Model diskaun dividen yang diterjemahkan secara lansung daripada perkataan bahasa Inggeris, “Dividend Discount Model (DDM)”, merupakan satu kaedah kuantitatif yang digunakan untuk meramalkan harga stok sesebuah syarikat berdasarkan teori harganya pada masa kini adalah layak untuk jumlah keseluruhan pembayaran dividennya di masa hadapan selepas didiskaunkan kembali kepada nilai sekarang.

Dengan kata lain, DDM cuba untuk mengira nilai yang sesuai untuk satu stok tanpa mengira keadaan pasaran semasa dan mengambil kira faktor-faktor pembayaran dividen dan pulangan yang dijangkakan oleh pasaran. Sekiranya nilai yang diperoleh daripada DDM adalah lebih tinggi berbanding harga semasa perdagangan saham, maka stok menjadi terkurang nilai (undervalued) dan layak untuk satu pembelian dan begitu juga sebaliknya.

Sesebuah syarikat menghasilkan barangan atau menawarkan perkhidmatan untuk mendapatkan keuntungan. Aliran tunai yang diperoleh daripada aktiviti perniagaan tersebut menentukan keuntungan syarikat, yang mana dapat dilihat dalam harga-harga saham syarikat tersebut.

Syarikat-syarikat juga membuat pembayaran dividen kepada pemegang saham, yang biasanya datang daripada keuntungan perniagaan. Model DDM diasaskan pada teori bahawa nilai sesebuah syarikat adalah nilai sekarang layak untuk keseluruhan pembayaran dividen pada masa hadapan.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.