Pada zaman IT dan serba moden ini, boleh dikatakan segala-galanya adalah secara online. Order makanan secara online, mendaftarkan anak yang baru lahir secara online, kelas secara online, malah sesi soal jawab atau selidik juga dilakukan secara online. Salah satu cara yang paling popular untuk berhubung secara online ialah Google Form. Pastinya anda pernah menggunakan Google Form. Jom lihat perkongsian cara buat Google Form sebagai panduan anda.

Sumber: Griffineducation

Apa itu Google Form?

Google Form adalah salah satu perisian yang terdapat didalam  Google Drive anda. Fungsi perisian ini ialah untuk membolehkan pengguna mengumpulkan data daripada pengguna Google lain. Respons dari pengguna Google yang menjawab soalan didalam  Google Form yang anda sediakan akan dikumpulkan dan disambungkan secara automatik ke sebuah spreadsheet yang akan menyediakan taburan data.

Apa yang penting, Google Form adalah percuma. Itulah sebabnya kenapa ia menjadi platform utama para pengguna Google untuk melakukan:

  • Kaji selidik
  • Kuiz
  • Peperiksaan
  • Soal selidik
  • Pesanan barang
  • Undangan majlis
  • Pendaftaran

Cara buat Google Form

Membuat Google Form adalah sangat mudah, jika anda tahu caranya. Berikut adalah cara buat Google Form mengikut langkah demi langkah:

  • Perkara pertama yang diperlukan untuk membuat Google Form ialah akaun Google atau Gmail. Pastikan akaun Gmail anda masih aktif.
  • Setelah yakin bahawa Gmail anda adalah aktif, anda boleh buka laman web https://www.google.com/forms/about/ atau buat carian Google Form di Google anda.
  • Pilih Google Form Personal atau Business. Pilih yang mana bersesuaian dengan borang yang akan anda sediakan.
  • Sebagai contoh, jika anda ingin menggunakan Google Form untuk tujuan peribadi, pilih Personal.
  • Kemudian tekan butang Go To Google Form.
  • Pilih template Google Form. Di sini anda akan diberikan pilihan pelbagai template untuk anda pilih. Pilihlah template yang sesuai dengan tujuan anda.
  • Setelah memilih template, pilih pula kategori maklumat untuk diisi seperti nama, emel, alamat serta soalan-soalan lain untuk diisi oleh responden. Anda boleh gunakan soalan sedia ada dalam template tersebut atau anda juga boleh membuat soalan lain mengikut cara anda. Selain soalan, anda juga boleh edit tajuk borang, deskripsi borang dan juga maklumat dalam borang. Untuk mengedit, anda Cuma perlu klik sahaja pada mana-mana yang anda ingin ditukar, kemudian tulis semula dengan cara anda.
  • Anda juga boleh mengubah warna latar belakang Google Form anda.
  • Bagi  bahagian responden, anda boleh letakkan pelbagai jenis cara untuk responden menjawab soalan anda seperti:
  • Short answer. Jika ini adalah p;ihan anda, secara automatik akan tertera garisan panjang atau pendek untuk responden memberikan jawapan.
  • Paragraph. Sama seperti short answer, garisan panjang atau pendek akan tersedia secara automatik.
  • Multiple choice. Bagi multiple choice, Anda perlu  meletakkan pilihan jawapan untuk responden.
  • Checkboxes. Ia lebih kurang sama seperti Mutiple Choice, tetapi jawapan disertakan dengan bentuk kotak untuk ditandakan.
  • Drop-down. Pilihan ini mempunyai fungsi drop down untuk responden pilih jawapan.
  • File upload. Untuk pilihan ini, responden perlu memuat naik fail yang akan dihantar ke Google Drive milik anda. Anda boleh menentukan saiz fail yang boleh dimuat naik oleh responden serta jumlah fail yang dibenarkan untuk dimuatnaik.
  • Linear scale. Pilihan ini biasanya digunakan untuk menentukan rating bagi sesuatu kenyataan atau pertanyaan.
  • Multiple choice grid. Bagi pilihan ini, susunan jawapan adalah dalam bentuk grid.
  • Tick box grid. Sama juga bagi pilihan ini, susunan jawapan adalah dalam bentuk grid.
  • Date. Untuk pilihan yang ini, responden perlu menjawab dengan memilih tarikh yang tertera pada kalendar yang dihasilkan secara automatik.
  • Time. Sama seperti tarikh, begitu juga dengan pilihan masa. Pilih masa yang tertera.
Sumber: Alphr

Cara upload gambar dalam Google Form

Selain bertanyakan soalan, anda juga boleh memuat naik gambar dan video di Google Form yang anda sediakan. Berikut adalah cara untuk muat naik gambar dan video di Google Form:

  • Untuk memuat naik gambar, anda boleh pilih sama ada  menggunakan cara mengambil snapshot menggunakan webcam atau kamera telefon anda, meletakkan URL untuk gambar tersebut, memuat naik gambar daripada Google Drive anda ataupun anda search sendiri menggunakan browser.
  • Untuk memuat naik video ke Google Form, anda boleh gunakan cara yang sama juga.

Cara buat template Google Form sendiri

Selain menggunakan template sedia ada, anda juga boleh memilih untuk mencipta sendiri template Google Form anda. Caranya ialah dengan memulakan borang anda dengan blank template.

Cara untuk menggunakan Google Form

Setelah Google Form anda siap, anda boleh menggunakan borang tersebut dengan tiga cara iaitu:

  • Hantarkan melalui emel kepada semua responden.
  • Cara kedua ialah dengan mendapakan link URL untuk Google Form dan hantar link tersebut kepada semua responden melalui mana-mana platform perhubungan.
  • Ketiga, anda juga boleh hantarkan borang dalam bentuk Embed HTML kepada semua responden.
Sumber: Whatbinder

Itulah dia info  tentang cara buat google form yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang menyimpan duit dengan bijak dan cara atasi obesiti.

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.