Kita selalu mendengar tentang Briget Al Qassam. Tentera Hamas di Palestin yang digeruni oleh askar Israel. Jika kita mendengar berita dari barat, Bridget Al Qassam dianggap sebagai pengganas, kumpulan pelampau dan militant walau pun mereka hanya mempertahankan negara sendiri yang dijajah oleh Israel. Jom kami berkongsi tentang Bridget Al Qassam yang tak ramai orang tahu.

Siapakah Briged Al Qassam?

Sumber: Mukahpages

Briged Al Qassam atau nama penuhnya Brigedt Izudin Al Qassam adalah tentera elit dalam pergerakan tentera islam Hamas. Dari segi bahasa, Izz bermaksud ‘pertolongan’, ‘ketaatan’ atau ‘kebanggaan’, manakala Din bermaksud ‘agama’. Al-Qassam boleh diterjemah sebagai ‘pemisah’. Bolehlah kita simpulakan bahawa Briged Al Qassam merupakan pejuang agama dan pemisah yang menjadi kebanggan dan member pertolongan kepada rakyat Palestin yang ditindas oleh Israel.

Dari segi sejarah, Izz ad-Din al-Qassam ialah nama seorang mujahid yang gugur syahid pada 1935 di Palestin. Beliau yang lahir di Syria telah dibuang ke Palestin kerana menentang pendudukan Perancis di Syria dan Lubnan. Beliau syahid di Palestin dan namanya digunakan oleh bridget tersebut sebagai tanda penghargaan kepada pengorbanan yang dilakukan oleh beliau.

Bridget Al Qassam telah ditubuhkan pada 1992 dibawah penyeliaan Yahya Ayash. Matlamat  utama penubuhan kumpulan tersebut adalah unttuk membina sebuah organisasi ketenteraan bagi menyokong perjuangan Hamas. Pada waktu tersebut Hamas sedang gigih menghalang rundingan Persefahaman Oslo.

Dari tahun1994 hingga 2000, Bridget Al Qassam telah melancarkan serangan demi serangan ke atas Israel dan ia menyebabkan tentera Israel sangat takut dengan mereka kerana mereka mampu melakukan serangan mengejut dan menyebabkan kematian ramai tentera Israel. Malah negara barat seperti  Kesatuan Eropah, Amerika Syarikat, Australia dan United Kingdom telah menyenaraikan Bridget Al Qassam sebagai organisasi pengganas kerana serangan mereka ke atas Israel.

Organisai Briged Al Qassam

Walaupun mereka adalah salah satu sayap dalam ketenteraan islam Hamas, Bridget Al Qassam mempunyai kebebasan yang tinggi dalam membuat keputusan. Dan kerap kali mereka membuat keputusan tanpa merujuk atau mendapat persetujuan daripada Hamas. Organisasi briged ini terdiri daripada rangkaian sel khas yang beroperasi di seluruh Genting Gaza dan Tebing Barat. Setiap sel dalam rangkaian ini bergerak sendiri secara bebas di bawah arahan kepimpinan briged.

Apa yang menarik, identiti dan jawatan para pejuang dalam gerakan Bridget Al Qassam dirahsiakan sehingga kematian mereka. Setelah merek syahid, barulah identiti mereka diketahui oleh orang ramai.

Semasa bertempur, semua pejuang Bridget Al Qassam akan memakai penutup kepala berwarna hitam di mana headband kumpulan tersebut diikat. Jumlah ahli briged ini juga hanya diketahui oleh kepimpinannya. Apa yang menarik perhatian kami, proses rekrut juga dilakukan secara rahsia. Rekrut-rekrut wajib memenuhi syarat yang ketat seperti:

  • Mempunyai akhlak yang baik
  •  Alim dalam agama. Kebiasaanya rekrut adalah mereka yang solat subuh di masjid setiap hari
  • Berintegriti
  • Istiqamah dalam perjuangan
  • Lulus pemeriksaan fizikal yang dilakukan
  • Berpendidikan
Sumber: Inspiradata

Kenapa Briged Al Qassam digeruni oleh tentera Israel?

Pastinya anda tertanya-tanya kenapa Bridged Al Qassam sangat digeruni oleh tentera Israel walau pun jelas sekali tentera Israel memiliki bilangan tentera yang lebih ramai dan kelengkapan senjata yang lebih canggih dan moden. Berikut adalah kelebihan Bridget Al Qassam:

  • Keberanian dan tidak takut mati

Keberanian tentera Al Qassam tiada tandingan. Mereka sangat berani dan tidak takut mati. Ini adalah senjata yang paling ampuh dalam peperangan. Kehebatan senjata dan jumlah tentera yang ramai tidak akan dapat menandingi keberanian tentera yang tidak takut mati.

  • Strategi peperangan yang hebat dan teratur

Malah mereka juga mempunyai strategi peperangan yang sangat teratur dan hebat. Malah tentera Israel tidak mampu memtahkan serangan yang dilakukan oleh Bridget Al Qassam. Serangan yangdilakukan adalah sangat  tersusun dengan jerangkap samar dengan alat kawalan jauh yang melumpuhkan tentera Israel.

  • Penubuhan skuad Amfibia Al Qassam

Dengan tertubuhnya skuad amfibia Al Qassam, Israel dapat ditembusi melalui jalan laut. Apa yang lebih hebat, skuad ini telah berjaya menyelinap masuk ke dalam sebuah kem tentera Israel dan melakukan serangan di dalam kawasan kem mereka sendiri.

  • Roket R-160 dengan sasaran yang jauh

Roket R-160 yang dimiliki oleh Bridget Al Qassam mampu pergi sejauh 160 kilometer dan pernah dilancarkan sejauh Haifa, bandar paling utara di Israel. Ia adalah petanda bahawa tiada bahagian dalam negara Israel yang selamat dari serangan Bridget Al Qassam.

  • Sniper Ghoul dengan jarak 2 kilometer

Bridget Al Qassam mempunyai sniper buatan sendiri yang diberi nama Ghoul. Senjata ini dipercayai mempunyai keupayaan teleskopik dan mampu menembak sejauh 2 kilometer berbanding sniper biasa yang hanya mampu menembak dengan tepat pada sasaran sejauh 1 kilometer.

  • Roket anti Iron Drome

Sistem Iron Drome yang didakwa sebagai sistem penangkas roket terbaik dunia yang digunakan oleh Israel akhirnya tewas di tangan Bridged Al Qassam. Israel terpaksa membelanjakan jutaan ringgit untuk memperbaharui sistem mereka dengan teknologi maju namun tetap kalah dengan Bridget Al Qassam.

  • Pesawat tanpa pemandu Ababil

Ababil adalah pesawat tanpa pemandu milik Bridget Al Qassam. Pesawat ini berjaya memasuki ruang udara Israel dan kembali ke Palestin dalam keadaan yang selamat. Betapa hebatnya mereka!

Itulah dia info  tentang Briged Al Qassam : tentera yang ditakuti oleh Israel yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang perang dagang Amerika dan China serta kesannya

Rujukan:

1. Wikipedia

2. Thevocket

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.