Untuk makluman anda, berkuat-kuasa 23 Jun 2019, Tabung Haji telah memansuhkan penggunaan buku akaun bagi transaksi di kaunter. Ini bermaksud anda tidak perlu lagi membawa buku akaun untuk mengeluarkan dan memasukkan duit. Jom kami kongsikan cara pengeluaran tabung haji tanpa buku sebagai panduan buat anda.

Sumber: Siraplimau

Simpanan di Tabung Haji

Simpanan di Tabung Haji adalah berdasarkan konsep Wakalah. Wakalah bermaksud seseorang (Muwakkil) melantik satu pihak yang lain (Wakil) sebagai wakilnya untuk mengendalikan duit yang disimpan di dalam akaunnya. Simpanan di Tabung Haji adalah patuh syariah serta dijamin sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. Selain itu, anda juga tidak perlu risau tentang zakat kerana semunya diuruskan oleh pihak Tabung Haji.

Kelebihan Menyimpan di Tabung Haji

Tabung Haji menjadi pilihan ramai untuk menyimpan kerana ia memiliki beberapa kelebihan yang tidak dimiliki oleh bank lain. Di antara kelebihannya ialah:

  • Simpanan patuh syariah
  • Staf yang menyantuni para jemaah haji
  • Simpanan dijamin oleh kerajaan
  • Pengecualian cukai
  • Zakat diuruskan oleh pihak Tabung Haji
  • Tiada had simpanan

Simpanan dan pengeluaran di Tabung Haji

Tiada had jumlah simpanan jika anda ingin menyimpan di Tabung Haji. Anda boleh memasukkan duit ke dalam akaun dengan kaedah berikut:

  • Wang tunai
  • Cek
  • Pindahan dana
  • Potongan Gaji
  • Perbankan Elektronik dan Internet
  • Kaunter Perkhidmatan Rakan Strategik
  • Ejen Kutipan

Sementara had maksimum pengeluaran tunai di kaunter adalah sebanyak RM10,000 di kaunter biasa. Jika anda ingin mengeluarkan wang melebihi RM10,000 anda perlu pergi ke Ibu Pejabat Tabung Haji.

Akaun tidak aktif (dormant)

Akaun Pendeposit yang tidak mempunyai sebarang transaksi melebihi 7 tahun akan diklasifikasikan sebagai Akaun Tidak Aktif. Ini adalah selaras dengan Peraturan-Peraturan dan Akta Tabung Haji (1995). Bermula tahun 2018, Akaun Tidak Aktif tidak akan menerima sebarang agihan Hibah Tahunan.

Untuk maklumat anda, Tabung Haji dikecualikan daripada menyerahkan  wang Akaun Tidak Aktif kepada Pendaftar Wang Tak Dituntut. Ini bermaksud, Pendeposit atau waris masih boleh membuat tuntutan ke atas baki simpanan akaun yang berstatus tidak aktif pada bila-bila masa, tanpa perlu pergi ke Pendaftar Wang Tak Dituntut.

Sumber: Therohani

Cara keluarkan duit Tabung Haji tanpa buku akaun

Terdapat beberapa cara untuk mengeluarkan duit dari akaun Tabung Haji anda iaitu melalui kaedah offline, mesen ATM, dan secara online. Berikut adalah langkah untuk mengeluarkan duit dari akaun Tabung Haji anda:

1. Kaunter Tabung Haji

Untuk mengeluarkan duit di Kaunter Tabung Haji, berikut adalah caranya:

  • Bawa kad pengenalan (MyKad)
  • Isi borang
  • Pihak kaunter akan mencetak penyata ringkas akaun anda

2. Bank Rakyat

Duit dari Akaun Tabung Haji anda juga boleh dikeluarkan menerusi Bank Rakyat. Anda boleh memilih sama ada ingin mengeluarkan di kaunter, mesin ATM, atau dengan cara link Tabung Haji dan Bank Rakyat.

Untuk pengeluaran di kaunter, apa yang perlu anda lakukan ialah:

  • Bawa kad pengenalan
  • Isi borang

Jika anda ingin mengeluarkan duit dengan menggunakan mesin ATM, berikut adalah langkah yang perlu anda lakukan:

  • Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat dan pastikan mesin tersebut dapat mengeluarkan resit
  • Masukkan kad debit Bank Rakyat beserta nombor pin
  • Pilih ‘Pengeluaran Wang’
  • Pilih ‘Tabung Haji’
  • Pilih nombor akaun Tabung Haji anda
  • Masukkan jumlah yang ingin dikeluarkan
  • Pilih ‘Ya’ untuk mendapatkan resit urus niaga

Anda juga boleh menyambungkan akaun Tabung Haji dengan akaun Bank Rakyat untuk memudahkan urusan memasukkan dan mengeluarkan duit. Caranya:

  • Pergi ke mana-mana mesin ATM Bank Rakyat
  • Masukkan kad debit anda beserta nombor pin
  • Pilih Menu ‘Lain-lain’
  • Pilih Menu ‘Teruskan’
  • Pilih Menu link ‘Akaun/Pendaftaran TH
  • Pilih menu link ‘Akaun Sendiri’
  • Masukkan nombor akaun Tabung Haji anda

3. Secara online

Anda juga boleh mengeluarkan duit dari akaun Tabung Haji anda secara online. Namun terlebih dahulu anda perlu ada akaun perbankan internet/atas talian (online banking) di mana-mana laman web rakan strategik Tabung Haji iaitu:

  • Maybank2U
  • CIMB Clicks
  • i-Rakyat
  • Bank Islam IB

Pastikan juga akaun tersebut sudah di link dengan akaun Tabung Haji anda. Berikut adalah contoh cara pengeluaran secara online menggunakan Bank Islam IB:

  • Login akaun Bank Islam IB anda, kemudian memasukkan Username dan Password
  • Pilih Fund Transfer
  • Klik butang Tabung Haji
  • Di bahagian Transfer Type, pilih Tabung Haji Account to Own Bank Islam Account
  • Kemudian pilih akaun Tabung Haji anda
  • Masukkan jumlah transaksi
  • Pilih nombor akaun Bank Islam anda pada ruangan Recipient Account
  • Masukkan sebarang jenis rujukan sekiranya perlu di ruangan Recipient Reference
  • Klik butang Transfer
  • Semak semula bagi memastikan maklumat transaksi adalah betul
  • Di bahagian i-Access Code, tekan link Request i-Access Code. Kod ini akan dihantar ke nombor telefon anda yang telah didaftarkan.
  • Setelah selesai, tekan butang Confirm

Itulah dia info tentang cara pengeluaran tabung haji (kena tahu, tiada lagu guna buku) yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat buat anda. Jika anda sukakan perkongsian ini anda juga dijemput untuk membaca artikel kami tentang cara bayar PTPTN guna KWSP dan cara renew passport.

Rujukan:

1. Tabung Haji

2. The Rohani

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.