Harga Minyak Dunia. Harga minyak mentah di pasaran dunia adalah berubah-ubah setiap hari mengikut pasaran dunia.

harga minyak dunia

Imej via Pixabay

Antara faktor yang menyebabkan naik turun harga minyak adalah permintaan, pengeluaran minyak, keadaan ekonomi dan keadaan persekitaran dunia. Seperti yang kita ketahui terdapat bebrapa negara yang menjadi pengeluar minyak mentah terbesar dunia.

Russia, Arab Saudi, Amerika Syarikat dan Iraq merupakan negara pengeluar minyak mentah terbesar di dunia. Untuk makluman, turun naik harga minyak dunia akan memberi kesan ke atas penetapan harga petrol dan diesel di Malaysia.

Harga Minyak Dunia Tidak Stabil

Pasaran minyak didagangkan rendah pada 14 November 2018 selepas susut tujuh peratus pada sesi sebelumnya. Dengan bekalan melonjak dan permintaan yang berkurangan menyebabkan pelabur berhati-hati.

Kontrak minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) Amerika Syarikat (AS) didagangkan AS$55.54 setong pada 0159 GMT. Turun 15 cent daripada penyelesaian terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah Brent naik 4 cent kepada AS$65.51 setong. Pasaran turun lebih tujuh peratus pada hari sebelumnya.

Minyak mentah susut lebih satu perempat daripada nilainya sejak awal Oktober, penurunan terbesar sejak harga komoditi itu menjunam pada 2014. Pasaran minyak sedang mengalmi tekanan daripada peningkatan bekalan dan kebimbangan mengenai kelembapan ekonomi.

Hasil minyak mentah AS daripada tujuh loji utama. Dijangka mencecah 7.94 juta tong sehari pada Disember, menurut Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).

Harga Minyak Naik 1.0 %

Sumber : Berita Harian

Namun harga minyak mentah global melonjak lebih 1.0 peratus pada minggu ketiga November. Ini menamatkan kerugian pada hari sebelumnya. Susulan laporan penurunan yang tidak dijangka dalam inventori minyak komersial Amerika Syarikat (AS) dan import minyak mentah India.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan AS$63.39 setong pada 0747 GMT, naik AS$86 cent setong atau 1.4 peratus, daripada penutup terakhir.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI), meningkat 90 cent, atau 1.7 peratus, kepada AS$54.33 setong.

Pemulihan pada Rabu berlaku selepas laporan oleh Institut Petroleum Amerika lewat Selasa. Bahawa inventori minyak mentah AS minggu lalu jatuh tanpa dijangka sebanyak 1.5 juta tong kepada 439.2 juta. Laporan pada tempoh seminggu hingga 16 November.

Rekod import minyak mentah oleh India hampir lima juta tong sehari juga menyokong harga.

Ekonomi global masih dalam tempoh sukar dan sangat rapuh.

Bank pelaburan AS, Goldman Sachs pada Rabu menyatakan bahawa kejatuhan harga baru-baru ini mencerminkan

 “kebimbangan terhadap penawaran yang berlebihan pada 2019 … (dan) penjualan komoditi yang lebih luas menyebabkan kebimbangan pertumbuhan terus meningkat”.

Dengan pengeluaran yang meningkat dan prospek permintaan merosot, Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) menekankan untuk memotong bekalan. Antara 1 juta dan 1.4 juta tong sehari untuk mengelakkan krisis 2014 berulang.

Harga Minyak Malaysia

Harga minyak petrol dan diesel ditetapkan secara harga bulanan bermula 7 Jun 2018. Bermula tarikh tersebut, kerajaan memberikan subsidi untuk petrol RON95 dan diesel. Subsidi ini untuk menampung kenaikan harga minyak mentah dunia.

Ini bermakna harga RON95 akan kekal pada RM2.20 seliter. Manakala harga diesel kekal pada harga RM2.18 seliter.

Walau bagaimanapun harga runcit rasmi petrol RON97 di Malaysia ditetapkan berdasarkan kepada harga pasaran semasa. Harga akan disemak secara mingguan mengikut mekanisme “manged float”. Harga untuk RON97 akan diumumkan pada setiap hujung bulan.

 

Copy

Penulis: Nor Ariffin Hamzah

Penulis blog yang suka kongsi bagaimana hobi boleh jadi duit.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.