Mirror Sea atau juga dikenali sebagai Silent Zone di kalangan pelaut bukanlah nama yang asing bagi mereka yang menghabiskan banyak masa di tengah lautan. Terlalu banyak kisah misteri yang pernah diceritakan tentang Mirror sea sama ada oleh anak kapal yang lalu di situ atau para penyelam yang membuat selaman atau scuba diving di sana. Kali ini kami akan kongsikan tentang mirror sea dan kisah-kisah yang menarik pernah berlaku di sana.

1. Objek besar langgar kapal dan bunyi pelik

Sumber: Twitter

Ini adalah kisah seram di Mirror Sea yang dikongsikan oleh seorang anak Malaysia. Perkongsiannya di twitter mendapat perhatian ramai sehingga kisahnya menjadi viral. Menurut beliau yang mesra dipanggil Acap, mirror sea adalah sangat cantik di mana laut dan langit seolah bersatu seperti cermin. Tak dapat dibezakan di mana pengakhiran laut dan di mana bermulanya langit.

Mirror sea juga dikenali sebagai silent zone kerana suasanya yang sangat sunyi hingga tiupan angin juga tiada. Berikut adalah pengalaman ngeri beliau semasa melalui mirror sea dan laut lain:

  • Dia mendengar suara perempuan memanggil namanya dan ketawa, sayup-sayup di hujung telinga
  • Kesemua anak kapal mendengar suara dari dalam laut, seperti bunyi ikan lumba-lumba yang bergerak dalam jumlah yang banyak. Ia adalah sesuatu yang pelik dan tidak normal
  • Echo sounder mengesan objek yang sangat besar dan tidak dapat dikenal-pasti pada kedalaman 500 meter
  • Kemudian kapal mereka bergegar seperti terlanggar sesuatu yang besar dan menjadi senget namun bila dilihat ke dalam air tiada apa kecuali alunan yang besar. Ada anak kapal yang mula menjadi lali dan khayal.
  • Tak lama kemudian muncul jerung dalam air dan mengikut pengalaman mereka biasanya jerung tidak muncul sendirian. Ia akan datang berteman dan masing-masing ketakutan.
  • Kedengaran bunyi pelik yang kuat, dan kapal mereka melajukan kelajuat beberapa knot agar cepat-cepat keluar dari sea mirror.

2. Duit cengkerang kerajaan lautan dalam

Ini pula adalah pengelaman seorang penyelam. Semasa melakukan kerja di tengah laut, propeller kapal mereka tersangkut pada pukat kapal tunda. Dia turun untuk memotong tali pukat dan membawa  sebuah beg kedap udara berisi peralatan yg diperlukan. Selesai memotong tali pukat tunda, dia naik semula. Namun apabila membuat pemeriksaan ke atas gear dan beg peralatan, dalam beg tersebut penuh dengan cengkerang siput yg beraneka jenis.  Apa yang menarik, setiap cangkerang tersebut terdapat  tulisan dan simbol yangg tidak menyerupai bahasa manusia. Ia seperti sejenis matawang.

3. Jet pejuang misteri

Sumber: Pinterest

Ini adalah kisah tentera udara Amerika Syarikat yang sedang melakukan operasi sulit mencari jet pejuang tentera yg terhempas. Sampai di lokasi mereka memakai peralatan menyelam untuk laut dalam dan turun menggunakan kabel. Dari jauh mereka nampak bangkai jet tersebut yang terdampar di satu kawasan seperti padang pasir dan langsung tiada terumbu mati atau benda-benda lain di sekelilingnya.

Ia adalah sesuatu yang pelik. Tiada sebarang kerosakan pada bangkai jet dan ianya juga adalah mustahil kerana jet ini terhempas dan menjunam ke dalam laut dalam kelajuan yang tinggi. Sepatutnya ia sudah hancur dan sisa badan jet berteraburan di serata tempat. Mayat kedua-dua juruterbang juga tidak dijumpai.

4. Buih misteri

Kisah ini tentang kerja menyelam untuk mencari sisa kapal. Biasanya bagi mereka yang melakukan kerja menyelam,  cara untuk mengenal pasti kedudukan penyelam di dalam laut adalah berdasarkan buih-buih yang timbul di permukaan air. Di mana ada buih yang naik ke permukaan air, di situlah penyelam berada. Cerita ini diceritakan oleh anak kapal yang berada di atas kapal dan memantau penyelam di bawah laut.

Semasa memantau, kelihatan  satu jujukan buih udara yg timbul ke permukaan laut.  Memandangkan mereka berada ratusan kilometer dari darat dan tiada kapal lain yang menjalankan operasi selain kapal mereka, maka mustahil ada penyelam lain di kawasan tersebut. Kemudian mereka mendengar bunyi seperti jeritan haiwan yang amat nyaring datang dari dalam laut.

Pemeriksaan mendapati bahawa penyelam mereka berada dalam keadaan baik namun penyelia berasa tidak sedap hati lalu memanggil penyelam mereka naik. Tidak lama kemudian, mereka melihat satu kumpulan buih yang amat banyak sedang bergerak menuju ke lokasi penyelam mereka berada sebentar tadi.

5. Makhluk pelik dalam laut

Sumber: Sharkexplorers

Sebagai seorang penyelam laut dalam, adakalanya mereka akan bertemu makhluk pelik. Dalam satu operasi mencari serpihan kapal, pada kedalaman 50 meter, lautyang jernih tiba-tiba menjadi keruh. Ikan juga terus hilang. Tiba-tiba platform mereka dilanggar dari bawah. Apabila mereka melihat ke bawah, kelihatan satu bayang ikan gergasi berukuran kira-kira 15 meter panjang dan 6 meter lebar sedang berenang di bawah platform

Ikan itu menyerupai jerung tetapi kulitnya berwarna coklat kehitaman dan bersisik seperti cengkerang. Giginya pula seperti taring kecil,tetapi berlapis-lapis.  Giginya kelihatan sangat tajam. Ikan itu melanggar platform sekali lagi dan kali ini merosakkan platform. Gigi ikan yang tajam menembusi platform. Mereka terus minta ditarik di atas dan ikan tersebut menghilangkan diri.

Itulah dia info tentang mirror sea dan kisah-kisah yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang tsunami di Aceh dan ikan jerung megalodon.

Rujukan:

1. Orang kata

2. Buku Prima

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.