Takkan Melayu Hilang Di Dunia. Itulah kalimah keramat yang diungkapkan oleh Laksamana Hang Tuah. Selalu kita dengar frasa Melayu malas. Sebenarnya semua bangsa ada orang pemalas. Bukan sahaja orang Melayu. Tahukah anda ramai orang Melayu hebat.

Tidak di tanah air sendiri, malah orang Melayu hebat di persada dunia.

6 Orang Melayu Hebat Dalam Bidang Masing-Masing

Berikut adalah senarai orang Melayu hebat dalam bidang masing-masing.

Mohamad Ridzuan Puzi

orang melayu hebat

Atlet paralimpik negara, Mohamad Ridzuan Puzi muncul atlet negara pertama dinobatkan selaku Atlet Para (Lelaki) Terbaik Asia 2018. Lebih dikenali dengan Dik Wan mencipta pelbagai kejayaan.

Kejayaan itu akan mengukuhkan kedudukan Ridzuan selaku antara atlet paling berjaya di Malaysia. Selepas mencipta gemilang dalam acara lompat jauh dan pecut sepanjang musim lalu.

Pemenang pingat emas acara 100 meter (m), Sukan Paralimpik Rio 2016 ini berusia 31 tahun. Mencuri tumpuan selepas beraksi cemerlang ketika temasya Sukan Para Asia di Jakarta, Oktober 2018.

Beliau mencipta sejarah ketika temasya di Indonesia. Dengan mencipta rekod dunia dalam acara 100m lelaki T36. Serta rekod Sukan Asia bagi acara lompat jauh dengan meraih tiga pingat emas keseluruhan.

Dik Wan ketepikan kesakitan, tetap berlari untuk negara. Seterusnya meraih pingat emas dalam acara 400m lelaki T36 dengan catatan masa 59.36 saat.

Dr. Muhammad Afifi al-Akiti

Dr. Muhammad Afifi al-Akiti

Imej via Google

Juga dikenali sebagai Sheikh Afifi. Ialah salah seorang felo pensyarah Pengajian Islam di Pusat Pengajian Islam Oxford. Sheikh Afifi juga Pensyarah Pusat Islam dalam bidang pengajian Islam di Fakulti Teologi, Universiti Oxford, United Kingdom. Juga merupakan felo pensyarah di Worcester College, Oxford.

Beliau merupakan bangsa Melayu pertama seumpamanya yang berjaya menjadi salah seorang tenaga pensyarah di universiti yang paling berprestij di dunia.

Dr Afifi merupakan hasil acuan daripada pelbagai ulama,sehingga beliau berjaya memberi sumbangan yang besar dalam dunia pada hari ini. Telah menerima ijazah kelas pertama dalam bidang Falsafah Skolastik dan Sejarah Sains.

Bermula dari situ,beliau mendapat pelbagai anugerah biasiswa untuk melanjutan pengajian beliau ke tahap yang lebih tinggi.Ketika mana menuntut di Universiti Oxford, telah mendapat ijazah kedoktoran falsafah dalam bidang falsafah Arab Pertengahah(Medieval). Sebagai seorang cendekiawan Clarendo pada tahun 2008.Bidang kepakaran beliau ialah dalam bidang Teologi Islam,Sejarah dan Sains.

Datuk Dr Muhammad Afifi Al-Akiti, diumum penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan 1439H/2017. Dimasyhurkan sebagai pembesar negeri Perak oleh Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah. Majlis pemasyhuran itu ialah bagi gelaran Orang Kaya Kaya Imam Paduka Tuan (Orang Besar Delapan) Negeri Perak.

Pa’din Musa

Sebut Ahmad Fadzli Musa, mungkin tidak ramai yang kenal. Tetapi bila Pa’din Musa disebut, pasti banyak mata terbuka dan bibir mengukir senyum.

Pa’din Musa merupakan juara skateboard termasyhur yang sudah banyak kali mewakili negara di peringkat antarabangsa. Kali pertama beliau memenangi pertandingan skateboard ialah di Alor Star ketika Pa’din berusia 18 tahun.

pa'din musa

Imej via Astro Awani

Pa’din memenangi pingat emas dalam kategori X-Games Asia di Phuket dalam tahun 2000. Kemudiannya di kuala Lumpur dalam tahun 2004. Tahun 2004 juga Pa’din sebagai peserta tunggal negara di dalam acara X-Games Summer di Los Angeles, US dalam tahun 2004.

Mencipta sejarah dalam sukan ‘skateboarding’ negara ini. Apabila mempunyai kasut signature colorway profesional untuk papan selaju keluaran syarikat Amerika Syarikat, Vans. Pa’din Musa menjadi ahli skateboard Asia Tenggara pertama yang mempunyai kasut Vans sendiri.

Hafizah Noor Isa

Hafizah-Noor-Isa

Mungkin ramai kurang mengenali orang Melayu hebat ini. Telah mengharumkan nama negara apabila namanya merupakan antara saintis yang berjaya membuktikan teori Albert Einstein berhubung gelombang graviti.

Hafizah Noor Isa, calon PhD di University of Glasgow. Iialah antara mereka yang menulis kertas saintifik, ‘Observation of Gravitational Waves from a Binary Black Hole Merger’.

Berasal dari Machang, Kelantan merupakan bekas pelajar di Universiti Teknologi Mara (UiTM) serta Universiti Islam Antarabangsa (UIA).

Difahamkan kertas saintifik yang diterbitkan  menyenaraikan 1,004 penyumbang dalam projek itu. Yang diketuai oleh Laser Interferometer Gravitational-Wave Observatory (LIGO) di Amerika Syarikat.

Hafizah terlibat dalam projek itu melalui eksperimen GEO600. Eksperimen GEO600 dijalankan oleh pasukan saintis dari Jerman dan Britain. Bekerjasama menganalisis data dari peranti yang dibina untuk mencari sinaran graviti daripada sumber fizik alam semesta.

Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof

Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof

Orang Melayu kini tidak kurang hebatnya. Masing-masing ada keistimewaan dan daya saing yang kuat dalam meletakkan nama Malaysia di persada antarabangsa.

Leftenan Kolonel (B) Mohd Nasarudin Mohd Yusof merupakan rakyat Malaysia pertama yang menerima Anugerah Nobel Keamanan (Nobel Peace Prize).

Pesara Angkatan Tentera Malaysia itu merupakan penerima Anugerah Nobel Keamanan 2013. Atas usahanya di organisasi antara kerajaan bagi memastikan negara anggota mematuhi Konvensyen Senjata Kimia. Iaitu melarang penggunaan senjata kimia dan melakukan kebinasaan.

Keputusannya berpindah ke The Hague, Belanda dan menyertai Pertubuhan bagi Pencegahan Senjata Kimia (OPCW) adalah untuk menjadikan Malaysia bangga dengan perkhidmatannya di sana.

Rendra Zawawi

Nama Rendra Zawawi mungkin jarang disebut dalam media massa tempatan. Namun pemuzik muda ini sebenarnya telah pun membawa bakat dan seni muziknya ke persada antarabangsa.

Antara karyanya yang paling dikenali termasuklah Arena Cahaya. Lagu tema filem Ola Bola nyanyian Zee Avi yang ditulis, diterbit dan disusun bersama-sama dengan sentuhan dari Alvin Wee.

Lagu tersebut bukan sahaja mendapat perhatian di media sosial dan sering dimainkan di corong-corong radio. Malah juga telah memenangi anugerah Lagu Tema Terbaik di Taipei Golden Horse Awards di Taiwan hujung tahun lepas.

Rendra merupakan pembantu kepada Mac Quayle, yang menggubah lagu dan skor muzik untuk siri televisyen, Mr. Robot. Dalam tahun 2017, Quayle juga telah menerima anugerah Emmy untuk gubahan skor muzik terbaik dalam siri televisyen.

rendra zawawi

In order for you to be at the front lines, you must first watch from the backlines [untuk berada di hadapan, anda perlu bermula dengan memerhati dan belajar dari belakang].”

Sebenarnya ramai lagi orang Melayu hebat dalam bidang masing-masing seperti Yuna. Yuna kini mencipta nama di Amerika Syarikat.

Rizal Khalif. Selaku peserta Malaysia pertama untuk menyertai ekspedisi di Artik. Arkitek ulung negara Hijjaz Kasturi dan ramai lagi yang terus membanggakan bangsa Melayu.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.