tadi kepada 24 bahagian untuk kita ketahui berapakah jumlah bagi setiap bahagian

Maka satu bahagian adalah bernilai RM125,000

nilai-bagi-setiap-bahagian-faraid

KAEDAH 2: Tentukan nilai yang diterima oleh anak-anak

Seperti mana yang admin dah bagitau awal-awal tadi bahawa anak-anak si arwah akan menerima lebihan harta setelah datuk, nenek dan ibunya mendapat bahagian masing-masing.

Memandangkan arwah mempunyai 2 orang anak lelaki maka pembahagian harta pusakanya akan terhenti setakat ini sahaja kerana mereka adalah penghalang (stopper) bagi waris-waris yang lain daripada menerima harta pusaka arwah .

Jadi setiap daripada anak lelaki arwah akan menerima dua bahagian manakala setiap anak-anak  perempuannya akan menerima satu bahagian.

Maka cara pengiraan adalah seperti berikut:-

kaedah-kira-bahagian-anak

Tadi kita dah tahu bahawa nilai bagi lebihan harta pusaka arwah yang masih belum diagihkan adalah sebanyak RM1,625,000 (RM3,000,000 – RM1,375,000).

Oleh itu, untuk mengetahui berapakah nilai bagi tiap-tiap satu bahagian daripada nilai baki aset RM1,625,000 perlu dibahagi dengan 7 bahagian. Kita akan dapati bahawa setiap bahagian bernilai RM232,142.86.

Dengan ini kita ketahui bahawa anak lelaki akan mewarisi baki harta pusaka arwah sebanyak RM464,285. (RM232,142 x 2 bahagian) setiap seorang. Anak-anak perempuanya pula mewarisi RM232,142.86 tiap-tiap seorang.

Kesimpulan

Itu sahaja caranya. Nampak macam susah, namun jika kita faham pasti akan jadi mudah.

Keadaan akan berubah mengikut kepada ahli waris si arwah. Ia akan berbeza dengan kajian kes di atas.

Pengiraan pembahagian faraid boleh jadi berbeza berdasarkan situasi yang berlalu dan waris-waris yang ditinggalkan.

Bagi kes si mati yang tidak ada anak lelaki, atau selain daripada situasi di atas maka kadar pembahagiannya berubah tetapi masih tertakluk pada kadar yang dinyatakan dalam ayat 11 dan 12 dalam surah an-Nisaa’ tadi.

Di harap perkongsian dan apa yang kita sama-sama belajar mendapat manfaatnya nanti.

Sumber/h2>

 

 

Artikel Menarik Lain

Anda sukakan artikel cara menympan duit ini. Jemput juga baca artikel menarik lain tulisan kami. Janagn lupa untuk share dan komen ya.

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.