Selalunya kita akan mencari cara menyimpan duit atau menabung yang berkesan. Namun kita juga gagal untuk menyimpan.

Ini kerana kita tidak betul-betul ada semangat untuk menyimpan. Ada sahaja halangan untuk menyimpan duit.

Di sini saya ingin kongsikan cara menyimpan duit yang berkesan untuk senang kemudian hari.

cara menyimpan duit

Imej via Pixabay

Tips Cara Menyimpan Duit Yang Anda Perlu Ikut

 No. 1 Tukar Gaya Hidup

Ramai antara kita suka gaya hidup yang mahal walaupun gaji cukup-cukup makan. Sepatutnya kita ubah gaya hidup dengan cara sederhana sahaja.

Bagi yang suka minum kopi mahal tukar kepada kopi segar yang anda brew sendiri di rumah. Tukar amalan berbelanja di shopping mall di hujung minggu kepada melawat taman atau tempat aktiviti percuma.

Percutian memang diperlukan tetapi jika terlampau kerap, anda mungkin tidak dapat berjimat dan menyimpan. Amalkan “staycation” iaitu berehat dan melakukan aktiviti kegemaran di rumah.

Kalau ingin bercuti juga, bercuti di dalam negara. Tukar menginap di hotel mahal kepada homestay. Ini lebih menjimatkan.

Duit yang lebih boleh disimpan untuk masa hadapan. Berjimat-cermat selagi boleh, dan potong perbelanjaan yang tak patut.

Setiap pengorbanan dan pertukaran gaya hidup pasti membantu anda membina profil kewangan yang lebih stabil dan mantap untuk ahli keluarga anda.

No. 2 Menyimpan Sedikit-Sedikit

Mungkin ada antara kita yang merasa menyimpan duit sebanyak RM300 atau RM400 sebulan itu terlalu tinggi. Ia sukar dilakukan.  Jadi simpan sikit-sikit namun konsisten.

Mungkin anda boleh menyimpan sehari RM1 atau RM2 dalam tabung. Masukkan ia dalam akaun simpanan atau Tabung Haji pada hujung bulan.

Dah ada duit lebih sikit, bolehlah tambah duit simpanan setiap bulan.

Dan sebolehnya, jangan keluarkan balik duit yang disimpan. Ini benda asas dalam menyimpan.

Kalau boleh jangan simpan di satu tempat sahaja. Boleh juga simpan di ASB. Sekurang-kurangnya dapat juga dividen setiap tahun.

Biasanya, masalah tak boleh menyimpan ni berpunca oleh sikap kita sendiri. Jadi kuatkan semagat dan berdisiplin dalam menyimpan.

Menabung duit ini ialah satu kemahiran. Sebagaimana kemahiran yang lain, ada orang yang dari kecil dah cekap, ada orang yang hanya apabila dewasa baru tahu caranya.

No. 3 Tetapkan Matlamat Menyimpan

Kebanyakan mereka yang menyimpan tanpa tujuan akan secara tiba-tiba menggunakan duit yang ditabung untuk membeli sesuatu, kemudian menyesal.

Berapa banyak sebenarnya yang anda nak simpan? Untuk matlamat jangka panjang, seperti untuk masa depan, anda perlu melakukan perancangan yang lebih rapi.

Anda kena memikirkan berapa banyak wang yang anda perlukan untuk hidup dengan selesa selama 20 atau 30 tahun selepas anda berhenti kerja. Anda juga perlu memikirkan bagaimana pelaburan akan membantu anda mencapai matlamat anda.

Bila anda dah ada duit lebih, anda boleh laburkan duit tu.

Ramai antara kita hanya berfikir tentang menyimpan wang tetapi sedikit yang mahu benar-benar menulis senarai gol kewangan mereka.

Dengan membuat senarai, lebih mudah dan praktikal untuk anda mengikuti setiap to-do list tersebut.

Anda perlu fikir berapa banyak yang boleh anda simpan duit. Iaitu selama seminggu, sebulan atau setiap kali anda mendapat gaji untuk mencapai setiap matlamat penyimpanan duit anda.

Tetapkan Juga Masa Untuk Menyimpan

Apabila anda sudah menetapkan tarikh tertentu, tarikh tersebut membolehkan anda fokus untuk mencapai matlamat itu. Anda perlu pastikan dalam jangka masa itu anda boleh capai objektif anda.

Jika matlamat yang anda tentukan itu tidak boleh dicapai, anda akan merasa kecewa. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan.

Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

No. 4 Kurangkan Berhutang

Jangan berhutang jika tak penting. Macam nak beli telefon misalnya. Anda tak payah nak berhutang.

Kalau boleh beli secara tunai. Kumpul duit sikit-sikit nak beli kehendak tu.

Kira berapa banyak anda telah habiskan untuk membayar hutang anda.

Anda akan mendapati bahawa menghapuskan hutang adalah cara terpantas yang boleh anda gunakan untuk mendapatkan duit lebih untuk disimpan.

Apabila anda tidak menggunakan wang untuk pembayaran hutang, anda boleh menyimpan duit tersebut. Lagi cepat anda membayar hutang, lagi tenang hati anda kerana anda tak perlu lagi fikir pasal hutang.

No. 5 Berhenti Menggunakan Kad Kredit

credit card

Bayar untuk segala-galanya dengan wang tunai. Elak menggunakan kad kredit. Jika anda guna wang tunai, anda boleh melihat duit tu berkurang dan berkurang.

Dengan itu anda boleh membuat perancangan sebelum membeli-belah.

Kad kredit tidak semestinya jahat.

Guna kad kredit ni sebenarnya tentang bagaimana kita kawal diri kita.

Jika anda menggunakan kad kedit dengan bertanggungjawab. Bayar hutang kad kredit anda, anda boleh mendapat manfaat daripada penggunaan kad kredit ni.

Kad kredit memberikan manfaat kepada mereka yang tahu menggunakannya. Contohnya seperti potongan diskaun istimewa, rebat, atau cash back.

No 6. Berjimat Selagi Boleh

Perhatikan sekeliling rumah anda. Ada banyak barangan yang anda tidak lagi guna dan perlukan. Jangan buang, sebaliknya jual dan simpan wang tersebut dalam tabung atau akaun simpanan.

Elak daripada membeli barangan yang sama secara berulang-ulang. Jika boleh dikitar semula lagi baik.

Setiap ringgit yang dijimatkan, anda simpan dalam tabung.

Sekarang banyak pasaraya menawarkan pembelian secara atas talian. Jadi untuk membeli barang dapur, beli sahaja secara online.

Anda dapat menjimat kos pengangkutan, minyak, tol, dan kos parking. Lagi pula hanya beli barang yang perlu sahaja.

No. 7 Makan Di Rumah

Sebenarnya tak salah makan di luar. Cuma jangan setiap hari makan di luar.

Kalau nak jimat banyak, elok korang makan dekat rumah je. Masak sendiri.

masak di rumah

Imej via Facebook

Susun jadual harian kita dan tetapkan masa untuk memasak di rumah. Pada zaman yang serba mencabar dari segi ekonomi, makan di luar memakan kos yang tinggi.

Setiap wang yang anda jimatkan ketika memasak di rumah, simpannya dalam akaun.

Penutup

Sebenarnya banyak cara menyimpan duit yang boleh anda ikut. Ramai pakar yang berkongsi cara menyimpan duit dengan betul.

Rajin-rajin belajar untuk menyimpan. Baca sikit mengenai pengurusan kewangan. Biar tahu apa itu aset dan liabiliti.

Buang pegangan Biar Papa Asal Bergaya. Gantikan dengan biar hidup biasa-biasa namun senang kemudian hari.

 

Artikel Menarik Lain

Anda sukakan artikel cara menympan duit ini. Jemput juga baca artikel menarik lain tulisan kami. Janagn lupa untuk share dan komen ya.

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.