Pernah dengar money block? Jarang kita dengar tentang perkara ini, tapi inilah yang selalu berlaku dalam diri kita atau orang sekeliling.

Money block merujuk kepada kepercayaan atau halangan dalaman yang menghalang seseorang daripada mencapai potensi kewangan mereka sepenuhnya. 

Ia sering berpunca daripada mindset negatif, pengalaman silam, atau ketakutan berkaitan wang. Halangan ini boleh menjejaskan cara seseorang berfikir, bertindak, dan membuat keputusan kewangan.

money block
via [marketeer]

Tanda-Tanda Anda Mempunyai Masalah Money Block

  1. Rasa tidak layak untuk kaya. Anda sering merasa tidak cukup baik untuk memiliki atau mencapai kekayaan.
  2. Takut kehilangan wang. Anda terlalu takut untuk melabur atau mengambil risiko kewangan, walaupun ia peluang yang baik.
  3. Pemikiran negatif tentang wang. Sebagai contohnya, anda mungkin terfikir “Wang adalah punca kejahatan,” atau “Orang kaya tamak dan jahat.”
  4. Kebiasaan membelanjakan semua wang. Pantang ada duit sikit pun, anda mungkin merasa tidak selesa melihat baki wang yang banyak, lalu menghabiskannya tanpa sebab kukuh.
  5. Rasa bersalah menerima wang. Anda rasa bersalah mengenakan bayaran untuk perkhidmatan atau kerja anda.
  6. Mentaliti serba kekurangan (Scarcity mindset). Anda percaya bahawa sumber kewangan sentiasa terhad dan mustahil untuk berjaya.

Jika anda ada tanda-tanda seperti di atas, ketahuilah bahawa anda sememangnya mengalami money block.

Punca Money Block Terjadi Dalam Diri

1. Kepercayaan Silam

Mungkin anda dibesarkan dalam keluarga yang mempunyai masalah kewangan, akhirnya ia boleh menanamkan mindset negatif tentang wang.

2. Pengalaman Kewangan yang Buruk

Pernah muflis, hilang pelaburan, atau ditipu juga boleh mencetuskan ketakutan terhadap wang dan terjadinya money block.

3. Rasa Takut Gagal atau Berjaya

Ketakutan terhadap perubahan gaya hidup, tanggungjawab, atau persepsi orang lain jika anda berjaya.

4. Pengaruh Sosial atau Budaya

Kepercayaan budaya yang mengaitkan wang dengan sifat tamak, tidak bermoral, atau kesusahan.

Cara Mengatasi Money Block Dalam Diri

1. Kenal Pasti Money Block Anda

Cara kenal pasti money block dalam diri adalah anda perlu tanya sendiri diri anda, apa kepercayaan anda tentang wang. Tuliskan pemikiran seperti apa ketakutan anda tentang wang. Fahami masalah silam anda yang berkaitan jika ada.

2. Tukar Mindset Negatif kepada Positif

Gantikan kepercayaan negatif dengan kata-kata positif seperti contoh berikut:

“Saya layak untuk hidup dengan kewangan yang stabil.”

“Wang adalah alat untuk mencapai kebaikan.”

Pastikan anda mengulang afirmasi ini setiap hari untuk melatih minda anda menerima pemikiran baru.

3. Tetapkan Matlamat Kewangan Yang Realistik

Anda juga perlu menetapkan matlamat jangka pendek dan panjang. Sebagai contoh, tetapkan untuk menyimpan RM500 sebulan dan labur dalam unit amanah selama 5 tahun.

Tahukah anda, matlamat yang jelas akan membantu anda fokus dan kurang kerisauan tentang wang.

4. Tingkatkan Literasi Kewangan

Anda juga boleh mengatasi masalah ini dengan cara mempelajari asas pengurusan wang seperti menyediakan bajet bulanan serta juga menabung dan melabur.

Selain itu, buku, kursus kewangan, atau mentor boleh membantu mengubah persepsi negatif terhadap wang.

5. Atasi Takut Untuk Melabur atau Berbelanja

Dengan mengatasi ketakutan melabur atau berbelanja, money block dapat diatasi. Anda boleh mulakan dengan tindakan kecil, contohnya melabur dalam dana risiko rendah seperti ASB atau Tabung Haji. Jangan lupa, pantau keuntungan kecil untuk membina keyakinan!

money block
via [berita]

6. Elak Buat Perbandingan Diri Dengan Orang Lain

Fokus pada perjalanan kewangan anda sendiri, bukan kejayaan orang lain. Ingat, setiap orang mempunyai laluan berbeza dalam mencapai kestabilan kewangan. Bila anda tak bandingkan diri dengan orang lain, tidak ada ketakutan lagi tentang wang.

7. Bergaul Dengan Orang Berfikiran Positif Tentang Wang

Bila berada dalam circle yang betul, masalah money block boleh diatasi. Caranya mudah, anda boleh sertai komuniti atau kumpulan yang menyokong mindset kewangan yang sihat.

Penting juga untuk elakkan pengaruh negatif yang merendahkan usaha anda dalam mencapai kejayaan kewangan.

8. Dapatkan Bantuan Profesional

Jika money block berpunca daripada trauma atau kebiasaan yang sukar diubah, pertimbangkan untuk berjumpa kaunselor kewangan. 

Anda juga boleh mengikuti sesi terapi psikologi untuk menangani ketakutan atau kepercayaan mendalam tentang wang. Jangan keberatan ya!

Itulah antara cara mengatasi masalah money block yang perlu anda fahami dan lakukan. Tidak ramai yang sedar mereka mempunyai masalah ini. Tetapi money block ini boleh memberi kesan kepada kehidupan dan kejayaan anda.

Atasi Money Block, Capai Potensi Kewangan Sepenuhnya

Akhir kata, money block adalah cabaran mental kewangan yang boleh diatasi dengan kesedaran dan usaha. Dengan mengubah mindset dan mempelajari pengurusan wang yang betul, anda boleh berjaya capai potensi kewangan sebenar anda. 

Ikut langkah terawal dalam mengubah mindset dan faham potensi sebenar kewangan buat diri anda, pasangan dan keluarga. 

Mula buat simpanan, pelaburan dan jana pendapatan dengan lebih baik lagi. Akan ada perubahan apabila mindset dan tindakan kita berubah.

Jom baca artikel di bawah:

Cara urus kewangan keluarga

Tips kewangan untuk golongan muda

Tips beli kereta lelong wajib buat!

Copy

Penulis: rinazul

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.