Masalah kredit atau “credit crunch” merujuk kepada penurunan dalam aktiviti pemberian pinjaman oleh institusi kewangan yang disebabkan oleh kekurangan dana secara tiba-tiba.

Kebiasaannya, lanjutan daripada kemelesetan, masalah kredit menjadikannya kepada hampir mustahil bagi syarikat-syarikat untuk membuat pinjaman kerana para pemberi pinjaman risau akan kebankrapan atau kelalaian (default), yang menyebabkan kadar faedah yang lebih tinggi.

Dalam erti kata lain, masalah kredit adalah keadaan ekonomi di mana modal pelaburan adalah sukar untuk dilindungi. Bank-bank dan institusi-institusi kewangan tradisional yang lain akan menjadi berhati-hati dalam pemberian pinjaman kepada individu atau syarikat-syarikat kerana mereka bimbang peminjam akan mungkir atau lalai (default). Keadaan ini menyebabkan kadar faedah meningkat sebagai satu cara memberikan ganjaran kepada pemberi pinjaman kerana mengambil risiko tambahan.

Masalah kredit yang juga kadang-kadang dipanggil krisis kredit (credit squeeze / crisis) cenderung untuk berlaku secara bebas daripada perubahan kadar faedah secara tiba-tiba. Individu ataupun syarikat yang sebelum ini boleh mendapatkan pinjaman untuk membiayai perbelanjaan-perbelanjaan utaam atau mengembangkan operasi tiba-tiba mendapati mereka tidak lagi dapat memperoleh dana dengan cara demikian.

Kesan dan akibat daripada gelombang masalah kredit ini dapat dirasakan oleh keseluruhan ekonomi. Ini kerana penurunan kadar pemilikan rumah dan perniagaan terpaksa dikurangkan kerana kekurangan modal.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.