Selalu kita lihat setelah kematian suami atau ayah, pasti ada je sebelah pihak yang kononnya ingin menuntut harta yang ditinggalkan oleh suami atau ayah. Setelah kematian suami atau ayah, harta itu perlu dibahagiakan secara faraid jika si mati tidak meninggalkan sebarang hibah bersyarat atau bertangguh.

Ramai isteri di luar sana yang tidak tahu bagaimana harta si suami perlu dibahagikan. Orang kata jika suami meninggal, semua harta akan jatuh ke tangan suami. Malangnya bukan semudah itu. Ada cara yang betul dalam pembahagian harta si mati. Bagaimana?

Mari kami kongsikan info sebenar mengenai cara yang betul dalam pembahagian harta setelah suami meninggal dunia. Info ini dikongsikan oleh Encik Azizul Azli Ahmad. Encik Azizul bekerja merupakan penulis dan Rumah Buku. Selain itu, Encik Azizul selalu berkongsi tips kewangan dan membeli rumah di laman Facebooknya.

Cara yang betul dalam pembahagian harta setelah suami meninggal dunia

Pembahagian harta suami
Imej via Facebook

1. Wanita beranggapan jika suami meninggal rumah yang mereka duduk akan jadi milik mereka sepenuhnya.

#Hakikatnya kediaman itu menjadi pusaka dan akan dibahagikan secara Harta Sepencaraian dan barulah secara faraid.

2. Wang yang ada dalam KWSP atau Tabung Haji yang dinamakan atas nama isteri sepenuhnya, isteri boleh ambil semuanya beli beg harmes!

#Hakikatnya isteri berperanan sebagai pemudah cara atau pemegang amanah saja untuk duit itu dibahagikan secara faraid. Bukan hak mutlak isteri.

3. Pusaka Tunai oleh suami yang meninggal bagi anak anak bawah umur diperolehi secara terus oleh isteri.

#Hakikatnya isteri tidak boleh langsung mengambil bahagian anak anak ini, bahagian isteri hanya 1/8 dari jumlah yang ditinggalkan sahaja.

4. Buat rumah atas tanah suami dengan duit isteri, isteri akan dapat rumah tersebut jika suami meninggal.

#Rumah itu tetap menjadi pusaka dan akan diberikan secara faraid. Isteri cuma dapat 1/8 dari rumah itu.

5. Semua harta suami akan jadi hak isteri jika meninggal.

#Terdapat hak ibubapa suami, bahagian bapa saudara jika tiada anak lelaki dan baitulmal dalam kes kes tertentu.

Pesan pada suami tercinta, untuk elak semua harta jadi pusaka dan dibahagikan secara faraid. Buatlah Hibah Bersyarat atau Bertangguh. “Jika saya dah meninggal semua harta ini kepunyaan awak dan anak”.

*Berikut adalah cara-cara pembahagian harta yang ditinggalkan oleh si suami. Memang benar, isteri ada hak dalam harta si suami tetapi, jika mengikut agama islam, harta itu perlu dibahagikan secara faraid. Maka suami perlu membuat hibah bersyarat atau bertangguh untuk mengelakkan daripada perkara buruk berlaku.

Artikel ini diberi kebenaran sepenuhnya oleh penulis. Baca artikel asal di sini.

Penulis: aqirah

aqirah

Penulis di iLAbur yang suka berkongsi tentang ilmu dunia kewangan untuk generasi muda.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.