Seiring dengan kemajuan teknologi di abad ke-21 ini, banyak gaya hidup kita telah berubah yang disesuaikan dengan peredaran zaman.

Artikel kali ini akan membincangkan penggunaan pengiklanan digital sebagai platform pengiklanan yang baharu. Media sosial bukan sekadar tempat anda ‘membawang’ secara online, tapi boleh juga digunakan untuk jual barang secara lebih mudah dan efisien!

Menarik, kan? Jom baca!

Pendahuluan

Khusus bagi bidang pemasaran, kini, platform pengiklanan digital mengambil alih kaedah pemasaran yang utama bagi promosi barangan.

Di dunia digital, platform yang boleh digunakan ialah di media sosial (Facebook, Instagram, Whatsapp, Twitter) dan laman sesawang (website, blog)

Ramai yang sudah beralih ke pengiklanan digital yang ternyata mempunyai lebih banyak kelebihan seperti capaian yang mudah, pantas dan memberi pulangan yang tinggi.

Pengiklanan di Media Sosial

Kebiasaannya, pengiklanan digital melalui media sosial bersifat lebih santai. Di sini, hubungan interaktif berlaku antara pengguna dan ‘tuan rumah’ sekali gus mewujudkan rasa mesra pengguna.

Pengiklanan di media sosial boleh dibahagikan kepada beberapa golongan seperti:

  1. Lapisan umur
  2. Jantina
  3. Demografik lokasi
  4. Minat / Hobi
  5. Kekerapan dan kecenderungan terhadap sesuatu
Imej via iLabur

Pengiklanan di Website

Di platform website, pengiklanannya lebih bersifat secara terus, secara langsung direct to the point tentang sesuatu produk atau perkhidmatan.

Pengiklanan di website ada dua jenis iaitu pengiklanan melalui carian seperti Google dan pengiklanan melalui paparan.

Pengiklanan di website dilihat lebih luas merangkumi banyak capaian di seluruh dunia dengan hanya satu kata kunci carian. Contohnya ‘cheap massage service in KL’ atau ‘tudung tak payah iron’ yang boleh diakses sesiapa sahaja yang menaip kata kunci tersebut atau yang berkaitan dengannya.

Kedatangan pengunjung ke website anda boleh mencecah ribuan ke jutaan angka!

Strategi Pemasaran Digital

Imej via iLabur

Apabila anda betul-betul mahu memilih pemasaran dengan pengiklanan digital ini, ada beberapa strategi pemasaran yang anda boleh ikuti:

#1 Jangan Buat Pembeli Lari

Kalau dulu, anda akan menyuap para pelanggan dengan segala macam poster, pamphlet, memo, notis dan sebagainya lah untuk mengiklankan barangan anda.

Satu fakta yang anda kena tahu sebagai penjual, pembeli kini mudah muak dengan iklan yang berpusu-pusu masuk di skrin mereka. Mereka menyampah!

Nampaknya, pembeli semakin susah ‘dibeli’. Kena handle with care.

Jadi, jangan ‘rakus’ menghasilkan iklan bertubi-tubi yang akhirnya akan menyebabkan anda kehilangan pembeli berpotensi!

#2 Sediakan Kandungan yang Kreatif

Zaman sekaran ni, bisnes kecil ke besar ke, popular ke baru nak up ke, memang menumpukan pemasaran di media sosial untuk mengukuhkan jenama mereka.

Apabila jenama mereka semakin dikenali, jualan pasti akan lebih lancar. Untuk tujuan ini, kandungan pengiklanan mereka menjadi semakin kreatif. Contohnya penyampaian disampaikan dengan lebih santai, viral, menggunakan khidmat personaliti popular dan sebagainya.

Bos besar kedai langsir MK pun dah pandai main TikTok ye! Dengan cara itu, setiap video TikTok mereka mendapat ribuan shares dan likes, seterusnya berjaya memahat nama jenama mereka dalam kalangan warganet.

#3 Produk yang Berkualiti sebagai Buah Mulut

Sesebuah produk boleh dipasarkan secara buah mulut hanya apabila pembeli anda yang mula-mula itu berpuas hati dengan servis dan produk anda itu. Mereka akan menarik lebih ramai pembeli dari kalangan kawan-kawan dan keluarga yang merasa lebih yakin untuk menggunakan khidmat/membeli barangan anda.

Kualiti produk anda perlu sentiasa dijaga dan dipertingkat, tiada kompromi! Kita nak berniaga bukan untuk sehari dua saja.

#4 Diskaun atau Rebat Istimewa

Sekali sekala, anda boleh laburkan sedikit modal untuk mengurangkan harga barangan bagi memberi tawaran harga istimewa. Atau boleh juga sediakan barangan percuma free gift bagi setiap pembelian.

Pembeli happy, anda pun happy!

#5 Jangan Terlalu Gunakan Video untuk Pengiklanan

Sehingga satu tahap, semua peniaga nak buat video untuk iklankan barangan. Tak salah sebab memang kreatif dan menarik, cumanya kalau boleh variasikan juga dengan tulisan atau gambar.

Bukan semua pembeli mempunyai data internet yang laju atau bukan semua tempat ada capaian internet yang laju.

Kalau video anda asyik buffer je, orang akan skip saja iklan anda itu. Kan dah rugi pembeli? Sekurang-kurangnya jika ada tulisan atau gambar (disampaikan secara kreatif), mesej iklan anda masih boleh disampaikan kepada ramai orang.

#6 Jangan Copy Paste Kandungan Orang Lain

Dunia internet sebenarnya paling mudah untuk tahu sama ada kandungan anda tulen original atau anda cilok copy paste daripada kandungan orang lain. Semua di hujung jari sahaja kalau nak semak, ataupun, bagi produk yang lebih kurang, macam sama-sama jual tudung atau makanan, pembeli mulalah rasa dejavu eh macam pernah baca tapi di mana ya.

Ada sesetengah orang yang tak suka perangai plagiat ini, seterusnya persepsi ini akan menyebabkan bisnes anda dilabel sebagai ‘Thank you, next.’

Dah hilang pelanggan.

#7 Jangan Taksub dengan Cara Naikkan Rating

Banyak jalan pintas yang diambil untuk menampakkan profil akaun atau website anda gah di mata pembeli seperti membeli fake followers untuk menambah bilangan pengikut, kerap menggunakan fungsi iklan seperti FBAds yang akhirnya akan membuatkan pembeli menyampah (rujuk point #1) dan juga bayaran servis website untuk kelajuan trafik dan sebagainya yang sebenarnya tidak relevan.

Akhir sekali, pembeli akan tetap memilih produk yang berkualiti dengan harga yang berpatutan, serta disokong oleh testimoni yang baik oleh kenalan mereka yang pernah membeli sama.

Kesimpulan

Penjual online perlu sentiasa beradaptasi dan peka dengan perubahan gaya permainan pemasaran. Contohnya sekarang, pengiklanan digital menjadi pilihan utama untuk memasarkan produk. Akan datang, kita belum tahu?

Ringkasnya, R&D produk atau servis adalah yang paling penting bagi menawarkan produk yang bagus dari segi kualiti dan harga.

Selamat berurus niaga!

Rujukan

  1. https://www.habpemasarandigital.com/artikel/platform-pengiklanan-digital/
  2. Kannan, P. K. (2017). Digital marketing: A framework, review and research agenda. International Journal of Research in Marketing, 34(1), 22-45.
  3. Tiago, M. T. P. M. B., & Veríssimo, J. M. C. (2014). Digital marketing and social media: Why bother?. Business horizons, 57(6), 703-708.
Copy

Penulis: Jefri Yusof

Berminat dengan kajian Malaysia. Rajin mengupas isu semasa.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.