Liabiliti semasa merupakan kewajipan kewangan jangka pendek syarikat yang perlu dibayar dalam tempoh satu tahun atau dalam kitaran operasi yang biasa. Kitaran operasi yang juga dikenali sebagai kitaran penukaran tunai, merupakan masa yang diperlukan oleh sesebuah syarikat untuk membeli inventori dan menukarnya kepada wang tunai daripada jualan. Antara contoh liabiliti semasa adalah hutang kepada pembekal dalam bentuk akaun pemiutang.

Selain itu, liabiliti semasa biasanya diselesaikan dengan menggunakan aset-aset semasa yang mana aset semasa merupakan aset yang digunakan dalam tempoh satu tahun. Aset semasa adalah termasuk tunai atau akaun penghutang, iaitu wang yang belum diterima daripada hasil jualan (terhutang oleh pelanggan). Nisbah aset semasa kepada liabiliti semasa adalah penting dalam menentukan keupayaan secara berterusan sesebuah syarikat untuk membayar hutang-hutangnya sebelum daripada tempoh tamat.

Akaun pemiutang biasanya merupakan salah satu liabiliti semasa terbesar yang terdapat pada penyata kewangan sesebuah syarikat dan ia menunjukkan invois daripada pembekal-pembekal yang belum dibayar. Kebiasaannya juga, syarikat-syarikat akan cuba untuk memadankan tarikh menyelesaikan pembayaran akaun penghutang mereka untuk membolehkan mereka membayar para pembekal sebelum tarikh tamat tempoh akaun pemiutang mereka.

Sebagai contoh, sesebuah syarikat mungkin mempunyai syarat untuk menjelaskan hutang kepada pembekal dalam tempoh 60 hari, yang mana menyebabkan pelanggan diberikan syarat untuk menjelaskan hutang kepada syarikat tersebut dalam masa 30 hari. Selain daripada kaedah ini, liabiliti semasa juga boleh diselesaikan dengan mewujudkan satu liabiliti semasa baru seperti hutang jangka pendek yang baru.

Rujukan

Copy

Penulis: safwanrazali

Minat dengan bola sepak dan peminat setia Manchester United. Berkongsi ilmu untuk manfaat semua generasi.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.