Apakah yang dimaksudkan Government Linked Companies atau GLC?  GLC merujuk kepada syarikat korporat yang dikuasai dan dimiliki oleh bumiputra atau kerajaan Malaysia  yang mempunyai objektif komersil yang primer dan di mana Kerajaan Malaysia mempunyai pegangan langsung. Kerajaan mempunyai kuasa untuk mengawal kepentingan dalam syarikat tersebut termasuk:

  1. Melantik ahli lembaga pengarah dan pengurusan kanan
  2. Membuat keputusan utama termasuk pemberian kontrak, strategi, penstrukturan semula dan pembiayaan, pemerolehan dan pelupusan

GLC company Malaysia merangkumi pelbagai sektor termasuk:

  • Sektor Ekonomi, Pengangkutan Darat dan Infrastruktur
  • Sektor Infrastruktur (Pengangkutan Udara)
  • Sektor Teknologi dan Infrastruktur (Pengangkutan Darat)
  •  Sektor Sosial

Di antara GLC Company di Malaysia ialah:

1. Maybank Banking Berhad

Malayan Banking Berhad atau lebih dikenali sebagai Maybank adalah rangkaian bank dan kumpulan kewangan yang terbesar di Malaysia dengan 374 cawangan tempatan dan 90 cawangan luar negara. Ia mempunyai operasi perbankan penting di Singapura, Indonesia dan Filipina. Selain itu Maybank juga mempunyai kepentingan besar dalam perbankan Islam melalui Maybank Islamic Bank dan insurans melalui anak syarikatnya Etiqa.

2. Telekom Malaysia Berhad

Telekom Malaysia Berhad adalah syarikat telekomunikasi terbesar di Malaysia dan yang ketiga terbesar di dunia. Di Malaysia, Telekom Malaysia Berhad memegang hak monopoli untuk menyediakan rangkaian telefon talian darat. Ia juga memiliki anak syarikat yang menawarkan perkhidmatan internet jalur nipis dan jalur lebar di seluruh Malaysia.

3. Petronas

Petroliam Nasional Berhad atau lebih dikenali sebagai Petronas merupakan sebuah syarikat minyak dan gas multinasional Malaysia yang ditubuhkan pada 17 Ogos 1974 oleh Tun Mahathir Mohamad. Syarikat gergasi ini dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia dan mendapat hak keseluruhan terhadap sumber-sumber minyak dan gas di Malaysia. Ia bertanggung jawab untuk membangunkan dan menambah nilai kepada sumber-sumber yang berkenaan.

4. Tenaga Nasional Berhad

Tenaga Nasional Berhad atau TNB merupakan sebuah syarikat bekalan tenaga elektrik di Malaysia yang telah ditubuhkan pada tahun 1990 melalui penswastaan Lembaga Letrik Negara (LLN). Perniagaan teras Tenaga Nasional Berhad ialah menjana, menghantar dan membahagi tenaga elektrik ke seluruh Malaysia. Selain itu Tenaga Nasional Berhad juga adalah pengendali Grid Nasional, iaitu talian penghantar elektrik ke seluruh negara yang terdiri daripada talian 132 kV, 275 kV dan 500 kV.  Tenaga Nasional Berhad melalui anak-anak syarikatnya juga terlibat dalam:

  • Pembuatan alat ubah, alat suis voltan tinggi dan kabel
  • Pakar runding di dalam bidang seni bina, awam dan elektrik
  • Menyelenggara dan membaiki peralatan elektrik
  • Pakar pengurusan projek

5. DRB-HICOM Berhad

Sumber: Theedgemarkets

DRB-HICOM Berhad merupakan sebuah syarikat infrastruktur yang terlibat dalam industri pembuatan, pemasangan dan pengedaran automotif. Ia menghasilkan kenderaan pelbagai jenis termasuk kereta penumpang, kenderaan pacuan empat roda, trak, dan motosikal. Ia juga memasang kenderaan untuk jenama:

  • Volkswagen
  • Suzuki
  • Mercedes Benz
  • Honda
  • Isuzu
  • TATA Motors
  • Iveco
  • Man Se

Selain industri automatif, syarikat ini juga terlibat dalam sector hartanah dan insfastruktur.

6. CIMB Group Holdings Berhad

CIMB Group Holdings Berhad atau lebih dikenali sebagai CIMB Bank adalah syarikat perkhidmatan kewangan yang kedua terbesar di Malaysia selepas Maybank. Ia disenaraikan dalam Bursa Saham Malaysia melalui Bumiputra-Commerce Holdings Berhad (BCHB). Ia telah ditubuhkan pada tahun 2004 hasil gabungan Bank Bumiputra-Commerce dan Southern Bank dengan CIMB.

7. MODENAS


Motosikal dan Enjin Nasional Sdn. Bhd, atau lebih dikenali sebagai Modenas merupakan syarikat pengeluar motosikal nasional yang menghasilkan pelbagai model motosikal kecil 200cc untuk pasaran tempatan di Malaysia dan juga untuk diekspot ke luar negara untuk pasaran antarabangsa. Ibu pejabat dan kilang MODENAS terletak di Gurun, Kedah. MODENAS telah ditubuhkan pada tahun 1995 selepas kejayaan syarikat automotif nasional PROTON. Majoriti saham MODENAS dipegang oleh:

  • Kawasaki
  • Nissho Iwai
  • Khazanah Holdings Berhad
  • DRB-Hicom Berhad

8. PROTON

PROTON ialah nama singkatan untuk Perusahaan Otomobil Nasional Sendirian Berhad). Ia merupakan pengeluar kereta pertama di Malaysia yang ditubuhkan pada 7 Mei 1983 dengan modal berbayar sebanyak 150 juta ringgit oleh Tun Mahathir bin Mohamad yang memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia pada masa tersebut. Penubuhan PROTON adalah untuk mencapai aspirasi negara perindustrian.

9. BERNAS

Menurut rekod, Padiberas Nasional Berhad atau singkatannya BERNAS telah diswastakan pada 1 Januari 1996. Ia telah mengambilalih peranan Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN) sebagai penjaga industri padi dan beras tempatan di Malaysia. Ia memainkan peranan utama dalam mengawasi perkembangan industri padi dan beras negara dan bertanggung jawab menguruskan:

  • Pengurusan dan pembayaran subsidi kepada petani
  • Mengurus Skim Pengilangan Padi Bumiputra
  • Membeli padi daripada petani pada harga minimum terjamin
  • Bertindak sebagai pembeli terakhir padi dari petani
  • Bertanggung jawab untuk memastikan penyediaan bekalan beras yang berterusan dengan harga yang berpatutan kepada rakyat Malaysia dengan mengoptimakan rangkaian pembekalan, infrastruktur dan rangkaian pengedaran Syarikat.
  • Pengurusan alam sekitar melalui penekanan kepada pembuangan sekam padi yang efektif
  • Mempelbagai hasilan syarikat dengan memaksimumkan potensi produk-produk sampingannya.

10. Air Asia

Sumber: Airbus

AirAsia Berhad merupakan syarikat penerbangan tambang murah berpengkalan di Malaysia. Ia juga adalah syarikat penerbangan tambang murah pertama di Asia. Ia merupakan satu lagi GLC Company Malaysia yang tak ramai orang tahu.

Itulah dia info tentang GLC Company Malaysia yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang syarikat terbesar di Malaysia.

Sumber:

1. Senarai GLC. Data.gov.my

2.  Senarai Syarikat GLC Malaysia Terkini. Facebook

Copy

Penulis: Nurul Kasmadillawati Zakaria

Work at home mother ( WAHM ) yang memegang jawatan sebagai Penasihat Undang-undang. Suka mengembara. Suka menulis & berkongsi cerita. Boleh dihubungi melalui laman Facebook beliau.

Tinggalkan Komen!


Langgan Info Kami

Berkaitan


.